Wednesday, November 3, 2010

Cerita Lama (1)

Ramai member-member aku dah kahwin. Ada yang menjemput. Ada jugak yang tak menjemput. Umur kahwin 23 sesuai kut.. For women lah. Kalau guys, nope. You're too young to be married. Tapi kalau dah jodoh sampai awal jugak, takkan kau menolak kan? Macam aku, tengah tunggu anak raja tunggang superbike lamar kahwin. Hahahah. Siapa nak kat aku weh.. John sorang je yang sudi kenal aku. Hakhakhak.

Aku tak lawa. Bukan juga educated lady. John pun tak handsome. Padan lah kan..

Masa zaman muda remaja dulu.. (Bajet kau matured sangat ah.. Err..ye. Sekarang aku banyak berfikir secara libertarian) Memang diakui aku memang loser giler lah pasal teman lelaki, secret admire..and what else..so on..dan perkara-perkara ke arah begitu. Tak pernah ada balak, secret admirer, and bla bla bla. Well, i believe..ramai girls share experience yang sama dengan aku.

Aku chubby. Gigi jarang terabur. Pakai spek plastik bingkai hitam. NO MAKE-UP. Pakai tudung bawal. Pakai t-shirt. Sometimes, pergi tuisyen pakai baju besar yang ada hoodies. Pendek kata, tak attract langsung! Pathetic jugak lah bila teringat zaman fesyen tuh. Orang cerita pasal boyfriend, aku sibuk cerita pasal Kreko. Orang minat pink, aku minat hitam. Orang minat Roxy, aku minat Tropicana Life. Tak sealiran dengan gadis-gadis era zaman aku.

Memang stained habis.. Bila tengok gambar-gambar lama, argghh! malu shial.. Tunjuk kat John, John kata..

"Hey honey..it's that you?? Holly cow! You looks so lame on this picture. Fortunately now you looks great. Lucky me!"

Ya John.. Dulu aku memang selekeh. Unlikes you. Kau dulu tak campur dengan budak-budak perempuan macam aku. Kau pandang yang gedik je. Bila nak cari bini nak buat kahwin, pandai lak kau cari aku ye.

Now, aku pakai braces. Aku pakai make-up. Aku sekarang dah pandai pakai feminine dress! Haha. Handbags?? Nope..aku tak reti pakai handbags lagi. Pergi office pun gua pakai backpack je. Sonang! Susah kalau orang nak ragut. Boyfriend lama pun terkejut tengok aku. Siap puji,

"Eh..pipi bersihnya. Cuci pakai apa ek?"

"Air wuduk 5 kali sehari"

Dulu pipi aku berpasir. Nak cium laga pipi pun geli. Sekarang dah ada duit nak melawa. Tak mintak duit mak bapak pun. Sendiri nak, sendiri punya duitlah. Dia pun sekarang dah ada awek baru. Dulu dia dump pasal aku tak stylish and tak lawa. I knows that..

But, John is much better. Masa kitorang kenal, aku tak pandai nak melawa-lawa. Tapi John memang kaki suka melaram walaupun dia gelap. Suka jaga fitness badan. Suka jaga rambut walaupun rambut dia keteng. Suka jaga kuku dia. Senang cerita, dia memang jaga from tip hair to tip toe. Dia rajin pesan kat aku,

"Perempuan kena jaga penampilan dengan badan, sayang oi.."

Then aku tukar terus transform. Demi jang yang tersayang. Hahaha. Eh salah, demi cik abe ye tersaye.. (kelantan menang bola, harus kecek kelate. LOL)

Moralnya, setiap orang pasti berubah. Kalau perubahan yang positif tu kira baguih lahh..


p/s: Tahniah kat member-member yang dah kahwin juga kat mereka yang dah ada anak. Bergulung-gulung tahniah dari aku ye!

1 comment:

Catherine- said...

weihhhh........at least ko h ade John! aku ni tade sape lagi.... uwaaaaaaaaaaaa.....nanes jap!

xpe...pe pon aku doakan ko bahagia selamanya! jaga diri, hiasi peribadi! aku suka blog ko! hahaha...exchange link jom!