Monday, June 10, 2013

Mengaku je lah...

Mengaku je lah. Sebagai seorang isteri, kau akan menjadi semakin penat. Ya, aku penat. Kenyataan ini bukan aku merungut ke apa ke, tapi aku cuma nak beritahu, kehidupan selepas berkahwin memang dah tak akan sama seperti ketika bujang. Dulu kau akan fikir tentang diri kau seorang je. Sekarang, kau kena fikir tentang dua orang. Diri kau dengan diri suami kau. Kalau dulu, kita ambil kisah hal orang tua kita je, tapi sekarang, kau kena ambil kisah hal orang tua dia sekali. Banyak hati kena jaga.

Perlahan-lahan aku tengah ajar diri aku jadi rasional sekarang. Aku dah tak boleh nak moody selalu. Aku dah tak boleh dah selalu marah-marah ke, bengang-bengang ke. Pasal, satu hari nanti aku akan jadi seorang emak. Tak tahu bila, tapi aku sedang praktis emosi sendiri. Aku tak nak moody-moody, marah-marah, bengang-bengang, dan aku dah tak nak dah mulut aku cabul. Mengaku je lah, aku memang agak bermulut cabul jugak. Aku tak nak terbawa-bawa kecabulan mulut ini time aku mengandung nanti. Kesian anak aku. Asyik dengar emak di memaki orang je. So, tak baik lah.

Selepas 7 bulan perkahwinan ini, aku masih dalam percubaan mengawal emosi sendiri. Aku dalam trial lagi jadi penyabar. Aku bukan penyabar sepenuhnya. Dan aku, ingin menjadi orang yang penyabar sepenuhnya. 7 bulan perkahwinan memang beginner la kalau nak bandingkan dengan orang yang 20 atau 30 tahun punya perkahwinan, aku tahu tu. 

Suami aku sangat sabar. Sabar dengan perangai aku. Kadang-kadang itu, hilang jugak. Mungkin aku melebih ke, atau kebetulan mood dia tengah tak best ke, tak tahu lah. Aku rasa tempoh pertama berkahwin ini sangat tough bagi aku. Ya lah, selama ini kau bercinta tak serumah dengan dia. Semua yang manis belaka kannn. Kihkihkih. Bila dah kahwin, semuanya dikongsi. Duduk serumah, tidur sekatil sebantal selengan, semua apa yang dok peram tu semua keluar. Semua orang akan rasa benda yang sama aku rasa.

Soal penat aku tadi, bukanlah penat apa pun. Cuma penat sebab kena buat kerja extra sikit. Contoh, sebelum ini kain baju kau ayah lipat. Tiba-tiba, kena lipat sendiri. Ha, dah kantol. Jadi, macam terkejutlah kena lipat sendiri. Mengaku je lah, aku memang anak manja bapak aku. Semua kena buat sendiri. Nasib Khairul tolong. Alhamdulillah. Bulan pertama kedua ketiga tu, merembes lah air mata. Kenang nasib kononnya. Walhal kerja rumah biasa je. Disebabkan aku anak manja bapak, kau faham-faham je lah. Cuma sekarang ini aku tengah cuba rajinkan diri nak masak. Asyik makan kedai je bankcrupt lah mak. Banyak juga buku resepi aku beli. Pakai Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) lagi. Kebetulan aku dapat BB1M tu tengah cuti semester.

Hujung minggu ini ingat nak masak. Ingat lah. 

Tengoklah dulu. Kihkihkih.

No comments: