Monday, August 29, 2011

Aidilfitri 1432H

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H. Semoga segala salah silap dapat dimaafkan. :)

Peace!

p/s: pelita ni depan rumah atok gua je..

Friday, August 26, 2011

Huh.. (merengus)

Sometimes, aku selalu rasa macam ni. I know this is was bad feeling that you've shouldn't think about it at all. Selalu berasa kecik hati for something that i really don't know what the hell are you touching about! Hurmmm... (was thinking...)

When i felt on this way, i will easily be sulky. Apa orang cakap nak cepat terasa. Kadang-kadang rasa macam bodoh tapi hello..this is what you really are eka! So, what you've going to say?? Boipren gurau teriak siket dah nak terasa sampai ke ulu hati terus ke hempedu. Eh, tak chill lah!

Berubah? This is NOT EASY. hello..feelings mana boleh suka-suka ubah. Unless, if you have a BIG heart with the BIG minded..i mean, open-minded lah. You would change kau punya perasaan tuh. Aku? I'm not kindly like that. Selalu ikut rasa hati. Eh, kadang-kadang boleh pakai apa. Sampai bila nak cari jalan shortcut yang tak jam for going home pun my dad always ask me "eh dik, your instinct mana??" 

"daddy, i'm not witch yang boleh pakai 'mak esah' buat ramal-ramal. jauh sekali wicked witch!"

Oh, okay. Dialog di atas tak terungkap pun.

Yeah..still touching. TOUCHING. I don't know what i'm touching about. Definitely, i'm not trying to touching you.. I'm just...just touch..TOUCH! I"M TOUCHINNNGGGGGG...

giler!

Tuesday, August 16, 2011

Bazar Ramadhan LPPKN

Assalamualaikum!

Hari ni hari selasa 16 Ogos 2011 bersamaan 16 Ramadhan 1432 Hijrah, dekat office kitorang telah pun buat Bazar Ramadhan yang bermula pada pukul 12.00 tengahari sampai lah 3.00 petang. Alhamdulillah. Ramai jugak orang singgah. Yeay! Happy giler tengok orang jual beli. Macam-macam ada. Segala jenis mak nenek punya kuih raya pun ada. Makanan paling banyak orang jual and paling laku! Ye lah..orang beli nak buat buka puasa. Tak payah jalan jauh-jauh. Turun kat lobby terus jumpa gerai. Aku? Aku tak meniaga. Aku jadi model duduk tepi tembok. Eh, tak tak. Aku lepak menyibuk buat-buat sibuk kat gerai Mama Lala. Agihan kurma dan bubur lambuk paling best. FREE kot! Siapa tak nak kan??

Oh ya..just a few pictures for enjoiceee!! Tak larat nak edit and credit name banyak-banyak. Lenguh!

Gerai B&D!


Kuih and biscuit raya




Tokey..sorang lagi tengah sebuk masak laksa.


Mak enon dengan mak esah shopping laksa. Hehe!!


Alah, jarang pulak sign ni macam gigi Spongebob






Her son called her 'mommy' and she's younger than me! Oh manggg..aku tak kahwin lagi! Yeah..she's cute. :)


Macam la tak konal ni sapo...








2 cik abang tadi jual karipap frozen yang bila dah pukul 2 petang dah tak frozen dah




Hahaha! Kelakar lah acik ni buat lawak! Geli pinggang den.












ehem!








muko dah nek samo dah den tengok


My lovely daddy with his bestfriend... Uncle Zainal!


*sorry kalau quality gambar tak berapa nice pasal aku lupa nak tukar ISO camera...sigh!


p/s: Jangan lupa datang beramai-ramai ke Dataran Merdeka sempena program Ihya' Ramadhan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) esok, 17 Ogos 2011 bersamaan 17 Ramadhan 1432 Hijrah. Makan FREE yop!! Jangan lupa hangkut satu rumah. Aku? Kena jaga khemah OKU...

Tuesday, August 9, 2011

Rousing!

Do remember this all the time...


Kemeriahan raya sudah terasa dimana-mana. Walaupun baru 9 Ramadhan. Medan MARA, Sogo, hari-hari padat dengan populasi penduduk KL. Tujuan hanya satu. SHOPPING. Jalan TAR? Aku tak sempat menjengah lagi. Aku tak larat nak menahan panas terik matahari dan kesesakan orang ramai di tengah hari. Aku puasa. Tunggu time tak boleh puasa je lah baru jalan. Boleh singgah beli nasi padang buat makan tengahari.


