Tuesday, May 21, 2013

Langkawi - Destinasi Selepas 5 Bulan Kahwin #2

Last entry aku end up dengan cerita ke Makam Mahsuri. Balik dari jalan-jalan petang tu, balik chalet terus tidur. Sedar-sedar dah maghrib, solat dan terus bersiap cari dinner. End of first day.

Entry yang ni, aku nak cerita hari kedua kat sana. Selama ni kalau ke Langkawi, aku dengan family akan ber-shopping. Tapi this time, we are not here for shop. Aku dengan husband agreed nak cuti-cuti saje. Tak mau shopping lebih-lebih sangat (sangat lahh!)* 

Lebih kurang pukul 9.30 pagi, ada van picked up kitorang depan lobby untuk ke island hopping. First time aku nak hopping. Selama ni tak pernah pun. Excited jugaklah. So, around 10.30 pagi macam tu baru sampai jeti untuk ke island hopping. Agak lambat sebab kena picked up tourist lain. Destination island hopping ni macam biasa.. Ke Tasik Dayang Bunting, tempat helang makan, and end up ke Pulau Beras Basah.

Also, first time aku naik bot.






Kalau perasan, bentuk bukit (bukit ke? gunung?)* macam bentuk pregnant lady. Kalau tak perasan, tak pelah yeee.



*hey, monkey monkey monkey monkey!*







Seronok bila dah berkahwin. Nak posing peluk pun boleh. Haha. (blerrghhh)* Alhamdulillah aku bersyukur pada Allah s.w.t. sebab aku bahagia sangat-sangat. Hurm, dah kahwin letaklah gamabr romantik. Semua orang buat macam tu kannn. Kalau tak suka, terima kasih sebab sudi tengok gambar aku ni haa. 


Selesai menyantai (menyantai?)* kat Tasik Dayang Bunting, bot terus bergerak ke tempat helang cari makan (i don't know the name of that place)*. Gambar helang-helang berterbangan memang tak dapat nak shoot secara proper sebab aku pakai semi-pro camera. Hasilnya, gambar tak lawa. Experience rasa seronok sebab first time.

Lepas sakit leher tengok helang terbang sana sini, bot terus bergerak ke Pulau Beras Basah. Cantik. Memang cantik. Aku tak pernah pergi tempat cantik macam ni. Tapi sayang, aku tak bawa baju extra. Sayangnya juga, aku tak sempat nak shoot signature Pulau Beras Basah sebab ramai sangat orang bergambar kat situ. 

Pulau tu banyak monyet and aku terus wonder, how come boleh datang monyet-monyet tu? Tempat tu pulau.. Erm, kuasa Allah. Eh, boleh jadi orang buang monyet kat situ kan. Haha. Dekat situ aku dengan husband hanya beli makanan ringan dan makan bawah pokok. Lebih kurang sejam setengah kat pulau tu, bot terus bergerak ke jeti semula. Aku ambil package biasa, tak ambil package yang ada snorkeling/diving tu. Aku tak reti swimming, makanya, aku tak nak. Haha.

So..next entry, in shaa Allah aku kasi cerita sampai habis. Malas pulak nak buat entry panjang-panjang. Rajin nanti aku update #3 punya yee.

No comments: