Wednesday, November 17, 2010

Yang Hidup Pasti Mati

First of all, aku nak minta maaf kalau apa yang akan aku luahkan kat sini kejap lagi akan menyinggung perasan sesiapa yang baca nanti. Jangan fikir aku tak sensitif atau tak behave atau tak respect dengan perasaan orang lain. Aku faham dan pernah lalui lagi sedih daripada apa yang orang ini tengah lalui sekarang.

Memang sedih bila orang yang kau sayang pergi menghadap Ilahi. Yang hidup pasti mati. Itu fitrah hidup sebagai makhluk Allah. Aku boleh rasa kau punya sedih tu. I can feel it. Much better than everyone. Memang terasa bila orang yang selalu kau dengar suaranya, setiap masa dengannya and suddenly, orang tu pergi jumpa Allah bila tiba hukumnya, memang kau confirm terkejut, macam nak gila ada, sedih sampai sakit dada macam ada batu besar hempap kau, kau akan rasa bersalah, terkilan lah and entah hape-hape lagi kau akan rasa.


Macam tu lah aku rasa bila emak aku pergi jumpa Allah.

Kau baru girlfriend meninggal. Jangan terlalu meratap. Kau ingat dia happy ke kat sana bila kau meratap hiba, sedih 24-7, syahdu, dengar lagu kekasih pergi pastu sedih sampai hingus keluar. Eh, apa tu? I'm sorry to say this, tapi ingatlah. Kasih sayang emak ayah bawa ke syurga. Kasih girlfriend? Kasih boyfriend? Boleh jamin kau ke syurga ke walau dia dah pergi jumpa Allah? Tak salah kau bersedih atas pemergian dia tapi please lah redha and jangan terlalu hiba sampai kat facebook pun kau countdown dah berapa hari dia meninggal. 

Sedangkan aku, cousin yang boleh kira rapat dengan arwah and adik-beradik arwah pun tak macam ni. Paling penting sedekahkan Al-Fatihah tiap kali selepas solat, bukan tiap kali update status kat facebook. Aku faham kau mengingatkan, tapi nampak macam kau harap simpati sangat. 

Aku minta maaf sekali lagi. Niat aku hanya nak menegur. Aku hilang emak masa umur aku 20 tahun. Hilang emak memang tak ada galang ganti. Itu satu-satunya emak atau orang yang melahirkan kita. Tak ada sesiapa yang tepat boleh gantikan dia. Sama junjung dengan seorang bapa. Girlfriend? Boyfriend? Boleh ganti dengan sesiapa yang kite rasakan serasi dan sayang. Memang tak sama kita bila break up dengan kekasih tu meninggal. Memang lain! Aku paham tuh. 


Aku tak nak bila kau dah jumpa pengganti nanti kau macam lupa arwah terus kau senyap. Hilang segala 'rindu, al-fatihah' kat status facebook kau. Kau nak ke orang lain cakap "eh, si polan tu bila dah ada ganti terus senyap ek. tak ada dah rindu-rindu kat arwah dahh" kat kau? Kau suka ke nanti orang cakap tak baik pasal kau? Memang zaman sekarang "ahhh, pedulik apa aku orang nak cakap apa" tapi sampai bila kau boleh tahan. And i believe, kau akan cakap "orang tak tahu apa aku rasa dalam hati ni derr". Just fine, perasaan sendiri tu memang is yours..


Aku tak nak masa mula-mula je kau macam ni. Memang kau cinta bangat kat arwah tapi try tak terlalu exposed kesedihan tuh. Kalau kau tak tough.. Apa lagi perasaan family dia? Especially bila they all terbaca status facebook hang?


One more, facebook arwah tu silalah jangan godek apa-apa. Biarlah kekal macam sedia dulu. Gambar arwah duduk menghadap rak buku tu yang jadi profile picture tu janganlah diubah ke diusik ke.. Dah itu kehendak arwah nak letak, tak payah tukar-tukar.


Untuk kali ketiganya aku minta maaf andai terasa. Nak cakap direct, bila pulak aku jumpa kau. Kami satu keluarga pun sayangkan arwah. Dari kecik arwah dengan adik-beradik dia memang selalu datang rumah kami ni. Aku tak ada adik. Adik-beradik dia macam adik-adik aku sendiri. Memang aku sayangkan diorang. 

Pesan aku, kalau sayang atau sedih atau gembira atau suka atau hape pun lah janganlah terlalu tonjolkan. Nanti sebaliknya akan berlaku. Trust me. Aku selalu kena macam tu. Bila aku sayang sangat pastu expose lebih memang boleh terbalik jadi benci. Bila aku sedih sangat pastu expose lebih memang boleh terbalik sampai aku lupa kesedihan tu sehingga melalaikan diri. Faham tak? Faham tak? Tak faham? Memang ayat aku macam keling siket. Harap kau faham lah.


Allah tidak suka orang yang melebih-lebih dalam apa jua sekali pun.

Last but not least, tabahkan hati. Redha atas pemergian dia menghadap Ilahi. Hidup harus diteruskan. Percayalah, bila kau dah ada yang lain nanti, sedikit sebanyak mesti kau terlupakan diri dia. So, jangan terlalu bersedih. Nanti emosi kau jadi emosi perempuan menopaus. Tak stabil. Ingat Allah. Solat. Sedekahkan al-fatihah untuk arwah setiap kali teringatkan dia. 

Aku sebenarnya luah macam ni pun nak mengingatkan untuk diri sendiri jugak.

Semoga silaturrahim antara kau dengan keluarga dia termasuk kitorang sekali tak terputus.

Amin!

1 comment:

sarra mz said...

babe..
ni pasal bf arwh kazen kau tue ker..
adoiyaiii
awat dia jadik mcm tue..
hish hish