Tuesday, December 24, 2013

Perkara Rawak #6: Bila Hidung Kau Ultra Sensitive


Office aku dekat sebulan lebih tak ada air-cond. Benda ini penyelamat deria bau aku. Bayangkan laa, bila air-cond tak ada. Semua kat sekitar kau jadi hasheemm. Termasuklah diri aku sekali. Haha. Gila kau..aku masih pandai jaga kebersihan diri ye. Nasib lah benda ni free

Kalau tak, aku pohon cuti sakit sebulan atau sampai air-cond berfungsi macam biasa.

Erghhh!!

*sabar eka. ni cuma panas dunia je. belum panas neraka*

Monday, December 23, 2013

Weekend #01: Ke Mana Kau?

Semalam weekend korang pergi mana?

Aku tak pergi mana pun. Paling kuat pergi tengok ayah aku and keluarga mentua aku. Actually baru balik dari kerja luar daerah. Agak penat sikitlah. Tiga hari tinggalkan suami kat KL. Haha. Sekarang, giliran suami aku pulak kerja luar daerah. Lima hari ye. LIMA hari. Aku tinggal dia tiga hari je. Tiba-tiba aku rasa dunia ni tak adil *boleh?

 
Kemain luas laki aku kangkang depan tv. Tangan tu aku tak tau dia nak putar apa. Belah mentua aku ni suka tengok movie hantu-hantu so, aku cadangkan diorang ni nak tengok time siang je bila aku ada. Malam jangan. Nanti kang taklah aku penakut sangat. Haha.

Alhamdulillah keluarga ayah aku sihat. Begitu juga keluarga mentua aku. Semua sihat belaka. Ayah makin better. Honestly aku cakap, aku rindu sangat kat dia. Rindu dia dulu yang ceria, kuat mengusik.. Rindu! Tak apalah. Setiap perjalanan hidup manusia itu Allah dan tentukan semuanya.

Nanti kita tua pun tak tau macam mana kan?

Kakak aku pun dah selamat bersalin 6 November 2013 lepas. Gambar baby aku belum nak letak lagi. In shaa Allah, ada gambarnya. Last aku jumpa diorang time weekend lepas. Diorang anak beranak datang sini ziarah ayah.

Aku rindu dengan keluarga sendiri. Tapi aku kena move on. Hidup tak selamanya sama dan kekal. Aku hanya teruskan hidup yang Allah dah kurniakan ni. Kadang-kadang sunyi jugak. Mungkin dah sampai time untuk ada baby? Eh. Hehehe...in shaa Allah.

Selamat Tahun Baru 2014, in advance.

Semoga di tahun baru kita semua dikurniakan kehidupan yang lebih baik, episod kehidupan yang bahagia, dikurniakan rahmat dariNya, dan dipermudahkan segalanya dalam hidup. In shaa Allah!

Tuesday, November 19, 2013

Selamat Satu (1) !

 
Alhamdulillah. 17 November 2013, genaplah setahun usia perkahwinan antara aku dengan Khairul. Tak sangka setahun dah. Dugaan kau toksah cakaplah. Macam-macam. Cuma yang berat-berat tu tak adalah. 

Macam biasa orang pernah cakap, tahun pertama hingga tahun kelima, dugaan kahwin tu macam-macam. Tahun kelima hingga kesepuluh, tahun-tahun yang menduga jugak. Usually, orang kata, tahun kesepuluh ke atas, barulah rumahtangga harmoni. Lebih kurang macam tahun matang perkahwinan le.

Entahlah ek, pada diri aku sendiri, tolak ansur penting. (cliche sangat kau nok)*

Ada masanya, kita kena saling membantu. Yang paling penting, kau jangan meragui Allah swt. Dialah Maha Pemberi segalanya. Jangan takut untuk hadapi apa-apa. Hanya takut pada Allah. Tahun ni aku lalui macam-macam perkara. Aku anggap ini sesuatu yang Allah bagi untuk matangkan diri ni ha.

Tak apa. Sesuatu perkara yang jadi, ada hikmah. Aku percaya setiap benda ada kifarah. 

Macam mana pun, Selamat Satu!

Mohd. Khairul Fakri (suami), terima kasih untuk semua. :')        

Wednesday, November 13, 2013

Sayang Ayah!


