Friday, November 26, 2010

Just A Story

Semalam punya semalam punya semalam, hahaha! Cam keling tak? tengok final rugby Asian Games. Japan (28) against Hong Kong (21). Best. Support Japan. Sebab..semua player originality orang Jepun. Hong Kong? Hampir semua player tak originality orang Hong Kong. Ramai mat saleh. So, guna tenaga import tak best. Tak boleh nak ukur keupayaan orang sendiri.

Rugby Malaysia? Hanya duduki tempat ke-5 lepas kalahkan Sri Lanka. Ok, worth la menang sebab against dengan Sri Lanka kut.. Fair la jumpa regu yang sesuai. Asia against Asia. Time against dengan Samoa, Papua New Guinea, and Kenya masa komanwel tu memang tak sesuai. Tapi sebab cabutan undi nak buat macam mana kan. Lawan dengan World Champion and Juara Africa!! Gila kau. Fight dengan champion memang la kalah.

Honestly, walaupun aku kaki bangku and tak reti main apa-apa jenis sukan, aku bengang jugak lah bila rugby team kena hentam masa komanwel tu. Bila menang, kau julang, kau junjung, kau dukung, kau lambung-lambung, bila kalah, kau ludah, kau ejek, kau kritik gile-gile. Hurm, tak adil.

Aku tengok kat Astro Arena, camera shoot muka John. Sedih bila tengok dia jalan tunduk sorang-sorang kat tepi padang dengan peluh menitik-nitik bila game tamat dengan muka frust gile bila team mate dia sedih, muka toye bila kalah dengan 3 negara awang hitam. Sebagai WAG kenalah share perasaan right?? Hahaha. Untuk Asian Games, John tak joined. Alasan diketepikan, beri peluang kat budak-budak lepasan sekolah sukan dalam skuad senior. John kecik hati. Tak diberi alasan yang kukuh selain di atas kenapa diketepikan dalam skuad rugby Malaysia selepas bermain untuk team ni sejak berusia 17 tahun. Alhamdulillah, rezeki tu ada. Dia makin aktif, ligat main club rugby tempatan and international. Bersilih ganti club.

"Tak penat ke asyik ada game je?"

"Penat tak penat lah cik kak oi.  Dah jadi side income tambah duit buat kahwin dengan kau"

Minggu ni dia terbang lagi. Ke Kubang Pasu, Kedah. Rugby. 2 minggu lepas tu, insyaAllah, dia terbang ke Bangkok, Thailand. Rugby. Bila nak terbang kat aku entah. Hahaha. Aku? Duduk rumah diam-diam. Lately, club dari Sabah selau call dia untuk main. Sometimes dia menolak jugak. Dia kata penat travel duduk diam-diam dalam flight, kalau duduk diam-diam atas riba aku lama-lama tu tak apa. Gatal.

Nak letak gambar John tapi i maluuuu... Hauhauhau! Blah lah..sejak bila kau reti malu.. Tak apa lah. Aku letak ea...




Ehh.. Salah letak lah! Ni bukan boyfriend i..hikhikhik. Ni bukan John i.. hikhikhik! Gedik shiat.. Yesssa. Ni picture Sonny Bill Williams. Dia player hebat dari New Zealand. See..sebab tu aku suka orang main rugby. Kau tengok tough ke tak badan dia.. Yeah, rasa selamat jalan dengan orang badan mcam ni. Sebab...aku debab. Kalau dapat pakwe kurus, macam mana pakwe kau nak jaga kau ye tak? Si debab harus jaga si kurus. Silap-silap, kau yang jaga pakwe kau. Ehhh! Siapa lelaki siapa perempuan ni?? Wanita kan makhluk Allah yang lemah.. Kan? Kan? Kan?? Lelaki harus menjaga wanita! Sebab tu aku cari yang besar siket dari saiz badan diri sendiri..





Yang mengelak muka macam hidung kemek plus tak hensem ni Mohd Khairul bin Fakri a.k.a John Ryder aku. Aku dah kata..dia tak handsome pun. Sometimes aku tengok macam "adek maniiiissss" pun ada jugak. Tak lah baragas mana pun.. Masa ni tengah against dengan Samoa kut.

Honestly, dulu aku tak tau rugby ni best. Bila orang cerita pasal rugby, aku jadi.."huh?? rugby?? ada orang main rugby ke kat Malaysia nih??"  Sekali haa! Hambek kau.. Kenal dengan John Ryder terus tau.."oh..macam ni rugby.." Bangang kan? Ye, aku bangang.

Sekarang, agak rajin teman dia. Best jugak tengok orang sondol-sondol, peluk-peluk bola. Kalaulah aku bola tu.. Tak nak ah. Kena sepak terajang. Tak jadi..tak jadi..

Anyway, game apa pun. Memang seronok sebenarnya. Unfortunately, aku memang kaki bangku tak reti bersukan. Mana tak gemuk... Sobs..sobs..sedih kerana menjadi seorang pengumpul lemak.

p/s: galakkan diri dan keluarga anda bersukan. seronok jugak sekali-sekala..

2 comments:

Iman's Umi said...

Samala...akak pn kaki bangku...main bola jaring pn x reti...tu yg hangin bila nk isi apa2 borang part aktiviti ko-k atau sukan...

Eka Zulaykha said...

hahaha!! tau xpe kak.. semua penuh! bila part koko tu macam "banyaknye tempat kosong..."