Kaki aku hanya baru menjejaki Medan MARA dan Maju Junction. Tak berani nak jejak Sogo lagi. Aku takut. Takut purse kering. Gaji lambat lagi. Sabar ye dik non..sabar.. Aku syukur. Kerja di tengah-tengah kesibukan bandar KL. Senang kalau mahu ke mana-mana. Nak shopping? Sogo ada. Jalan TAR ada. Mydin ada. MJ ada. Sebut je. Times Square? Yang tu kau kena naik LRT lah. Tapi, macam mana kalau berlaku rusuhan atau demonstrasi jalanan? Kami adalah antara orang awam yang terperangkap di bandar KL. Hanya sekali aku pernah 'termasuk' dalam perhimpunan jalanan secara tak sengaja. Itu pun balik shopping jalan tak tengok kiri kanan aleh-aleh ada orang himpit-himpit lepas tu jerit-jerit lepas tu aku panic lepas tu aku lari. Selamat aku tak kena halau dengan pakcik sarjan. Kalau tak mesti perit mata aku kena gas pemedih mata. Itu berlaku pada tahun 2008.


Paling best, time sambutan merdeka lahhh. Dapat tengok rehearsal parade secara free. Tak payah susahkan diri. Kau jenguk je kat tingkap sure nampak CLEAR dari atas siap helicopter lalu rilek sebelah kepala kau. Dalam jamban siap boleh dengar bunyi heli CLEAR macam nak langgar building kau. Aku cakap camni pasal office aku tingkat 20. Tinggi la jugak... 


Okeh, berbalik pada kemeriahan sambutan raya. Aku baru shopping satu baju ala kaftan, belt, dengan sehelai tudung syria dari Hajrah. Baru SEHELAI je eh. Tak cukup tiga. Tiga je lah..banyak sangat membazir. Membazir itu kan amalan setan nirojim. Macam mana pun, shopping baju raya itu kemudian belakang punya cerita. 


Satu pertubuhan kelab kat office aku akan ada anjurkan bazar ramadhan. Event ni yearly event. Setiap tahun pasti berlaku. Seronok la kalau nak cuci-cuci mata. And the most enjoyable isssss...


'ehem! nak tuju lagu boleh?'


Ucapan lagu raya setiap 3.30pm until 4.30pm start 15hb ni. Woah!! Seronok der. Dengar lagu raya terus gua nak feeling macam balik kampung. Buat-buat salam orang lepas tu orang kata 'eh, buang tebiat hape budak ni'. Kerja semua nanti gua tak nak layan. Gua nak nyanyi-nyanyi ikut suara Fazidah Joned. (itu pun kalau ada orang request lagu makcik tu). Gua nak buat bajet kiut mintak duit raya bila dengar lagu anuar zain dengan elina. Hahaha!!


Awwww... I can't wait for that moment...


p/s: sedih jugak sebenarnya bila dengar lagu raya... :')

Tuesday, August 2, 2011

2 Ramadhan 1432H

Sungguh! Bulan ramadhan memang mencabar kesabaran dan ketahanan nafsu aku. Aku yang sudah terbiasa makan dan minum setiap hari, agak payah untuk aku tidak makan dan minum dari terbit sehingga terbenamnya fajar. Yang aneh, boleh pulak aku buat ganti puasa. Oh ya, aku buat selang-selang. Bukan directly... Minggu pertama adalah masa untuk aku sesuaikan diri dengan keadaan lapar dan dahaga. Alah, aku bukan masih budak kecik untuk merengek "lapar! lapar!". Sudah mumayyiz dan cukup akal untuk berbuat demikian.

Hingar-bingar di Bazar Ramadhan sudah cukup untuk membuatkan aku rimas. Rimas dengan orang ramai yang tak reti-reti mahu turun dari kereta atau motosikal ketika mahu membeli juadah. Adakah kau tak paham bahasa apabila kau buat macam ni dah menyusahkan orang ramai dan menjadi penyebab kesesakan jalan raya? Bodoh! Serious, bodoh. Kau dah menyesakkan jalan, kau dah membahayakan pejalan kaki. Adakah kau fikir kau anak raja sampai mahu beli makanan di tepi jalan tanpa turun dari kenderaan? Apa kau ingat ni McD drive thru??

Aku cukup annoying dengan orang macam ni.. Sungguh!

Disebabkan aku sedang menjalani ibadah puasa, aku cuba sabar. Sabar dari perasaan amarah. Akhirnya, emosi aku terlepas jugak. Kesian ayahanda. Terpaksa mendengar bebelan aku sepanjang perjalanan pulang dari Bazar Ramadhan.