Maaflah kalau dah lama aku tak update entri baru.

Kesihatan ayah kebelakangan ni merosot sedikit. Mood nak buat segala benda tak ada. Kepala, jiwa, hati aku sering fikirkan tentang ayah. Kalau nak aku ceritakan tentang ayah, nanti aku sedih. Sedih. Rasa sedih tu memang merengkam.

Pasal aku rapat dengan ayah aku. Semua benda refer ayah. Ayah tu..ayah ni.. Semua ayah.

In shaa Allah, dalam masa terdekat ini ayah akan melalui operation. Operation untuk membuang tumor yang tumbuh dalam bahagian kepala. Ya, kepala. Yakni, brain.

Semoga segalanya selamat. Aku pohon, aku pohon ayah sihat semula macam dulu. Ceria macam dulu. Gurau-gurau dengan aku macam dulu. Teman aku ke mana sahaja macam dulu, walapun aku sudah bersuami.

Ayah seorang yang sangat supportive. Dan aku yakin, ayah seorang yang kuat semangat, kental untuk lalui proses operation tu. Dan aku, kena seperti ayah. Kuat untuk menerima berita ini. Kuat untuk membantu ayah. Kuat untuk menjalani tanggungjawab sebagai anak. Kuat untuk melayani ayah. Kuat untuk semuanya. Ya, semuanya!

Itu hari aku terfikir, hikmah besar sedang melalui aku. Aku mula faham kenapa aku masih menunggu zuriat. Allah Maha Mengetahui segalanya. Allah memberi tanggungjawab dan amanah sebagai seorang anak untuk beri bakti kepada orang tuanya kepada aku. Mungkin Allah masih belum memberikan aku tanggungjawab sebagai ibu kepada anak, kerana, MUNGKIN, tanggungjawab sebagai anak, Allah memberi tanggungjawab itu sebagai keutamaan untuk aku.

Akhirnya, aku sedar. Dan, REDHA.

Suami aku merestui. Dia merestui niat aku untuk menjaga ayah. Walaupun terpaksa berkorban material. Tapi aku yakin, aku YAKIN rezeki dari Allah ada kat mana-mana dan bila-bila masa.  Tak rugi apa-apa pun jika mengorbankan sesuatu hanya untuk orang tua kita.

Mungkin balasan baik itu akan dibalas di dunia, ataupun di akhirat. Salah satu, atau kedua-dua adalah lebih baik.

Alhamdulillah...

Yang aku mahukan adalah yang terbaik untuk ayah.

Semoga ayah diberi rahmat kesihatan oleh Allah swt dan dipanjangkan usia dalam usia yang berkat. Aamiin!

In shaa Allah

Sayang ayah!!!

Wednesday, September 4, 2013

Ini adalah ... !


Tadaaaa!!

Ini adalah nasi lemak yang berharga RM4.50. Ya, aku ulang semula. Nasi lemak berharga RM4.50. Nasi lemak kosong bertelur rebus sebelah biji dan bersosej sebatang ini, aku beli pada Isnin 2 September 2013 yang lalu.

Hari ini berapa hari bulan kawan-kawan? 4 September 2013. Semalam isu apa kawan-kawan? Ya, isu minyak. Selepas kenaikan harga petrol, kau rasa nasi lemak yang aku beli ni boleh jadi berapa ringgit?

Cekik darah.

Ya, cekik darah. Aku beli nasi lemak ni di Kantin pejabat aku. Ramai dah terkena dan aku pun dah terkena banyak kali. Sebelum ni aku rasa mampu lah nak bertahan, tapi kali ni..oh, tidaklah!

Macam ni, kayalah tokey!

Setahun 5 kali umrah okay..

Dah masuk 2 hari setengah aku boikot tak nak beli makanan Kantin. Aku wajib bersabar sebab, tokey ni habis kontrak hujung tahun. Lagi 3 bulan. Tak lama dah.

Kalau ikut gaya kak yong mak yong aku memang barai nasi lemak kat situ jugak tu rasanya dan tokey kedai tu, kawan baik arwah emak jadi aku hormatkan dia. 

Jadi, tak ada option.

Kau kena bayar, senyum berbara, dan berambus.

Dan aku, guna status sebagai anak kepada salah seorang committee dalam bab tender Kantin, aku report.

Ya, report  ya. Jangan tak report.

Untuk semua orang jugak!

Wednesday, August 21, 2013

Impian

Aku terlalu menginginkan kerjaya dari rumah. Aku seorang perempuan. Bukan perempuan je. Aku seorang isteri, in shaa Allah suatu hari nanti aku bakal jadi seorang emak. Menjadi seorang wanita, orang sekeliling banyak bergantung kepada kita. Contoh, macam suami, anak, dan mak ayah kita. 

Aku banyak kali terfikir, bekerja dari rumah sangat-sangat mengizinkan aku jadi suri dalam rumah yang lebih bertanggung jawab. Basuh kain tak payah delay. Masak semestinya tiap-tiap hari boleh masak. Tiap-tiap hari rumah bersih tak berhabuk dan kotor. Semestinya, bila husband  balik kerja muka berseri-seri semua benda kat rumah beres. Aku sendiri jenis tak suka rumah bersepah. Aku boleh mengemop rumah jam 10.00 malam weekdays bila aku rasa tapak kaki aku tak selesa memijak lantai rumah. Maknanya, lantai rumah kau berhabuklah. Kain baju aku tak suka longgok lepas tu simpan untuk basuh hujung minggu. Setiap 2 hari sekali mesti aku buat kerja dobi. Aku tak suka bilik berlonggok dengan pakaian kotor atau tak berlipat.

Aku tak salahkan masa. Masa tak salah apa-apa. Masa tetap bergerak. Time is flies. Aku cuma salahkan diri sendiri. Aku salahkan diri sendiri kerana tak pandai mencari masa atau mencuri masa untuk berjaya lakukan semua tu. Dan aku juga tak menyalahkan komitmen. Sebagai manusia, komitmen sentiasa terbeban atas bahu kita. Komitmen yang jadikan kita sebagai orang yang menghargai masa. Dan sekarang, sejak berkahwin, aku sangat-sangat menghargai masa. 

Sebagai pekerja sepenuh masa, aku rasa waktu aku untuk berada di rumah suntuk. Boleh dikira berapa jam sahaja. Belum lagi bila aku balik lewat. Hujung minggu. Ke luar daerah. Kadang-kadang terfikir, aku kurang masa bersama keluarga. Dan ini, membuat aku lebih berminat untuk ada kerjaya dari rumah. Praise to Allah, Alhamdulillah... Khairul kerja tetap disamping kerjaya ragbi dia. Jadi, agak stabil ekonomi kami.

Sebagai seorang penuntut separuh masa, aku rasa waktu untuk aku berada di rumah menjadi suntuk lagi pendek. Sudahlah bekerja, belajar lagi. Masa di rumah banyak dihabiskan untuk membuat assignments dan hujung minggu dihabiskan untuk diskusi dengan kawan-kawan belajar. Bila peperiksaan akhir tiba, mula mengurung diri dalam bilik tak mahu diganggu siapa-siapa ketika menelaah. Dan aku rasa beruntung dan bersyukur, Khairul memahami situasi aku waktu tu.

Sebagai seorang isteri, aku masih berasa kekurangan dan kecacatan dalam menjalankan tanggungjawab aku sebagai isteri. Aku masih terkial-kial lagi untuk memasak. Aku masih terkial-kial untuk menyesuaikan diri dan masa melayan suami. Aku masih terkial-kial dalam semua benda sebagai isteri. Perlahan-lahan, aku sedang progress semua tu. In shaa Allah... Dan sekarang, aku sedang berusaha untuk mendapat zuriat. Doakan kami...

Dengan itu, kerjaya dari rumah adalah impian aku. Kata lain, aku sedang cari lubuk nak berbisnes dari rumah. Berniaga perlukan kemahiran marketing dan bercakap. Aku..? Aku percaya benda tu boleh develop. Cakap je kan..bukan susah pun.

Tapi itu bukanlah untuk dilakukan pada waktu sekarang. Sekarang aku fokus nombor 1 untuk jadi seorang isteri yang menyenangkan hati suami. Fokus nombor 2 untuk mendapatkan zuriat dari benih aku suami isteri. Fokus nombor 3 untuk habiskan pengajian dan menjadi graduan. Fokus nombor 3 untuk jadi pekerja yang ikhlas. Fokus nombor 4 untuk jadi seorang wanita yang punya kerjaya yang sangat stabil. In shaa Allah...

Benda tu semua kena ada perancangan dari awal. Perlahan-lahan aku ke arah itu. Siapa yang tak mahukan kehidupan yang senang dan sederhana kan? Aku percaya hidup ni ada turun naiknya sendiri. Dan aku, sekarang berada di stage mendaki. Aku dan Khairul baru memulakan kehidupan baru. Agak susah mendaki ni. Ada yang mendaki senang? Lain kalau kau naik escalator

Dengan restu Allah. Dengan restu suami. Dengan restu keluarga. Dengan restu semua orang. In shaa Allah dan aku percaya semua ini akan dipermudahkan. Berdoa dan bertawakkal.

Aku percaya, man jadda wajadda. Siapa yang berusaha, dia yang dapat.

Thursday, August 15, 2013

Ragut

Office mate aku hampir-hampir kena ragut. Kejadian berlaku dibelakang pejabat aku. Masuk-masuk pejabat je, dia minta minyak gamat. Tengok muka dia waktu tu, aku dah terfikirkan benda lain. Aku syak mesti ada benda tak elok. Pasal muka dia agak gelabah. Dan aku tanya, 'kau nak buat apa minyak gamat?'. Lambat-lambat dia jawab 'erm..erm..tadi sikit lagi nak kena ragut'.

Satu pejabat dok menganga.

Satu per satu soalan datang bertubi-tubi. 'Dekat mana?', 'dengan siapa?', eh, macam-macam lah. Pada aku, kalau nak menanya pun bagi la minyak gamat dulu. Dia cerita, rupanya, gelang tangan isteri dia hampir diragut. Nasib peragut tu tak dapat. Tapi, tangan isteri dia luka akibat kena tarik. Tambah-tambah, isteri dia tengah mengandung. Alamak, kesiannya!

Cepat-cepat aku belek gelang tangan nikah aku, cincin tunang aku, cincin risik aku... 'Bahaya nih'. Walaupun nipis dan pipih. Berharga kot!

Nasib baik dia dengan isteri dia tak cedera teruk. Sayang, peragut tu tak dapat dicekup. Kalau kena tu, feh! 10 hari mau makan minum pakai tiub hospital peragut tu kena pukul. 

Yang penting, dia dengan isteri selamat. 

Terus aku telefon ayah ajak teman keluar. Kononnya nak keluar sorang, kononnya lah kannn. Penakut terus. Risaulah. Kita ni perempuan.

Kawasan pejabat aku kadang-kadang juga berlaku jenayah. Simbah asid la..ragut jangan cakap. Sering jugak. Kalau ke Sogo tu wajib peluk beg. Walaupun beg kepit aku comel je, bernilai juga harta benda kat dalam tu.

Waktu musim orang kena simbah asid tu, aku tak keluar waktu lunch break. Kecuali kalau ada benda penting. Macam nak beli topup hand phone ke atau apa-apa yang penting. Yelah, aku tak kaya sangat nak pakai post paid.

Untuk pengetahuan yang membaca blog aku ni, pejabat aku terletak di Jalan Raja Laut. Kau rasa? Memang black area kut.     
  

Tuesday, June 11, 2013

Riak muka kau tak boleh tipulah!

Jenis aku, tak reti simpan riak muka. Contoh, hari ini. Hari ini hati aku sikit gundah gelana. Sebab apa itu tak perlu beritahu la, aku rasa. Dan hari ini, aku baru nak mengqada' puasa. Monyok aku hari ini tak ada kena-mengena dengan puasa pun. Biasalah. Selagi kau bernama seorang 'manusia', selagi itu ujian akan timpa. 

Kembali pada riak muka aku tadi. Selalunya. Selalunya lah, setiap pagi dekat pejabat, aku lah orang yang ceria. Bukan lah paling ceria, agak ceria jugak lah. Aku rasa pagi tadi aku macam biasa je. Sampailah ada seorang senior dekat pejabat ni yang boleh dipanggil makcik, tegur aku. Katanya, muka aku seolah-olah gambarkan yang hati itu berkata-kata. Pandai makcik teka. Memang. Hati aku berkata-kata dan terkata-kata.

