Friday, November 26, 2010

Just A Story

Semalam punya semalam punya semalam, hahaha! Cam keling tak? tengok final rugby Asian Games. Japan (28) against Hong Kong (21). Best. Support Japan. Sebab..semua player originality orang Jepun. Hong Kong? Hampir semua player tak originality orang Hong Kong. Ramai mat saleh. So, guna tenaga import tak best. Tak boleh nak ukur keupayaan orang sendiri.

Rugby Malaysia? Hanya duduki tempat ke-5 lepas kalahkan Sri Lanka. Ok, worth la menang sebab against dengan Sri Lanka kut.. Fair la jumpa regu yang sesuai. Asia against Asia. Time against dengan Samoa, Papua New Guinea, and Kenya masa komanwel tu memang tak sesuai. Tapi sebab cabutan undi nak buat macam mana kan. Lawan dengan World Champion and Juara Africa!! Gila kau. Fight dengan champion memang la kalah.

Honestly, walaupun aku kaki bangku and tak reti main apa-apa jenis sukan, aku bengang jugak lah bila rugby team kena hentam masa komanwel tu. Bila menang, kau julang, kau junjung, kau dukung, kau lambung-lambung, bila kalah, kau ludah, kau ejek, kau kritik gile-gile. Hurm, tak adil.

Aku tengok kat Astro Arena, camera shoot muka John. Sedih bila tengok dia jalan tunduk sorang-sorang kat tepi padang dengan peluh menitik-nitik bila game tamat dengan muka frust gile bila team mate dia sedih, muka toye bila kalah dengan 3 negara awang hitam. Sebagai WAG kenalah share perasaan right?? Hahaha. Untuk Asian Games, John tak joined. Alasan diketepikan, beri peluang kat budak-budak lepasan sekolah sukan dalam skuad senior. John kecik hati. Tak diberi alasan yang kukuh selain di atas kenapa diketepikan dalam skuad rugby Malaysia selepas bermain untuk team ni sejak berusia 17 tahun. Alhamdulillah, rezeki tu ada. Dia makin aktif, ligat main club rugby tempatan and international. Bersilih ganti club.

"Tak penat ke asyik ada game je?"

"Penat tak penat lah cik kak oi.  Dah jadi side income tambah duit buat kahwin dengan kau"

Minggu ni dia terbang lagi. Ke Kubang Pasu, Kedah. Rugby. 2 minggu lepas tu, insyaAllah, dia terbang ke Bangkok, Thailand. Rugby. Bila nak terbang kat aku entah. Hahaha. Aku? Duduk rumah diam-diam. Lately, club dari Sabah selau call dia untuk main. Sometimes dia menolak jugak. Dia kata penat travel duduk diam-diam dalam flight, kalau duduk diam-diam atas riba aku lama-lama tu tak apa. Gatal.

Nak letak gambar John tapi i maluuuu... Hauhauhau! Blah lah..sejak bila kau reti malu.. Tak apa lah. Aku letak ea...




Ehh.. Salah letak lah! Ni bukan boyfriend i..hikhikhik. Ni bukan John i.. hikhikhik! Gedik shiat.. Yesssa. Ni picture Sonny Bill Williams. Dia player hebat dari New Zealand. See..sebab tu aku suka orang main rugby. Kau tengok tough ke tak badan dia.. Yeah, rasa selamat jalan dengan orang badan mcam ni. Sebab...aku debab. Kalau dapat pakwe kurus, macam mana pakwe kau nak jaga kau ye tak? Si debab harus jaga si kurus. Silap-silap, kau yang jaga pakwe kau. Ehhh! Siapa lelaki siapa perempuan ni?? Wanita kan makhluk Allah yang lemah.. Kan? Kan? Kan?? Lelaki harus menjaga wanita! Sebab tu aku cari yang besar siket dari saiz badan diri sendiri..





Yang mengelak muka macam hidung kemek plus tak hensem ni Mohd Khairul bin Fakri a.k.a John Ryder aku. Aku dah kata..dia tak handsome pun. Sometimes aku tengok macam "adek maniiiissss" pun ada jugak. Tak lah baragas mana pun.. Masa ni tengah against dengan Samoa kut.

Honestly, dulu aku tak tau rugby ni best. Bila orang cerita pasal rugby, aku jadi.."huh?? rugby?? ada orang main rugby ke kat Malaysia nih??"  Sekali haa! Hambek kau.. Kenal dengan John Ryder terus tau.."oh..macam ni rugby.." Bangang kan? Ye, aku bangang.

Sekarang, agak rajin teman dia. Best jugak tengok orang sondol-sondol, peluk-peluk bola. Kalaulah aku bola tu.. Tak nak ah. Kena sepak terajang. Tak jadi..tak jadi..