Alhamdulillah, aku dapat berbuka bersama-sama dengan ahli keluarga. Untung dapat MC 2 hari. Sekurang-kurangnya, aku dapat balik ke Johor semata-mata untuk bersama keluarga. Hari ini, hari terakhir cuti aku sebelum pulang ke KL.

Hari-hari yang mendatang, aku hanya berbuka dengan ayahanda.. Sebagai perenpuan, jika pada hari-hari yang tidak memerlukan aku untuk berpuasa, aku tetap 'berbuka' dengan ayahanda. Sebagai peneman di meja makan. Takkan nak dibiarkan keseorangan. Biar aku digelar 'ular sawa' sebab tak puasa tapi makan bersama orang yang berpuasa, ada aku kisah?

Semoga ibadah puasa aku, ahli keluarga aku, dan semua muslimin dan muslimat diterima Allah swt.

Amin!

Monday, August 1, 2011

Kenapa?

Bukan semuanya aku approve. Maksud aku, tak semua office-mate yang ada facebook and then, add aku as a facebook member, aku approve. Ya, aku memilih. Memang aku memilih. Bukan memilih kawan. Tak semua mereka tu, perlu tahu pasal diri aku. Bukan tu saja, sesiapa yang aku langsung tak kenal, totally, sorry dear, i have to. Dunia zaman sekarang ramai orang gila. Nope, i didn't said kau gila. Tapi, ramai orang jahat menyamar jadi orang baik. 

Aku tak nak jadi mangsa buli cyber.

Aku tak nak jadi mangsa bogel akibat kecanggihan super impose.

Aku tak nak!

Aku perempuan. Perempuan sering jadi mangsa keadaan.

Bila bos-bos add, jari aku dengan cepat terus click "not now". Ya, memang aku tak sudi. Aku tak sudi bos-bos tahu perihal anak buahnya. Urgh! Privacy untuk aku melepas perasaan akan hilang. Aku tak sanggup. Encik, Puan, silalah add orang lain...

About stranger. Biar kenalan facebook aku tak ramai, sekurang-kurangnya aku tahu dengan siapa aku berkawan. Kalau kenalan facebook sampai beratus ribu tapi haram sorang pun langsung kau tak kenal, yeah, harapan facebook kau kena HACK sangat tinggi. So, tak rugi kan kalau menyombong sedikit? Aku tak lah suruh kau menyombong sangat, at least, jaga your dignity. Especially, kepada perempuan-perempuan. Sanggup ke kau nak gambar kau di tengok semua orang yang kau tak kenal? Tak takut kena santau ke??

Fikir-fikirkan lah..

Ramadhan Kareem

Hari ini, hari pertama menjalani ibadah puasa bagi tahun 2011. Hari ini, 1 Ramadhan 1432 Hijrah. Hari ini, aku berada di kampung. Hari ini, aku MC 2 hari. Hari ini, aku asyik dengar lagu puasa. Alhamdulillah.. Tak lah bingit telinga aku dengar lagu yang dah tiap-tiap hari kita dengar. 


Semoga kalian dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna!


Hurm, bila aku tengok iklan TV yang dah sibuk siar iklan promosi shopping raya, aku rasa macam "eh! puasa belum kau dah sibuk raya!". Seolah-olah perayaan yang diutamakan. Bukan ibadah! 1Malaysia kaaannnn??? Kaum yang tak puasa pun nak shopping jugak.


Kepada perokok, ni lah peluang untuk BERHENTI daripada hisap rokok. GRAB YOUR CHANCE! Aku tau bukan senang nak berhenti kan? Hari-hari biasa kau dah hadap, apa kata hari-hari puasa ni kau slow sikit. Ada pekdah nya kan?? Jantung kau pun sihat. Tak payah bazir duit pergi IJN mintak doktor operate jantung kau. Buat sakit je. Lagi satu, jangan lah nampak sangat kau hisap rokok. BAU beb! BAU! Hidung gua sensitive giler boleh bau rokok ke tidak. Hurm. Kalau tak segan, SILALAH BUAT.


Nanti jangan sampai buat-buat letak rokok kat bibir lepas tu cucuh lighter lepas tu hembus-hembus lepas tu bila orang tegur kau cakap "eh, puasa eh??" hurm, memang kena sepak kat muka.

Pedang besar macam pedang Zaraki Kempachi.


Hujung kata, pangkal tak kata apa-apa. Eh, tak tak. Akhir kata, selamat menjalani ibadah puasa! Apa? Raya? Hoi, puasa dulu. Tak puasa TAK BOLEH RAYA!

Lagi satu, jangan main mercun ye adik-adik. Bila kudung tangan nanti tak dapat salam mintak duit raya...

Ok bai!