Aku akan berkerut. Tak berapa nak fokus bila komunikasi dengan orang lain. Jadi pekak sementara, sebab aku akan 'haa? haa?' sambil menung-menung. Tu maknanya aku tak fokus lah tu. Aku mumble bila berjalan. Anak mata aku juga akan scrolling everywhere. Tu maknanya, hati aku berkata-kata, bak kata makcik tu. Macam sewel bunyinya, percayalah, aku tak sewel pun. Mungkin nature aku macam tu.

Macam kelakar pada orang lain, pada aku, bila macam tu aku tengah susah hati. Tengah susah hati lagi sebenarnya pun ni. Menaip benda alah ni pun tengah susah hati lagi. In shaa Allah lepas ni okay dah kut. Aku pohon half day hari ini. Menenangkan diri. Tenang. Bab-bab emosi aku memang tak pandai menipu.

Tengoklah esok macam mana. Okay dah kut.. Kut lah.

Monday, June 10, 2013

Mengaku je lah...

Mengaku je lah. Sebagai seorang isteri, kau akan menjadi semakin penat. Ya, aku penat. Kenyataan ini bukan aku merungut ke apa ke, tapi aku cuma nak beritahu, kehidupan selepas berkahwin memang dah tak akan sama seperti ketika bujang. Dulu kau akan fikir tentang diri kau seorang je. Sekarang, kau kena fikir tentang dua orang. Diri kau dengan diri suami kau. Kalau dulu, kita ambil kisah hal orang tua kita je, tapi sekarang, kau kena ambil kisah hal orang tua dia sekali. Banyak hati kena jaga.

Perlahan-lahan aku tengah ajar diri aku jadi rasional sekarang. Aku dah tak boleh nak moody selalu. Aku dah tak boleh dah selalu marah-marah ke, bengang-bengang ke. Pasal, satu hari nanti aku akan jadi seorang emak. Tak tahu bila, tapi aku sedang praktis emosi sendiri. Aku tak nak moody-moody, marah-marah, bengang-bengang, dan aku dah tak nak dah mulut aku cabul. Mengaku je lah, aku memang agak bermulut cabul jugak. Aku tak nak terbawa-bawa kecabulan mulut ini time aku mengandung nanti. Kesian anak aku. Asyik dengar emak di memaki orang je. So, tak baik lah.

Selepas 7 bulan perkahwinan ini, aku masih dalam percubaan mengawal emosi sendiri. Aku dalam trial lagi jadi penyabar. Aku bukan penyabar sepenuhnya. Dan aku, ingin menjadi orang yang penyabar sepenuhnya. 7 bulan perkahwinan memang beginner la kalau nak bandingkan dengan orang yang 20 atau 30 tahun punya perkahwinan, aku tahu tu. 

Suami aku sangat sabar. Sabar dengan perangai aku. Kadang-kadang itu, hilang jugak. Mungkin aku melebih ke, atau kebetulan mood dia tengah tak best ke, tak tahu lah. Aku rasa tempoh pertama berkahwin ini sangat tough bagi aku. Ya lah, selama ini kau bercinta tak serumah dengan dia. Semua yang manis belaka kannn. Kihkihkih. Bila dah kahwin, semuanya dikongsi. Duduk serumah, tidur sekatil sebantal selengan, semua apa yang dok peram tu semua keluar. Semua orang akan rasa benda yang sama aku rasa.

Soal penat aku tadi, bukanlah penat apa pun. Cuma penat sebab kena buat kerja extra sikit. Contoh, sebelum ini kain baju kau ayah lipat. Tiba-tiba, kena lipat sendiri. Ha, dah kantol. Jadi, macam terkejutlah kena lipat sendiri. Mengaku je lah, aku memang anak manja bapak aku. Semua kena buat sendiri. Nasib Khairul tolong. Alhamdulillah. Bulan pertama kedua ketiga tu, merembes lah air mata. Kenang nasib kononnya. Walhal kerja rumah biasa je. Disebabkan aku anak manja bapak, kau faham-faham je lah. Cuma sekarang ini aku tengah cuba rajinkan diri nak masak. Asyik makan kedai je bankcrupt lah mak. Banyak juga buku resepi aku beli. Pakai Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) lagi. Kebetulan aku dapat BB1M tu tengah cuti semester.

Hujung minggu ini ingat nak masak. Ingat lah. 

Tengoklah dulu. Kihkihkih.