Anyway, game apa pun. Memang seronok sebenarnya. Unfortunately, aku memang kaki bangku tak reti bersukan. Mana tak gemuk... Sobs..sobs..sedih kerana menjadi seorang pengumpul lemak.

p/s: galakkan diri dan keluarga anda bersukan. seronok jugak sekali-sekala..

Tuesday, November 23, 2010

Cerita Lama (2)

Malam yang agak bosan. John is not around here. Dia pergi PD. Kursus. So, tak boleh selalu call nanti macam tak paham bahasa ganggu orang berkursus. Hilangkan bosan, pi jenguk facebook orang lain. Looking at her..looking at him.. Suddenly, kepala otak berfikir nakal nak tengok facebook orang yang hampir buat hubungan aku dengan John goyang.

Alhamdulillah, he's engaged. Spontaneous, aku tersenyum. Sinikal. Bukan senyum berkongsi kegembiraan. Sekadar tersenyum betapa bodohnya aku dulu. Sekadar tersenyum betapa manisnya mulut dia. Sekadar tersenyum mengenang sedas tumbukan John tepat hinggap kat muka dia sampai pecah bibir. Hanya tersenyum! Bukan senyuman sinis yang ada unsur cemburu. Hanya senyuman macam kalau kau dapat tengok aku senyum sekarang, kau pasti cakap "senyum kau macam shiat dow. macam pembunuh!"

Crap! Dia private kan semua details dia. Everything! Macam tau ada orang nak stalker fb dia. Lucky me, dia tak private kan nama tunang dia. Then, i click. Yeah, this is it! That's her. Aku senyum lagi. 

"Maybe lepas awak tak mungkin ada lagi. Saya tak mahu fikir pasal pompuan lagi"

Senyum paling sinikal. Paling tragic. Kau tengok confirm menyampah. Konon.. Last-last, kau dah nak kahwin dulu dari aku. Cakap macam aku perempuan jahat tak berhati perut buat kau frust gile sampai tak minat kat perempuan lagi. Choi! Sepatutnya, John yang lebih terasa dari kau. Ni tak.. Kau blamed aku kaw-kaw. John steady je. Dia marah pun, marah-marah tak sampai hati. Dia sanggup ketepikan ego dia untuk menangis depan aku atas perbuatan aku sendiri. Alhamdulillah, Allah sayangkan aku. Hari-hari aku doa tunjukkan siapa yang baik untuk aku. Masa tengah kencang bergolak, hati aku berat kat John. Tak salah pilihan aku. Memang Allah duga aku masa tu untuk pilih mana yang boleh bimbing, bentuk, menegur, mengawal sikap aku. Hanya John yang sanggup. Hanya dia boleh bimbing, membentuk, menegur, mengawal aku. Orang lain? Poodah! Lantak kau, aku buat tak tau. Dia? Tak ada ekor. Lepas kena sedas penumbuk terus blamed kata aku gatal nak dia. Tolong lah derr..kau yang masuk jarum dulu. Aku? Sebagai perempuan harus berkenalan untuk tau siapa yang pantas nak buat suami kan??


John je yang mampu control perangai tak tentu arah aku.

Aku tak perfect. Aku tak kata aku baik dan aku tak kata aku ni tak baik. Terima kasih kat dia sebab bukak kan biji mata aku besar-besar untuk menilai lelaki ni sebenarnya macam mana perangainya. Ada yang bersikap mempertahan, ada yang sebaliknya. Macam dia, honestly, aku tak rasa selamat bila jalan bersama. Baru kena tumbuk terus lembik. Longlai. Kali keduanya, terima kasih sebab selepas apa yang berlaku tu, relation aku dengan John bertambah kuat. Aku berubah sikap demi kesedaran sendiri atas betapa ikhlas, sabarnya John menyayangi aku.

Aku akui, dalam perhubungan ni, John paling banyak bersabar, bertolak ansur dengan aku. Melayan aku tengah-tengah malam buta. Melayan kalau aku nak pergi mana-mana. Melayan kerenah aku especially time mood tak best tengah period. Melayan pada bila-bila masa bila aku perlukan dia kat sisi. Alhamdulillah! Hampir 5 tahun jalin hubungan, John tak pernah berubah layanan walaupun aku dah bermacam-macam banyak sakitkan hati dia. Semoga selamanya dia macam tu..amin.


Malam ni memang flashback love story aku. Boring ar kau eyka. Citer benda lain ar.. Macam bangang dow citer camni. Pedulik lahh.. Sekadar hanya luah perasaaaannnn.. 


p/s: menyesal tengok fb mamat tuh. by the way, tahniah dah bertunang. jaga je tunang kau baik-baik.

Monday, November 22, 2010

Rambut Sah Tak Sama Hitam, Hati Pun Lain-Lain

Eh, hari ni rasa macam sorang-sorang lak. Biasa ada je orang teman aku.

Oh, John Ryder aku pi outstation..

Lupa. Dah biasa ada dia. Dia jauh sikit je memang aku tak betah ar. Tak best. Nanti tak ada orang sudi jaga aku. Seminggu kena jaga diri sendiri. Em..cepatlah balik..

***

Sabarlah wahai hati.. Siapa lagi nak pujuk kau selain kau punya tuan hati (aku lah). Tuan kau ni lah yang akan menyedapkan kau. Tak bagi kau rasa yang bukan-bukan. Tapi kadang-kadang, manusia lain yang suka menyakitkan kau. Tak apa. Selagi tuan kau ni larat tepis semua pakai otak, insyaAllah, kau tak akan rasa disakiti. Bila kau selalu sakit, lama-lama, makan tuan kau jugak. Kan?

Kadang-kadang mulut ni boleh bawak binasa. Cakap pakai otak lah siket kan.. Kau orang pandai jangan jadi beruk bila bercakap. Tolong lah jangan eksyen sangat. Kalau bukan sekarang, akan datang kau akan tersungkur. Bukan aku mendoakan, tapi Allah tu Maha Adil. Orang takbur macam kau memang tak lama. Memang ilmu itu pelita hidup, tapi bila orang macam kau, suka cakap takbur, suka perli-perli orang, tak paham bahasa, sia-sia je ilmu kau sampai PhD.


I'm sorry to say this. Tapi aku pendam lama sangat. Hari-hari dengar kau punya eksyen, kau punya ketegaq, siapa boleh tahan. Bukan aku sorang je tak puas hati dengan kau. Ramai!


Bosan cerita pasal kau. Tak pasal-pasal kau dapat pahala free dari aku. Moga Allah bukakan pintu hati kaudu kau cepat-cepat terima hidayah Allah. Kalau lambat, tak tau nak cakap apa lah wehh..

Friday, November 19, 2010

Biiikkk.. Kemas ni!

Hari ni hari jumaat. Penghulu hari bagi semua hari. Bak kata Ayu Raudhah bila wartawan tanya kenapa pilih tarikh 21 Januari nak kahwin.

"Sebenarnya tak ada hape pun kat tarikh tu. Pilih 21 Januari tu sebab jatuh pada hari Jumaat. Hari jumaat kan hari yang baik. Penghulu bagi segala hari. Tak gitu?"

Lebih kurang ar bunyiknya tapi itu maksudnya. Kahkahkahak!! Jawapan kau macam lah lepas ni dah tak ada hari Jumaat. Macam lepas ni kiamat, tak ada jumaat dah. Hahaha! Logik ar siket. Kau cakap lah yang tarikh tu dah disetujui orang ramai ke..setuju dari dua belah pihak ke.. Nampak bingai dowh kau ni. Muka je cantik!

Hak elah..sukati dia ar nak cakap pe. Kau sibuk buat hape.

Aku jadi dangkal bila baca statement Ayu. Paham??

Dah cukup. Tinggalkan Ayu Raudhah. Chalo! Sekarang nak cerita pasal aku pulak. Ni bolg aku, cerita pasal aku lah. Buat cerita pasal kau? Hahaha. Ok. Ok. Stop it sebelum kau jadi excessive.

Hari ni operasi kemas office. Apa? 5S? Apa haram jadah tu weh?? Entah..aku pun tak tau. Sleep, Shit, Severe, Shoo, and Shrek agaknya. Hahaha. Enatahlah.. Ni hal aku tarak ambil tau sangat. But, before start anything, kena makan dulu kan? So, let's for breakfast!

Here, a few pictures pagi tadi punya hal.



Kakak-kakak, makcik-makcik, sila-sila makan-makan. Jangan malu-malu. Kau tengok akak baju pink tu. Posing mulut nganga. Kau boleh buat? Tak boleh kannn... kat office ni pelbagai golongan usia ada. Paling muda?? Aku ar.. hikhikhik. Malu shiat.



Si Tudung Biru: Kau tauuuu....!!! Aku dengar..sok sek sok sek... ish ish ish..kesian anak bini..sok sek sok sek!!

Si Baju Hijau: Eh kau diam lah! Memekak je. Aku nak senyum ni masuk kamera ni..!!




Kakak-kakak, makcik-makcik.. Silalah rasa air teh aku buat ni. Mahal ni anak dara buat ni. Psstt..korang tak tau aku sempat celup kaki tadi. Hahahaha!!



