Tuesday, December 28, 2010

My Babies

I love babies. Aku suka bayi. Diorang comel. Diorang bulat. Diorang adorable. Diorang innocent. Diorang gebu and they are so noble! Haih. Memang payah kalau extreme suka kat baby.

* Bau diorang sedap
* Peha gebu berketak-ketak
* Jari bulat-bulat
* Pipi labuh
* Botak diorang comel

Ada tiga baby yang bertakhta dalam hati. Semuanya boys. Playgirl jugak aku nihh. Bukan bernafsu kat kanak-kanak tapi aku memang suka baby and kebetulan semua baby yang aku suka tu baby boys. Nak buat macam mana.. By the way, turutan bukan lah ranking diorang pada aku. Aku sayang diorang sama rata. Cuma turutan tu ikut umur. First baby is.....




Nama caye Muhammad Ammar Hasif bin Mohd Hazri bin Misian. Huh! Penatkan nak cebut. Siap nama atuk cekali. Caye lahir kat Hospital Batu Pahat. Ala..yang ada fountain tugu tangan pegang pahat ketuk batu tu. Caye lahir pada 7 September 2010 jatuh bulan Ramadhan. Kebetulan lagi 3 hari nak raya. Caye memang saja dengki ibu caye cupaya tak payah pakai lawa-lawa time raya. Mana aci!! Caye pun nak cambut raya jugak. Nak pakai encem-encem jugak.

Oh, gambar ni cik eka caye cilok dari facebook ibu caye. Caye memang syuka tidur. Tengah potong rambut pun caye boleh tidur lena. Cedap mamak tu pegang jambul caye. Hik hik hik! Gambar ni caye tak sengaja berposing. Ibu caye kata, caye memang suka tidur sambil buat gaya. Tengok! Tonggek tak bontot caye pakai pampers?

Hurm, cik eka suka gigit peha caye. Dia kata peha caye macam drumstick ayam original kepsi. Ada ke patut.. Lepas tu suka tenyeh hidung caye dengan towel lap muntah caye. Masham tau! Berkerut-kerut muka caye tahan bau muntah sendiri. Yeyek! Lagi satu, cik eka suka peluk caye masa caye tengah tidur. Apa dia ingat caye ni bantal peluk RM10 beli kat Air Hitam??? Lagi satu, cik eka caye ni suka sangat cium ketiak caye. Entah hape bau entah.. Cium sampai tak cukup nafas. Bila cik eka datang kat caye macam nightmare cebab cik eka akan gigit, cium, tonyoh-tonyoh caye sesuka hati dia. Caye tau caye comel.. Tapi caye cayang dia. Bukan dia corang je. Semua caye cayang. Especially, ibu dengan ayah caye la.. Hik hik hik!


Ok, second baby is..



Hi! Nama caye Naufal Hamsyar bin Idil Shahnon bin Md. Lasim. 16 March 2011 nanti genaplah umur caye 1 tahun. Ramai orang pelik kenapa muka caye macam anak cina. Ayah caye memang muka macam cina. Adik-beradik ayah caye pun macam cina. Atuk caye lagi la... Bukak kopiah terus memang macam cina. Nenek caye pun came. Ibu caye je memang muka betul-betul melayu totok. Kami memang stock family mata kecik. Hik hik hik! Caye tak pandai jalan lagi. Merangkak pun belum lagi. Ability caye mengengsot. Caye mengengsot macam askar lalu bawah kawat duri. Cik eka gelak-gelak tengok caye ngengsot. Jahat!

Gambar ni cik eka caye dengki dengan kesepetan mata caye. Dah lah cepet, cik eka lagi tarik bagi lagi cepet. Dah tak nampak.. Cik eka suka kata badan caye tough lepas tu cubit-cubit perut caye. Sebelah tu pulak, cik mimi caye. Dia pun tembam macam caye tapi kenapa cik eka tak cakap badan dia tough jugak??? Tak aci.. Caye pantang nampak flash camera pakcik caye. Mesti caye cenyum lebar-lebar macam bajet model kena tangkap gambar. Pakcik caye ada camera Nikon becar. Tak main lah kalau nak tangkap gambar caye pakai camera handphone atau camera digital jek. Tak besh.

Cik eka caye selalu confuse bila tengok caye cemik/sengih. Bila caye buat mimik muka nak nangis atau gelak, mesti cik eka cakap kat ibu caye "eh eh..naupal ni gelak ke hape nih kak ila??" Wu wu wu! Campai hati cakap macam tu. Cik eka kata lagi dia confuse cebab mata cepet cangat sampai tak boleh recognise saya nangis ke apa.. Menci menci menci!


Hahaha. Turn baby yang ketiga pulak. Yeah, third baby is goes to..




Hello! Nama caye Muhammad Farish Izdihar bin Mohd Faizam. Cik eka caye tak tau nama penuh atuk budin caye. Tak pe tak pe. Caye tak marah. Umur caye 1 tahun 5 bulan. Caye lahir ikut 'tingkap' kat HUKM pada 20 Julai 2009. Hik hik hik! Mama caye kawan dengan cik eka. Abah pulak satu kampung dengan boyfriend cik eka. Caye selalu ikut mama pergi kerja. Kat office mama ada nursery so caye duduk citu campai mama angkut caye balik rumah.

Caye syuka makan biskut. Tiap-tiap pagi caye selalu pau biskut nenek siti yang duduk depan mama. Walaupun biskut kering je. Caye tetap syuka. Biskut free. Hik hik hik! Gambar ni cik eka cilok kat facebook mama caye. Masa ni caye kecik lagi.

Caye suka melopong. Mulut caye memang melopong. Agaknya masa mama pregnant kan caye mama syuka tengok ikan emas kut. Hik hik hik! Mama enna selalu kata kat caye "pak mattt, totop molotnya. nanti masuk lalattt". Apa dia ingat caye ni pelakon cerita P.Ramlee ke?? Cik eka suka dukung caye walaupun caye dah pandai jalan lepas tu suka mintak caye cium dia. Caye pun "mmmuuaaahhh" kat cik eka.

By the way, rindunya nak pergi nursery office mama caye!!


So, there you go. 3 babies yang aku suka main, peluk, cium. Wangi sehh diorang ni. Kalau nak jumpa Ammar, aku kena balik kampung. Kalau nak jumpa Naufal, kena pergi JB. Kalau nak jumpa Farish, hari-hari aku jumpa kat office. At one time tu, aku tersasul sebut nama baby lain. Hurm, sekarang aku rindu ketiga-tiganya!!


p/s: tak kahwin lagi so tak ada anak so sayang anak orang.

Wednesday, December 22, 2010

Crap!

"Haih.. Saya suka kerja banyak-banyak. Kalau boleh nak buat kerja sampai malam lah. Sampai kena bawa bantal, selimut, toto, tilam letak kat office pun tak apa. Tak ada hal lah.. Saya rela berkorban untuk kerja. Tak makan pun tak apa. Lupa kat family, boyfriend, sedara-mara pun saya tak kesah. Janji kerja buat. Kena puas hati boss. Kalau tak puaskan hati boss, nanti boss bagi markah LNPT siket je.. Nak-nak kalau baru nak confirm. Tak boleh lah kalau takat dapat 80% je kan.. Nanti susah nak confrim.. Nasib baik saya dah confirm bulan Julai ari tuh. Kurang lah siket loads kerja kan.. Tapi still kena berumahtangga jugak kat office ni. Saya kerja nak mati memang untuk orang appreciate saya pun.."

Kalau kau paham ini ayat orang tengah bengang, terima kasih!

Tuesday, December 21, 2010

Picnik - I love To Use This

I'm back!

Seminggu ni banyak mengabdikan diri pada kerja. Eh, bidaah kau ni. Orang lain semua abdikan diri pada tuhan. Ok, tipu. Ada jugak aku berfoya-foya seminggu ni. Bukan pergi pub. Bukan pergi bar. Bukan pergi clubbing. Bukan juga ke kelab bogel. Aku punya berfoya-foya ni cara budak baik pergi mind release. Ceh ceh ceh.. Buat apa je.. Date dengan Kerol lah. Tak nak panggil John. Nama Kerol lagi sodap. Pergi dinner kementerian.. Pergi balik kampung.. Pergi jalan-jalan kat Melaka.. Pergi KLCC.. Pergi Pavillion.. Jalan-jalan Bukit Bintang.. Tu je kut.

Uh-oh! By the way..nak wish Selamat Bertunang kat kakak den dan pasangannya (Wanot & Hairol) nama couple nak lebih kurang dengan nama couple aku. Hairol..Khairul.. Tiru tiru! Selamat Bertunang jugak kat cousin aku dan pasangannya (Abang Iz & Nurul....) Hurm, aku lupa pulak nurul apa wehh.. Heh.

Semoga pertunangan kalian berakhir di jinjang pelamin.

Anyway, i really have no idea what can i write on this site. I need to gain my mood. For these couple weeks, i am so not into any mood. Like a..wordlessly..numb..but i'm not totally like a doll which there are so freezy, smile with non-stop, okay. Bila kita tak ada mood, of course tak ada idea mencurah-curah nak merepek kan??

Uh-oh..i want to show you guys this anyway..



Tadaa!!


My new header! You can see it on the top. For you guys information, i've made it by myself! Yiee..i use to used Picnik to edited any pictures. I don't need to get trouble to buy Adobe Photoshop C3 or so on just because to editing pictures. I'm not so-called professional photographer and i think Picnik is enough for me. It's really really really friendly users. You just following their instructions and get a little bit exploration and you will have a nice conception on your pictures..

It's so easy!

Woah! Macam duta produk dow.. Peh..peh..peh.. Picnik kena bayar royalti. Hohoho. Ok, serius seronok pakai Picnik.

psssttt: Lepas ni boleh edit pictures banyak-banyak kat Picnik

Monday, December 13, 2010

Hurm

Terima kasih banyak-banyak kepada sesiapa yang sudi baca blog ni. Eventhough blog ni macam sarap. Banyak cerita merapu entah hape-hape, tapi anda masih sudi baca blog ni. Terima kasih!

Sepanjang minggu lepas memang tak dapat nak tulis apa-apa kat sini. Banyak benda jadi. Benda baik dengan benda buruk berlaku. Ada berita baik dan berita buruk juga banyak dikhabarkan minggu lepas.

I was facing difficult times in my life..

Bukan kena tinggal boyfriend..

Bukan juga ada kematian..

Tak ada apa-apa pun..

Hanya diri ni haaa tak tenteram siket..

So, for a few days or might be a few weeks, aku sunyikan diri dari membebel kat sini. Just for temporary.. Kadang-kadang mood ni tak boleh expect jugak. Kunun cakap nak sunyi sepi lah, tak nak bebel lah, tiba-tiba kang ada je entry baru.

Tengoklah..

Kalau rasa dah ok, ada jeee...

p/s: ehh, ada ke orang baca blog kau? eka perasan

{eyka}

Thursday, December 2, 2010

Hengkau Henapa?

Apa? Cantik? Tak..tak..aku tak cantik. Apa? Comel? Ohh..yang itu mungkin benar. Apa? Gemuk? Ohh..sudah tentu tidak. Cuma debab saje. Hahaha!

{cakap dalam hati sambil tengok muka kat cermin kecik tepi PC}

Hurm..ye..aku boring. BORING TAK DAPAT KELUAR LUNCH DENGAN JOHN RYDER. Huh! Bosan lunch sorang-sorang. Macam orang gilak makan sorang-sorang sambil tengok muka sendiri kat cermin kecik lepas tu borak dengan diri sendiri.

"Humm..hidung hemakin humbat hebab hase hacam hnak hemam. Oh..hnak hubat hminyak hcap hapak. Kapak..bukan hapak! Hnak hapu kat hidung.. Hrooottt! Oh..hingus hmeleleh.. Haku hemam hindu kat hjohn kut.."

Ya..aku nak demam!