Friday, June 7, 2013

Selamat tinggal, Boss!

Aku ada seorang pegawai. Nama dia Syaharil. Dia ini ala lembut-lembut. Dia cekap buat kerja walaupun dia lembut. Aku senang kerja dengan dia. Dia ni friendly. Dengan semua orang dia larung je. Peramah dengan sesiapa pun. Aku dah kerja dengan dia 3 tahun lebih. Dia ini suka bercerita pasal decor rumah, handbag, or apa-apa je barang yang dia beli, dia akan share dengan aku dan lain-lain. Bukan dengan cara berlagak, tapi dengan cara, kau tau kan makna sharing? Seronoklah sebab dia tak akan kedekut. Contoh kalau dia pergi holiday ke kursus kat mana-mana ke, dia akan belikan souvenir untuk semua orang yang ada kat tingkat ni.

Pagi tadi, dapat satu berita baik, untuk dialah. Untuk aku, agak tak best sebab aku akan kehilangan seorang boss yang gila friendly, tak sombong, dan mudah bekerja dengannya. Dia ini akan ditukarkan ke Pejabat Menteri di Putrajaya. Sedih jugak lah sebab dia ni bagus kut. Dia tak kedekut woi. Baik kedekut ilmu atau apa-apa pun. Aku belajar erti rajin daripada dia. Walaupun dia lembut-lembut suka cerita tentang lelaki tampan ke or whatever ke tapi dia sangat rajin buat kerja. 

Dia sangat happy go lucky, adalah satu sikap dia yang paling aku suka. Tak kisah lah kalau dia tengah penat ke, tension ke, aku tak pernah nampak. Dia selalu nasihatkan aku yang positif tentang sikap orang. Dia mula duty minggu depan sampai akhir penggal. Maknanya 5 tahun la dia kat sana. Tingkat ini sunyi le lepas ni. Dah tak ada nyah kepoh kat sini. Aku suka berkawan dengan dia, seriously

Aku cuma mampu doakan masa depan dia jadi baik. Kat sana mana tau dia berubah terus berjumpa jodoh, kan? Kihkihkih. Gagah perkasa terus tak kenal. Lepas ini dah jarang merasa biskut dia. 

  Selamat tinggal En. Syaharil. We will miss you. Semoga cepat naik pangkat. Kihkihkih.

Thursday, June 6, 2013

Tarikh penting

6 Jun 2013. Tarikh hari ini kan? 7 tahun tarikh perkenalan aku dengan suami. Aku kahwin dengan dia selepas kenal 6 tahun lebih. Benda pertama aku fikir lepas teringat hari ini anniversary perkenalan kitorang...

"Betul ke aku kahwin dengan dia ni?"

Bukan aku was-was ke ragu-ragu ke apa ke. Unbelievable. Bertahun-tahun kenal, sekarang dah berumah tangga. Jadi bini dah aku ni. Counting anniversary perkahwinan pulak lah lepas ni kan. 

Banyak betul tarikh kena ingat. Nasib laki aku selalu ingat tarikh-tarikh penting.

Selamat Ulang Tahun Perkenalan Kita, Sayang!

(^_^)

Perkara yang berbuku dalam hati sekarang ini

Semester baru start 17 Jun. Jun 2013. Lagi dua minggu. Aku ambil dua subjek. Dua subjek je lah. Member aku kata rugi ambil dua je. Nanti lambat grad. Tak kisah lah. Bukan soal cepat atau lambat. Tapi kualiti. Aku pentingkan kualiti. Tak kan nak grad dengan pointer yang cukup makan je. Tak berbaloi selepas beribu-ribu labur duit untuk segulung kertas pengiktirafan pendidikan. Lain orang lain tahap. Mungkin tahap aku tahap kura-kura. Ada yang tahap kuda. Laju. Pointer cantik tahap kuda, itu yang berbaloi.

Aku bersyukur dapat suami macam Khairul. Cukup faham keadaan isteri dia. Dia tak pernah memaksa pun. Aku pernah putus asa. Putus asa dah nak sambung belajar. Sebagai suami, Khairul nasihatkan aku. Apa jua keputusan aku, dia tak nak nanti aku mengungkit atau menyesal. Dia nasihat suruh aku redha dengan apa juga akibat akan datang dari keputusan aku sekarang. Masa itu, aku dilema final exam semester lepas.

Sekarang penghujung cuti semester. Selama hampir dua bulan cuti semester, aku masih tengah timbang keputusan berhenti belajar. Bukan apa, aku kasihan tengok Khairul. Kualiti masa agak kurang bila aku dah start semester. Mungkin itu pengorbanan yang perlu aku bayar. Dua bulan tu macam-macam aku buat. Luangkan masa dengan bercuti sebanyak mungkin dengan Khairul. Itu je peluang yang aku rasa boleh sebaik mungkin bersama dia. Sampailah...

"Abang, timetable kelas dah keluar"

Waktu tu, aku dengan dia tengah berehat-rehat hari minggu. Khairul cakap, sambung semester tak? Aku jawab,

"Lepas fikir masak-masak, dah dua bulan fikir, kita rasa kita nak sambung. In shaa Allah, mungkin semester ini kita boleh kut"

Khairul angguk. Mungkin dia setuju kaedah brainwash dia kat aku tu dah berkesan. Macam selalu aku cerita, aku pelajar separuh masa. Bukan sepenuh masa. Terus terang aku kata, mula-mula kahwin memang susah nak bahagi masa. Ayah aku tempat merembes air mata. Putus asa tu selalu ligat pusing-pusing dalam benak aku. 

Tak apalah, mungkin ini harga yang patut aku bayar untuk kejar kejayaan. Khairul kata, habiskan apa yang dah dimulakan. Dia kata lagi, kenapa perlu dia halang tujuan aku sedangkan benda itu untuk tingkatkan kualiti hidup. Susah-susah sekarang, bersenang-senang kemudian.

Aku selalu pegang kata-kata itu. Hikmah berkahwin sekarang. Ada motivator tak berlesen boleh motivate kau. Kihkihkih. Ayah aku pun. 

Dalam masa yang sama, aku perlu faham Khairul. Dia pun sibuk juga. Dengan ragbi dia, dengan training dia. Kena tolak ansur lah kan. Tak adil untuk dia faham aku seorang je. Aku kena dan wajib faham dia jugak. Perjalanan hidup aku laki bini masih beginner lagi. Banyak lagi yang perlu tempuh. Semoga aku dan Khairul kuat untuk tempuh tempoh-tempoh perkahwinan yang akan datang.

In shaa Allah.

Wednesday, May 29, 2013

Ayah ni poyolah!

Ada satu hari tu, aku dalam perjalanan ke kedai dengan Kerol. Macam biasa, kalau dah naik kereta mesti tune radio. Aku tune stesen radio Bahasa Melayu yang selalu jugak aku dengar, telah menyiarkan satu iklan minuman tenaga oleh Livita.

Iklan tu memang capai objektif tentang produk dia. Iklan ni mengisahkan perbualan seorang ayah dengan seorang anak. Aku tak ingat sangat topik apa yang anak-beranak ni borakkan, tapi yang pasti bapak dia macam malas dan penat lah. Benda yang mengejutkan aku dengan Kerol dalam dialog tu, anak dia boleh cakap macam ni dengan bapak...

"Ayah ni poyolah!" Aku letak tanda seru kat situ sebab suara anak tu macam kerek. Bukan sekali ye anak tu sebut. Tiga kali. Ya. Tiga kali. Macam mana iklan macam ni boleh lulus untuk siaran iklan radio? Tak kan diorang tak rasa budak kecik pun dengar radio jugak? Diorang tak rasa ke yang budak kecik zaman sekarang cepat nau terpengaruh dengan ayat-ayat macam tu? Contoh...

"Ini semua poyo!" Akak aku cikgu sekolah rendah. Dia kata, budak darjah 1 pun dah reti sebut macam tu. Entah lah...

Balik kepada "ayah ni poyolah!". Korang tak rasa ke dialog macam tu seolah-olah menjatuhkan kredibiliti seorang bapak. Seolah-olah dengan bapak kau boleh cakap sembarang. Boleh cakap ikut sedap mulut kau macam cakap dengan kawan-kawan. Aku tanya Kerol, "kenapa laa diorang keluarkan iklan macam ni..."

Kerol jawab "entahlah, agaknya orang yang buat iklan ni cakap dengan bapak dia pun macam tu kot"

.....