Muka gedik tuang air. Package siap tuang air lagik. Untung John dapat aku. Masak? Dapur banyak kat luar. Tunjuk je kau nak makan apa nanti tukang masak masakkan untuk kau. Senangkan?

Lain aktiviti, mengemas! Tak sempat ambil gambar pasal bila aku dah start kemas memang benda lain aku tak tengok. Telefon bunyik pun buat bodoh je.

p/s: memang patut kemas pun. sepah giler. ternak lipas pun boleh. errr..tang celup kaki tu aku fitnah je.. Sumpah! tak celup kaki... hikhikhik.

Thursday, November 18, 2010

Dine!





Terima kasih kat kawan-kawan office yang sudi share masakan raya semalam. Best! Sedap wohh..

Wednesday, November 17, 2010

Yang Hidup Pasti Mati

First of all, aku nak minta maaf kalau apa yang akan aku luahkan kat sini kejap lagi akan menyinggung perasan sesiapa yang baca nanti. Jangan fikir aku tak sensitif atau tak behave atau tak respect dengan perasaan orang lain. Aku faham dan pernah lalui lagi sedih daripada apa yang orang ini tengah lalui sekarang.

Memang sedih bila orang yang kau sayang pergi menghadap Ilahi. Yang hidup pasti mati. Itu fitrah hidup sebagai makhluk Allah. Aku boleh rasa kau punya sedih tu. I can feel it. Much better than everyone. Memang terasa bila orang yang selalu kau dengar suaranya, setiap masa dengannya and suddenly, orang tu pergi jumpa Allah bila tiba hukumnya, memang kau confirm terkejut, macam nak gila ada, sedih sampai sakit dada macam ada batu besar hempap kau, kau akan rasa bersalah, terkilan lah and entah hape-hape lagi kau akan rasa.


Macam tu lah aku rasa bila emak aku pergi jumpa Allah.

Kau baru girlfriend meninggal. Jangan terlalu meratap. Kau ingat dia happy ke kat sana bila kau meratap hiba, sedih 24-7, syahdu, dengar lagu kekasih pergi pastu sedih sampai hingus keluar. Eh, apa tu? I'm sorry to say this, tapi ingatlah. Kasih sayang emak ayah bawa ke syurga. Kasih girlfriend? Kasih boyfriend? Boleh jamin kau ke syurga ke walau dia dah pergi jumpa Allah? Tak salah kau bersedih atas pemergian dia tapi please lah redha and jangan terlalu hiba sampai kat facebook pun kau countdown dah berapa hari dia meninggal. 

Sedangkan aku, cousin yang boleh kira rapat dengan arwah and adik-beradik arwah pun tak macam ni. Paling penting sedekahkan Al-Fatihah tiap kali selepas solat, bukan tiap kali update status kat facebook. Aku faham kau mengingatkan, tapi nampak macam kau harap simpati sangat. 

Aku minta maaf sekali lagi. Niat aku hanya nak menegur. Aku hilang emak masa umur aku 20 tahun. Hilang emak memang tak ada galang ganti. Itu satu-satunya emak atau orang yang melahirkan kita. Tak ada sesiapa yang tepat boleh gantikan dia. Sama junjung dengan seorang bapa. Girlfriend? Boyfriend? Boleh ganti dengan sesiapa yang kite rasakan serasi dan sayang. Memang tak sama kita bila break up dengan kekasih tu meninggal. Memang lain! Aku paham tuh. 


Aku tak nak bila kau dah jumpa pengganti nanti kau macam lupa arwah terus kau senyap. Hilang segala 'rindu, al-fatihah' kat status facebook kau. Kau nak ke orang lain cakap "eh, si polan tu bila dah ada ganti terus senyap ek. tak ada dah rindu-rindu kat arwah dahh" kat kau? Kau suka ke nanti orang cakap tak baik pasal kau? Memang zaman sekarang "ahhh, pedulik apa aku orang nak cakap apa" tapi sampai bila kau boleh tahan. And i believe, kau akan cakap "orang tak tahu apa aku rasa dalam hati ni derr". Just fine, perasaan sendiri tu memang is yours..


Aku tak nak masa mula-mula je kau macam ni. Memang kau cinta bangat kat arwah tapi try tak terlalu exposed kesedihan tuh. Kalau kau tak tough.. Apa lagi perasaan family dia? Especially bila they all terbaca status facebook hang?


One more, facebook arwah tu silalah jangan godek apa-apa. Biarlah kekal macam sedia dulu. Gambar arwah duduk menghadap rak buku tu yang jadi profile picture tu janganlah diubah ke diusik ke.. Dah itu kehendak arwah nak letak, tak payah tukar-tukar.


