Wednesday, May 29, 2013

Ayah ni poyolah!

Ada satu hari tu, aku dalam perjalanan ke kedai dengan Kerol. Macam biasa, kalau dah naik kereta mesti tune radio. Aku tune stesen radio Bahasa Melayu yang selalu jugak aku dengar, telah menyiarkan satu iklan minuman tenaga oleh Livita.

Iklan tu memang capai objektif tentang produk dia. Iklan ni mengisahkan perbualan seorang ayah dengan seorang anak. Aku tak ingat sangat topik apa yang anak-beranak ni borakkan, tapi yang pasti bapak dia macam malas dan penat lah. Benda yang mengejutkan aku dengan Kerol dalam dialog tu, anak dia boleh cakap macam ni dengan bapak...

"Ayah ni poyolah!" Aku letak tanda seru kat situ sebab suara anak tu macam kerek. Bukan sekali ye anak tu sebut. Tiga kali. Ya. Tiga kali. Macam mana iklan macam ni boleh lulus untuk siaran iklan radio? Tak kan diorang tak rasa budak kecik pun dengar radio jugak? Diorang tak rasa ke yang budak kecik zaman sekarang cepat nau terpengaruh dengan ayat-ayat macam tu? Contoh...

"Ini semua poyo!" Akak aku cikgu sekolah rendah. Dia kata, budak darjah 1 pun dah reti sebut macam tu. Entah lah...

Balik kepada "ayah ni poyolah!". Korang tak rasa ke dialog macam tu seolah-olah menjatuhkan kredibiliti seorang bapak. Seolah-olah dengan bapak kau boleh cakap sembarang. Boleh cakap ikut sedap mulut kau macam cakap dengan kawan-kawan. Aku tanya Kerol, "kenapa laa diorang keluarkan iklan macam ni..."

Kerol jawab "entahlah, agaknya orang yang buat iklan ni cakap dengan bapak dia pun macam tu kot"

.....

Livita company besar. Aku rasa diorang boleh pilih advertiser yang molek sikit idea tu. Soal akhlak tolonglah sensitif sikit. Radio pun sama. Tolonglah sensitif sikit pada iklan-iklan macam tu. nanti jadi ikutan kanak-kanak, kesian mak bapak. Bila mak bapak larang "eh, jangan cakap macam tu. Tak elok" anak jawab "habis tu, kenapa orang tu boleh cakap macam tu pulak?".

Kesimpulannya, iklan Livita tu elok Livita dengan pihak radio revise balik. Mana tanggungjawab sosial sebagai sebuah syarikat besar? Tanggungjawab sosial bukan tertakluk kepada kebajikan duit je, tapi mendidik masyarakat pun boleh jadi salah satu tanggungjawab sosial.

Kadang-kadang aku takut dengan moral dunia sekarang. Macam mana akhlak bakal anak-anak aku nanti? Mudah-mudahan yang positif.

In shaa Allah.

No comments: