Tuesday, January 31, 2017

One30 Project (#3) 29012017

#3 

Tanpa perancangan, pagi tu terus saja ke Colmar Tropicale Bukit Tinggi, Pahang. Orang yang datang bercuti pun sangat ramai memandangkan sedang public holiday. Cadangan aku untuk sesiapa ke sini, kena makan atau isi perut siap-siap kerana makanan di sini semuanya dijual mahal-mahal belaka. Tak ada foodcourt ya, yang ada fancy restaurants sahaja. Aku tak stay sana pun, cuma percutian pergi balik. 😁 Aku cadang pergilah ke Japanese Garden. Kat sana ada denai kecil siap ikan koi berenang-renang. Nyaman dan tenang 💖

One30 Project (#2) 28012017



 #2

Bowling time! Kawan-kawan suami ajak main bowling di Ampang Point. Ada yang ber-family, ada yang single, ada yang berdua (kita la tuu 😆). Dah lama tak main boleh jadi gian pula. Final frame, aku naib juara yaa..hahaha 😝

Friday, January 27, 2017

One30 Project (#1) 27012017

Semalam semasa aku sedang menonton television, aku ada terfikir untuk buat satu projek. Projek itu ialah 1 hari 1 foto dan merupakan cabaran selama 130 hari. Tujuan aku buat projek ini adalah untuk merakam memori setiap hari walaupun memori hari-hari aku biasa saja. Aku ada terfikir juga, mana tahu hari-hari aku yang biasa itu boleh dikenang pada masa akan datang..kan? 

Setiap gambar yang aku post nanti memang aku akan selitkan dengan sedikit caption gambar untuk hari itu. Mungkin boleh jadi caption yang panjang dan boleh juga jadi caption yang pendek saja. 

Selain itu, bolehlah aku kemaskini blog yang dah lama aku wujudkan ini sejak aku berumur 22 tahun (since 2009). Mulanya aku nak delete saja entry-entry yang dulu, ketika aku belum matang dan empuk, hehe. Macam sayang pula dan banyak kenangan. Akhirnya, aku biarkan saja untuk tatapan akan datang. 

Foto-foto projek ini aku hanya post di blog dan mungkin ada beberapa foto yang terpilih saja yang akan aku upload di Facebook / Instagram. Kalau hari-hari up foto risau orang menyampah pula, hehe. 

Jadi untuk permulaan hari ini, aku sertakan gambar yang pertama. Here we go! 😉

 #1

Gambar ini aku ambil ketika sedang browsing barang keperluan di Parkson Maju Junction untuk aku nak masak hujung minggu ini. Memandangkan harga di sini agak mahal jadi aku hanya beli roti dan daging burger frozen. Barang yang selebihnya aku batalkan niat dan merancang untuk beli di Tesco dengan harga yang agak berpatutan 👍 

*Untuk entry yang seterusnya mungkin tiada pengenalan isi dan penutup. Hanya foto dan caption 😘