Untuk kali ketiganya aku minta maaf andai terasa. Nak cakap direct, bila pulak aku jumpa kau. Kami satu keluarga pun sayangkan arwah. Dari kecik arwah dengan adik-beradik dia memang selalu datang rumah kami ni. Aku tak ada adik. Adik-beradik dia macam adik-adik aku sendiri. Memang aku sayangkan diorang. 

Pesan aku, kalau sayang atau sedih atau gembira atau suka atau hape pun lah janganlah terlalu tonjolkan. Nanti sebaliknya akan berlaku. Trust me. Aku selalu kena macam tu. Bila aku sayang sangat pastu expose lebih memang boleh terbalik jadi benci. Bila aku sedih sangat pastu expose lebih memang boleh terbalik sampai aku lupa kesedihan tu sehingga melalaikan diri. Faham tak? Faham tak? Tak faham? Memang ayat aku macam keling siket. Harap kau faham lah.


Allah tidak suka orang yang melebih-lebih dalam apa jua sekali pun.

Last but not least, tabahkan hati. Redha atas pemergian dia menghadap Ilahi. Hidup harus diteruskan. Percayalah, bila kau dah ada yang lain nanti, sedikit sebanyak mesti kau terlupakan diri dia. So, jangan terlalu bersedih. Nanti emosi kau jadi emosi perempuan menopaus. Tak stabil. Ingat Allah. Solat. Sedekahkan al-fatihah untuk arwah setiap kali teringatkan dia. 

Aku sebenarnya luah macam ni pun nak mengingatkan untuk diri sendiri jugak.

Semoga silaturrahim antara kau dengan keluarga dia termasuk kitorang sekali tak terputus.

Amin!

Tuesday, November 16, 2010

Raya Wehh Raya!

"eh, masak apa?"

"tak balik kampung ke?"

"esok cuti tak?"

Tapi hari ni office still ramai orang. Maybe ramai half-day hari ni kut. Aku? Memang tebiat kalau sehari sebelum apa-apa raya pun tak kira raya aro ke raya cina ke raya krismas ke memang aku cuti the day before the festivity day. Dah habit suka beraya macam tu la perangai..

Tapi hari ni.. sobs sobs. Aku tak dapat cuti sebelum dengan selepas raya haji. Cuti ilek. Habis. Tarak. Tinggal 2 hari je kau nak cuti hape. Since sambung study memang selalu cuti. Seminggu ada 4 classes. Malam. Sampai rumah pukul 11 lebih. Esok pagi kena bangun pulak pi keje. Agak-agak penat, kau call colleagues kau bagitau tak nak datang keje, reason kau tak larat. KAU BAYANGKAN?? Mana cuti tak habisss..

Dari semalam diorang pot pet pot pet cerita apa nak masak raya karang. Okeh! Ingat korang je boleh masak raya? Aku pun boleh lahh. Aku masak nasi ayam rencah maggie berdrumstickkan ayamas goreng. Ha! Kau boleh ke?? Korek recipe kat google lah. Apa susahhh.. Rencah instant banyak. Bancuh je..

Ohh..sungguh rindu nak golek gelantang sambil bau acu masak lauk raya kat rumah atok. Best! Walaupun tv nampak tak nampak, tapi memang aku suka balik kampung. Arwah emak aku kan kat kampung.. Boleh pergi Tanjung Laboh tengok kubur.

Jadi, aku nak ucap, berucap, mengucap..




Salam Aidiladha dari aku satu family!

Monday, November 15, 2010

Bantal Punya Pasal Lah

Hari ahad yang indah. Bangun dengan segarnya. Sekali, erk.. Aku tak boleh toleh sebelah kiri! Siut.. Confirmed aku tido salah bantal. Bukan salah bantal terambil kakak aku punya lepas tu buat tido. Salah! Tapi istilah orang tua mak enon dulu cakap kalau bangun pagi sakit leher tu namanya 'salah bantal'.

Aku kena salah bantal. Entah tido macam mana pusing sampai terpele'ot leher. Bagus! Sure aku tido buruk gile. Lepas tu ngadu kat ayah. Ayah selawat sambil tepuk-tepuk bantal lepas tu..

"Buuukkkk! Bbuuukkk! Bbbuuukkk!"

"Hadoii!"

Ayah hempuk sehempuk-hempuknya bantal tu kat bahu dengan leher aku. Sakit wohh! Balas dendam ke hape ni.. Tau lah saya kadang-kadang melawan cakap ayah.

"Ni petuanya..kalau salah bantal tepuk bantal tu kat tempat sakit. Insyaallah, hilang"

"Yeke? Cam tipu je. Tah-tah ayah balas dendam hempuk-hempuk bantal kat orang ea.."

