Monday, November 22, 2010

Rambut Sah Tak Sama Hitam, Hati Pun Lain-Lain

Eh, hari ni rasa macam sorang-sorang lak. Biasa ada je orang teman aku.

Oh, John Ryder aku pi outstation..

Lupa. Dah biasa ada dia. Dia jauh sikit je memang aku tak betah ar. Tak best. Nanti tak ada orang sudi jaga aku. Seminggu kena jaga diri sendiri. Em..cepatlah balik..

***

Sabarlah wahai hati.. Siapa lagi nak pujuk kau selain kau punya tuan hati (aku lah). Tuan kau ni lah yang akan menyedapkan kau. Tak bagi kau rasa yang bukan-bukan. Tapi kadang-kadang, manusia lain yang suka menyakitkan kau. Tak apa. Selagi tuan kau ni larat tepis semua pakai otak, insyaAllah, kau tak akan rasa disakiti. Bila kau selalu sakit, lama-lama, makan tuan kau jugak. Kan?

Kadang-kadang mulut ni boleh bawak binasa. Cakap pakai otak lah siket kan.. Kau orang pandai jangan jadi beruk bila bercakap. Tolong lah jangan eksyen sangat. Kalau bukan sekarang, akan datang kau akan tersungkur. Bukan aku mendoakan, tapi Allah tu Maha Adil. Orang takbur macam kau memang tak lama. Memang ilmu itu pelita hidup, tapi bila orang macam kau, suka cakap takbur, suka perli-perli orang, tak paham bahasa, sia-sia je ilmu kau sampai PhD.


I'm sorry to say this. Tapi aku pendam lama sangat. Hari-hari dengar kau punya eksyen, kau punya ketegaq, siapa boleh tahan. Bukan aku sorang je tak puas hati dengan kau. Ramai!


Bosan cerita pasal kau. Tak pasal-pasal kau dapat pahala free dari aku. Moga Allah bukakan pintu hati kaudu kau cepat-cepat terima hidayah Allah. Kalau lambat, tak tau nak cakap apa lah wehh..

2 comments:

Catherine- said...

aha...kadang aku pon main cakap lepas jugak...tapi jgn lupa minta maaf...

sedangkan lidah lagi tergigit...kan..

nobody perfect..

hepp! jaga hati sendiri lagi baek...kan kan...org x jaga hati kt xpelah...

bukan kita mampu nak puaskan hati semua org..

;) peace!

I'm Not A Storyteller said...

ye! jage ati sendiri lg baik.. =)