Friday, November 12, 2010

Eh, Bilik Ais

Final exam dah habis. Alhamdulillah. Yeah, muka paling gembira bila keluar dewan = aku lah. Tak payah pandang muka orang lain. Pandang muka aku je. Semalam ayah cuti. Dia hantar aku siap package tunggu anak dia habis paper. Thank you, daddy! Masuk kereta terus pot pet pot pet sampai bapak aku pening melayan aku cakap.

"Banyak cakap plak. 2 minggu senyap kemain! Dah habis paper dah start perangai pot pet pot pet"

Ehh..kang bila aku senyap, bapak aku kemain risau giler. 'Kenapa dikkk..' 'Adik kenapa...' 'Adik tak nak makan ke..' All praises to Allah, aku ada bapak yang caring. Sampai rumah terus rest sampai tertido depan tv. Pukul 3pm macam tu, akak aku kejut suruh bangun teman dia pergi Nilai nak cari barang kahwin. Malas giler sebab hujan renyai-renyai menggamit dingin sejuk bak salju. (giler kau puisi terus! hahaha)

Masuk kereta dia aku sambung tidur balik. Sedap woh kena aircond! Sampai Nilai terus tuju kedai-kedai yang jual bunga-bungaan. Aku pun naik gila sekali pasal aku tertengok hantaran kahwin colour merah-hitam. Cantik wehh! Memang favourite colour gua. Dulu aku pernah berangan nak buat pelamin dengan barang kahwin colour merah-hitam, tapi kerana umur dan faktor kewangan aku tak mengizinkan untuk aku kahwin lagi, lately ramai plak pakai colour nihh. Gampang! Kalau aku kahwin dulu memang aku jadi trendsetter colour wedds ni dohh. Erm..tak apa tak apa. Nanti aku pikir colour lain yang orang lain tak berani pakai lagi. Heh.

Penat jalan cari kain, terjumpa kedai "Eh, Ice Room! Aku nak pergiii!" Aku merengek macam Pocoyo kat akak aku sebab nak pergi Ice Room. Yeah, dia tidak menghampakan aku walaupun kadang-kadang perangai dia macam ....siut...

Yeeeaaaa, Bilik Ais

Masuk terus rambang mata cari seat sebab tak ramai orang. Pale otak pikir "ice cream! ice cream! ice cream!"

Black Forest Sesame Snow

Finally, yummy delicious bravo lah ice cream dia. Sedap sampai beku-beku gigi aku makan benda alah nih

Ruang interior yang sangat moden

Gambar kabur sebab budak temban tengah sibuk cedok

Budak tembam lagi


Akak aku gayut dengan future husband dia

Buku order pun mau amek ka??

Mula-mula nak makan something heavy lepas tu ternampak 'Duck Breast Roasted'.. ehh, tak jadilah. Makan ice cream je lah.. Pasal ada itik aku tak lalu mamam plak. Memang itik tu kita boleh makan, tapi berapa ramai Melayukah yang memakan itik??  o.0

Sekarang rasa macam nak makan Pizza pulak. Cik Sarah, jangan lupa date kita hari ni.

2 comments:

Catherine- said...

owhh...ice room ni kt nilai yeh? baru tahu....;)

next time buleh pegi...

penah tgk gambo restaurant ni kt dlm magazine.

I'm Not A Storyteller said...

mule2 mmg x tau.. jalan2 pastu tetibe terjebak jumpa ice room. sedap woh ice cream dia