Lepas tu terus masuk bilik air. Mandi. Lepas mandi, orang lain sapu losyen Nivea ke Johnson & Johnson ke hape ke tapi aku sapu minyak panas halia. Tak wangi kau! Satu rumah bau minyak halia panas. Hahaha! Sedap... Hangat je.. Paling annoyed sekali kalau orang panggil kau dari sebelah kiri. Memang aku toleh macam robot derr.. Kanan normal, kiri..sekali tak normal da..

Sebelum masuk tido malam tadi, sapu minyak cap kapak pulak. Warm siket..sedap!

Bangun pagi hari ni, eh eh. Macam dah ok siket pulak. Baguih.. Tak sia-sia aku melumur minyak panas. Bila sakit tangkap tengkuk tu gua rasa nak jadi hantu penanggal. Sakit wohh.. Penanggal boleh tanggal kepala. Agak-agak sakit kepala, lu tanggal la kepala lu. Gua rasa nak terlentang tak nak buat apa-apa jek. Tapi gua kerja hari ni.. Kang kena marah plak dengan boss.

Ayah cakap, 2 - 3 hari baru hilang. Tunggu je lah.. Bahu dengan tengkuk aku dah berdenyut-denyut. Tadi mintak tolong John urut tengkuk.

"Alahai..keciknya tengkuk.."

Dah aku perempuan. Memang la tengkuk kecik.. Apadddaa! Terima kasih ea sebab tolong picit tengkuk aku.. Lega siket. Heh.

p/s: lepas ni kena tido sopan-sopan

Friday, November 12, 2010

Eh, Bilik Ais

Final exam dah habis. Alhamdulillah. Yeah, muka paling gembira bila keluar dewan = aku lah. Tak payah pandang muka orang lain. Pandang muka aku je. Semalam ayah cuti. Dia hantar aku siap package tunggu anak dia habis paper. Thank you, daddy! Masuk kereta terus pot pet pot pet sampai bapak aku pening melayan aku cakap.

"Banyak cakap plak. 2 minggu senyap kemain! Dah habis paper dah start perangai pot pet pot pet"

Ehh..kang bila aku senyap, bapak aku kemain risau giler. 'Kenapa dikkk..' 'Adik kenapa...' 'Adik tak nak makan ke..' All praises to Allah, aku ada bapak yang caring. Sampai rumah terus rest sampai tertido depan tv. Pukul 3pm macam tu, akak aku kejut suruh bangun teman dia pergi Nilai nak cari barang kahwin. Malas giler sebab hujan renyai-renyai menggamit dingin sejuk bak salju. (giler kau puisi terus! hahaha)

Masuk kereta dia aku sambung tidur balik. Sedap woh kena aircond! Sampai Nilai terus tuju kedai-kedai yang jual bunga-bungaan. Aku pun naik gila sekali pasal aku tertengok hantaran kahwin colour merah-hitam. Cantik wehh! Memang favourite colour gua. Dulu aku pernah berangan nak buat pelamin dengan barang kahwin colour merah-hitam, tapi kerana umur dan faktor kewangan aku tak mengizinkan untuk aku kahwin lagi, lately ramai plak pakai colour nihh. Gampang! Kalau aku kahwin dulu memang aku jadi trendsetter colour wedds ni dohh. Erm..tak apa tak apa. Nanti aku pikir colour lain yang orang lain tak berani pakai lagi. Heh.

Penat jalan cari kain, terjumpa kedai "Eh, Ice Room! Aku nak pergiii!" Aku merengek macam Pocoyo kat akak aku sebab nak pergi Ice Room. Yeah, dia tidak menghampakan aku walaupun kadang-kadang perangai dia macam ....siut...

Yeeeaaaa, Bilik Ais

Masuk terus rambang mata cari seat sebab tak ramai orang. Pale otak pikir "ice cream! ice cream! ice cream!"

Black Forest Sesame Snow

Finally, yummy delicious bravo lah ice cream dia. Sedap sampai beku-beku gigi aku makan benda alah nih

Ruang interior yang sangat moden

Gambar kabur sebab budak temban tengah sibuk cedok

Budak tembam lagi


Akak aku gayut dengan future husband dia

Buku order pun mau amek ka??

Mula-mula nak makan something heavy lepas tu ternampak 'Duck Breast Roasted'.. ehh, tak jadilah. Makan ice cream je lah.. Pasal ada itik aku tak lalu mamam plak. Memang itik tu kita boleh makan, tapi berapa ramai Melayukah yang memakan itik??  o.0

Sekarang rasa macam nak makan Pizza pulak. Cik Sarah, jangan lupa date kita hari ni.