Livita company besar. Aku rasa diorang boleh pilih advertiser yang molek sikit idea tu. Soal akhlak tolonglah sensitif sikit. Radio pun sama. Tolonglah sensitif sikit pada iklan-iklan macam tu. nanti jadi ikutan kanak-kanak, kesian mak bapak. Bila mak bapak larang "eh, jangan cakap macam tu. Tak elok" anak jawab "habis tu, kenapa orang tu boleh cakap macam tu pulak?".

Kesimpulannya, iklan Livita tu elok Livita dengan pihak radio revise balik. Mana tanggungjawab sosial sebagai sebuah syarikat besar? Tanggungjawab sosial bukan tertakluk kepada kebajikan duit je, tapi mendidik masyarakat pun boleh jadi salah satu tanggungjawab sosial.

Kadang-kadang aku takut dengan moral dunia sekarang. Macam mana akhlak bakal anak-anak aku nanti? Mudah-mudahan yang positif.

In shaa Allah.

Tuesday, May 28, 2013

Langkawi - Destinasi Lepas 5 Bulan Kahwin #3

Ini entry terakhir aku cerita trip ke Langkawi. Panjang sangat nanti dah basi dah. (walhal dah lama kot pergi sana)*. Last entry aku dah story ke Pulau Beras Basah. Balik dari jeti tu, aku dengan husband terus balik ke chalet. Selesai berehat semua, keluar semula cari lunch. Lepas lunch, kali ni kitorang ke...


Oriental Village Cable Car!

 

Tapi sayang, masa tu jambatan gantung 'under maintenance'. Memang tak dapat lalu kat situ. Tak ralat sangat pun sebab dah pernah lalu situ sebelum ni. So aku dengan husband decided beli burger, maggie cups, dan mineral water, makan kat situ. Best jugak. Kat atas ni sejuk-sejuk je. Santai. Walhal kat bawah sana, hamek kau! Panas rembang. Turun dari cable car, cuaca sangat panas. Lepas tu aku nampak banyak store jual ice cream. Aku pun beli ice cream cedok, 1 cedok = RM1.50. Aku rasa tak cukup makan 1 cedok, aku pun beli 2 cedok. Nah hamek kau! 1 cedok bersamaan sebesar 1 penumbuk husband aku. Kalau 2 cedok? Boleh kau bayangkan besar mana. Puas hati der...

Malam tu, aku dengan husband jalan-jalan pantai je. Lepas tu kitorang pergi dekat 1 cafe tu (tak ingat nama cafe tu)*, layan band..dancing.. Haih, memang enjoyed. 

{Day 3}

Wahh, tiba-tiba ada label 'Day 3' pulak kannn... Haha. Masa ni dah nak balik dah. Lepas solat Subuh, aku gigih kejut husband aku bangun ajak pergi terjun laut. Last day kan, kenalah pekena air laut dulu. Dah puas terjun laut semua, aku dengan husband breakfast kat McDonald's je. Dekat sikit, malas nak cari jauh-jauh sebab nanti balik dah nak packing barang. Finally, kitorang check-out pukul 12.30 tengahari. Lepas check-out, aku dengan husband bergerak ke...

"Underwater World Langkawi"

Opss, gambau depan takde. Yang ada, gambau-gambau kat bawah ni. :) 






Eh, tiga gambo je ek. Haha. Bolehlah..gambar nak share kat sini je kan. Lepas dah puas pusing-pusing dalam tu, aku dengan husband bergerak ke Coco Valley. Haruslah cari chocolate bawa balik jadi buah tangan. Nak beli benda lain, tak mampu lah u. Gituuu.. Merata-rata cari chocolate, sampai ke Pekan Kuah aku dengan husband pergi. Ferry pukul 5.00 petang, bas ke KL bertolak pukul 6.30 petang. Sampai petang lah kitorang cari souvenir. 

Alhamdulillah... Lebih kurang pukul 2.30 pagi kitorang sampai KL. Semuanya lancar. Seronok gilos dapat holiday. Hmm, lama dah tak holiday sebenarnya. 

Next trip, in shaa Allah, ada lagi kot. Haha. Jalan sokmo laki bini nih. Syukur dapat husband suka jalan jugak. Hehe. Sampai sini saja entry ke Langkawi. Ada tempat lain aku pergi nanti aku update lagi ye. In shaa Allah...