Wednesday, October 13, 2010

Cerita Kelmarin (2)

3 Oktober 2010. Aku bergegas ke hospital wad 6G. Dengan ayah. Check katil No.14. Aku bergegas hampir bergegar. Nampak sekujur tubuh terbaring atas katil hospital. Kasihan. Dia hanya mampu memejam mata melawan sakit.

Mata dia kabur.

Bibir dia kering. Menggelupas. Sedikit luka. Kering!

Tangan dia lebam.

Kakinya pun lebam.

Rambutnya sedikit lebat.

Kami berbual. Dia tetap dirinya. Ceria walaupun terlantar. Sempat bergurau. Tapi suaranya bergetar bila berbicara. Sakit agaknya. Aku menyuapkan bubur. Habis! Alhamdulillah. Dia masih mahu makan. Aku menyuakan air. Bagi dia minum air lebih. Spotan tangan aku mengusap dahinya. Aku anggap dia seperti adik sendiri. Aku basahkan tuala. Mengelap dirinya. Aku mengemaskan barang-barangnya. Susun elok atas laci. Aku dekatkan laci dengan katilnya supaya senang dia mencapai air tanpa perlu bangkit.

1 jam 30 minit berada disitu. Aku meminta diri. Dengan ayah. Dia hanya mengangguk sambil memejam mata bila mendengar permintaan kami..

Tepat 9.20pm, 4 Oktober 2010. Dia pergi meninggalkan keluarga dan segala urusan dunia buat selama-lamanya. Aku sedih. Menggila aku menangis. Dia pergi menghadap Ilahi pada usia 19 tahun! Semuda itu dia pergi. Kerana leukimia. Ya Allah..betapa Kau sayangkan dia..

9 hari sudah dia pergi. Betapa terasanya bila dia tak ada. Tak ada lagi suara happy yang menceriakan sebulan sekali dalam rumah aku. Tak ada lagi geng merayap. Tak ada lagi geng nak buat prank. Tak ada lagi tukang karut cerita tentang kerenah adik-beradiknya. Tak ada lagi....

Buat keluarga Malek Kasdu, takziah kerana kehilangan anak tercinta.


"Dear Thaqifah Malek, i missed u. Kak ika selalu rindukan kerenah kamu. Kamu budak baik. Akak percaya, roh kamu sememangnya tergolong dalam golongan roh-roh yang beriman. Semoga roh kamu dicucuri rahmat"


Al-Fatihah... (23 June 1991 - 4 Oct 2010)
Name: Thaqifah binti Malek
Sex: Female
Age: 19 years old


Semua orang merindukan kamu!

3 comments:

Iman's Umi said...

Innalillahiwainnailaihiroojiuun...

Berapa lama dia survive sejak diagnosed leukimia tu?

CP said...

Salam Takziah Eyka...
dh ketentuan Ilahi, itu tanda Allah lebih menyayangi nyer...

Eka Zulaykha said...

almost 1 year..mmg terasa dia tak ada.

thx. da takde sorang geng nak mengarut lg da..