Tuesday, November 9, 2010

Talibesen

Aku memang bukan satu-satunya homosapiens yang suka tengok tv. Ramai sebenarnya yang suka tengok tv. Dari kecik sampai tua, memang aku hantu tv. Tv! Tv! Tv! Tv best. Ada gambar gerak-gerak. Tengok buku tak best. Tak ada gambar gerak-gerak. Boring. Dan tv bukannya hiburan semata-mata. Aku suka tengok tv sebab ada...

a) Mythbusters - Confirm, Plausable, or Busted. Siapa mythbusters geek dia tahu la hape benda aku sebut tuh.




b) Backyard Science - memang macam kiddo. Ye, aku memang suka tengok kiddo's show. But, BS ni memang banyak useful information and experiment yang bagus. Memang boleh tambah ilmu.

c) Finger Tips - Yeah, one more! Siapa yang kreatif tu boleh sangat kau tengok. Aku memang tak kreatif langsung pun tapi takat nak buat kapal terbang kertas tak ada hal la. Tv show ni pasal art. Memang best. Besides, tv show ni jugak sangat colourful.

d) Clever - Haha. Suka tengok artis jadi tongong. Tak sangka majoriti artis yang dijemput dalam tv show ni bangang belaka. Kalau kau tak tau jawapan yang betul pun, at least boleh tak kau bagi answer and reason yang munasabah siket. Kalau nak melawak pun jangan nampak sangat kau ni bangang.




e) Chuck - Tv series yang paling best. Chuck Bartowski sangat geeko. Aku memang suka guys yang rupa geeko nihh. But, aku dapat yang baragas pulak. Heh. Ok John. Jangan kecik hati. Aku sayang kau.




f) Pocoyo - My favourite! Gila comel Pocoyo ni. Pocoyo ni asalnya daripada perkataan Spanisch yang bermaksud 'Little Me'. So, sangat kecik, cute, and comel lote. Kalau suka, tengok kat Playhouse Disney yang chanelnya 613. Enjoice!


Pocoyo icap puting

Pocoyo paling aku adore. Walaupun Pocoyo ni untuk kanak-kanak pre-school, tapi orang macam aku ni yang pre-matured pun boleh je tengok. Bapak aku tak marah pun.

"Asek tengok kartuuuunnnn je. Siang malam kartun. Macam rumah aku ni ada anak kecik"

"Saya practise lah, ayah.. Saya nak biasakan tengok kartun. Mana tau dapat adik. Oppss!"

Paling tidak, dia bising macam kat atas ni je.

So, enjoy lah bila anda tengok tv. Nak tengok tv tak payah nak pakai tv plasma. Ok?

Wednesday, November 3, 2010

Cerita Lama (1)

Ramai member-member aku dah kahwin. Ada yang menjemput. Ada jugak yang tak menjemput. Umur kahwin 23 sesuai kut.. For women lah. Kalau guys, nope. You're too young to be married. Tapi kalau dah jodoh sampai awal jugak, takkan kau menolak kan? Macam aku, tengah tunggu anak raja tunggang superbike lamar kahwin. Hahahah. Siapa nak kat aku weh.. John sorang je yang sudi kenal aku. Hakhakhak.

Aku tak lawa. Bukan juga educated lady. John pun tak handsome. Padan lah kan..

Masa zaman muda remaja dulu.. (Bajet kau matured sangat ah.. Err..ye. Sekarang aku banyak berfikir secara libertarian) Memang diakui aku memang loser giler lah pasal teman lelaki, secret admire..and what else..so on..dan perkara-perkara ke arah begitu. Tak pernah ada balak, secret admirer, and bla bla bla. Well, i believe..ramai girls share experience yang sama dengan aku.

Aku chubby. Gigi jarang terabur. Pakai spek plastik bingkai hitam. NO MAKE-UP. Pakai tudung bawal. Pakai t-shirt. Sometimes, pergi tuisyen pakai baju besar yang ada hoodies. Pendek kata, tak attract langsung! Pathetic jugak lah bila teringat zaman fesyen tuh. Orang cerita pasal boyfriend, aku sibuk cerita pasal Kreko. Orang minat pink, aku minat hitam. Orang minat Roxy, aku minat Tropicana Life. Tak sealiran dengan gadis-gadis era zaman aku.

Memang stained habis.. Bila tengok gambar-gambar lama, argghh! malu shial.. Tunjuk kat John, John kata..

"Hey honey..it's that you?? Holly cow! You looks so lame on this picture. Fortunately now you looks great. Lucky me!"

Ya John.. Dulu aku memang selekeh. Unlikes you. Kau dulu tak campur dengan budak-budak perempuan macam aku. Kau pandang yang gedik je. Bila nak cari bini nak buat kahwin, pandai lak kau cari aku ye.

Now, aku pakai braces. Aku pakai make-up. Aku sekarang dah pandai pakai feminine dress! Haha. Handbags?? Nope..aku tak reti pakai handbags lagi. Pergi office pun gua pakai backpack je. Sonang! Susah kalau orang nak ragut. Boyfriend lama pun terkejut tengok aku. Siap puji,

"Eh..pipi bersihnya. Cuci pakai apa ek?"

"Air wuduk 5 kali sehari"

Dulu pipi aku berpasir. Nak cium laga pipi pun geli. Sekarang dah ada duit nak melawa. Tak mintak duit mak bapak pun. Sendiri nak, sendiri punya duitlah. Dia pun sekarang dah ada awek baru. Dulu dia dump pasal aku tak stylish and tak lawa. I knows that..

But, John is much better. Masa kitorang kenal, aku tak pandai nak melawa-lawa. Tapi John memang kaki suka melaram walaupun dia gelap. Suka jaga fitness badan. Suka jaga rambut walaupun rambut dia keteng. Suka jaga kuku dia. Senang cerita, dia memang jaga from tip hair to tip toe. Dia rajin pesan kat aku,

"Perempuan kena jaga penampilan dengan badan, sayang oi.."

Then aku tukar terus transform. Demi jang yang tersayang. Hahaha. Eh salah, demi cik abe ye tersaye.. (kelantan menang bola, harus kecek kelate. LOL)

Moralnya, setiap orang pasti berubah. Kalau perubahan yang positif tu kira baguih lahh..


p/s: Tahniah kat member-member yang dah kahwin juga kat mereka yang dah ada anak. Bergulung-gulung tahniah dari aku ye!

Kepada Motorcyclist Sekalian Alam! Kau Baca Ni..

Aku akui, memang rakyat Malaysia jadi orang paling tak penyabar bila kat atas jalanraya. Baik yang bawa motor, atau yang bawa kereta sekalipun. Memang aku perempuan. Does not mean aku tak cekap bawa kereta. Alhamdulillah. Tak pernah ditimpa kemalangan. Macam mana pun, aku masih berhati-hati. Seawal umur 18 tahun aku dah ada lesen. 5 tahun! Elehh..baru 5 tahun. Yeah, at least aku tak dungu dan tak bodoh kalau nak park kereta. Aku tak dungu dan tak bodoh bila nak masuk lane. Aku tak dungu dan tak bodoh bila kat atas highway.

Kadang-kadang sikap orang lain yang membuat kita jadi tak tentu arah bila kat jalanraya. Jari hantu selalu naik bila bawak kereta. Caci-maki kat mulut ni dah macam nyanyi lagu bila bawak kereta. Ya, aku lah perangai macam tu.

Especially, motorcyclist! John seorang motorcyclist. Aku selalu pesan kat dia "bawak motor elok-elok" "jangan cilok-cilok". Kepada motorcyclist yang lain, silalah tunggang motor anda di bahu jalan. Bila ada kereta beri signal nak masuk lane sebelah, jika awak ada kat line tengah dan masih jauh dari kereta tu, TOLONGLAH BERI LALUAN! KAU BAWAK MOTOR MACAM TAK ADA BREK! KALAU KERETA TU TAK BAGI SIGNAL, KAU NAK CARUT KAU PUNYA PASAL LAH!

Paham??

Kau dah lah bayar roadtax murah. Jangan lah pulak kau nak duduk tengah jalan. Nak mampus??

Based on my own experience, aku pernah langgar motorcyclist dengan sengaja. Kenapa? Aku dah bukak signal dengan hemah dan sopan nak masuk lane sebelah dan kereta sebelah pun tak ada hal nak bagi aku masuk depan dia. Datang sekor hantu yang bawak motor macam gampang, hon panjang-panjang macam aku pancung dia. Bila aku dah selamat masuk, hantu tu lalu sebelah dan ketuk side mirror aku. Ok, fine. Paling gampang, hantu mengangkat jari hantu dia kat aku. OK! KAU MEMANG NAK KENA. Senggol sikit je. Hantu tu jatuh. Terseret. Nasib tak banyak kereta. Aku keluar tangan, aku lambai and FUCK YOU! Then..see ya!

Poor guy, nobody want to helps him.

Moral, jangan kau ingat aku perempuan kau nak buat jahat. Salah perhitungan, nasib kau memang tak baik.

p/s: Selalu risau John bawak motor. Aku dah keluarkan arahan kat John suruh dia beli kereta. Dapat kancil secondhand pun aku tak kesah. Janji boleh bawak aku jalan.