Saturday, May 18, 2013

Tangan Panjang

Selama 6 tahun aku bertugas kat tingkat 20, tahun ke-6 ni lah buat pertama kali tingkat ni menjadi sasaran pencuri. Mulanya aku tak percaya, tak kan lah! Kecurian pertama berlaku bila ada seorang officer hilang duit RM400++ dalam laci. Masa tu, heboh jugak dan rupanya, itu kejadian kedua berlaku kat officer tu, tempat kehilangan yang sama.

Honestly lah, aku tak kisah dan tak percaya. Jarang orang luar enter lebih-lebih especially work station officer. Cuba sedapkan hati, aku kata, misplaced kut.

Seterusnya, kejadian sama berlaku. Timpa pada officer aku sendiri. Pencuri tu kebas duit hasil meniaga jual cookies. RM400++ jugak. Pelik! Duit tu dalam backpack. How come pencuri tu boleh seluk lebih-lebih kan.. One more thing, aku tak nafikan lah yang officer aku tu selalu sepah handphone sendiri merata-rata. Handphone tak hilang, sebaliknya, duit dalam bag.

Dalam masa yang sama, ada lagi dua orang officer kehilangan. Kali ni, hilang barang. Seorang hilang adaptor i-pad. Seorang lagi hilang handphone Nokia lama yang besar gabak. (aku tak tahu model apa yang sure memang old-type)* 

Sah! Memang kerja orang dalam ni jugak. Kalau bukan, how come dia tau selok-belok work station and bilik officer? Takut juga tersalah tuduh orang. Nanti tak pasal-pasal dapat dosa free.

Erm, kali ni, 3 minggu lepas, mangsa seterusnya, aku. Aku hilang adaptor Samsung. Aku suka pakai adaptor tu sebab sekali dengan charger. Aku perasan adaptor aku hilang bila aku nak transfer lagu dalam PC. 

Perkataan pertama yang aku sebut bila adaptor aku tak ada, "cobaaannnn!"

Cobaaannnn bagi aku sebab aku tak pernah hilang barang kat office! Setakat hilang pen stapler tu biasa. 

Erm..dalam hati aku dah mula sumpah seranah orang yang ambil adaptor aku. Officemates aku kata mungkin aku misplaced tapi aku yakin, aku tak pernah bawa adaptor aku balik rumah. Balik kerja aku cari jugak kut-kut ada betulnya cakap diorang, tapi sah tak ada.

Memang dah kena curi. 

Suddenly, orang yang aku syaki tu aku perasan, eh, sejak bila dia pakai Note? 

Tapi aku cuba bersangka baik. Mungkin dia baru beli. Ermm.

Aku tak menuduh dia secara terang-terangan. Dalam hati, aku rasa. Mungkin apa aku rasa tu salah. Mungkin apa yang aku rasa tu betul. Hanya Allah s.w.t. Maha Mengetahui dan Maha Melihatnya segalanya.

One thing bila dah jadi macam ni, kepercayaan antara satu sama lain antara officemates tu dah kurang. Aku tak percaya kau, kau tak percaya aku. Rasa dah tak secure.

Aku pohon la kat pencuri tu, kalau betul kau pencuri yang mencuri barang-barang kat sini, ingat, kau ada anak bini. Ingat apa yang kau usahakan tu adakah halal atau haram. Ingat, Allah s.w.t. tahu dalam isi perut limpa hati setiap hamba-hambaNya.

Macam mana pun, aku nak adaptor aku balik!!!

No comments: