Saturday, September 4, 2010

Lega Kau..

Alhamdulillah. Selesai sudah test semalam. Test untuk subjek paling susah dan panas bontot kau nak menjawab. Sampai kau tak lalu makan waktu berbuka. Makan pun sambil termenung mengenang nasib. Sedang test berlangsung, aku duduk sorang-sorang. Macam monyet sumbang pulak. Ketidakhadiran 2 - 3 orang member menjadikan tempat duduk kiri dan kanan aku kosong. Walaupun aku tak genius, masih ada orang sudi meniru kerja aku. Haih..

Hari ni hari pertama operasi kemas rumah. Ada banyak session lagi nak kena buat. Syif aku? As usual. Cuci jamban. Macam kakak aku kata..

"Kau kan memang amek contract basuh jamban.. HAHAHA"

Ok. Aku menerima sahutan itu sambil mengurut dada diminta untuk bertenang agar tidak memberus rambut beliau dengan berus jamban. Tanpa mempedulikan kata-kata beliau, aku tetap basuh jamban rumah dengan dedikasi. Yelah, nanti kau jugak yang nak pakai jamban!

Crap! Tadi aku terpandang iklan chewing gum yang menampilkan ika AF. Gampang! Aku benci giler. Muka kau nak gedik habis. Isk!

6 - 7 September, classes still on. Haiseh.. Gua nak raye beb! Time habis kelas semalam, gua ternampak 2 - 3 orang full time student dah hangkut beg-beg siap nak balik kampung. Dah macam hendon balik Surabaya. Mula-mula ingat nak offered bagi tumpang sampai kat bus stop depan kampus, pikir balik, tak payah lah. Tak muat. Buku dengan beg kelas pun dah penuh satu bonet. Belum lagi dengan ubi kayu yang member ayahanda kirim. Banyak betul courier aku.

Tengah countdown nak tengok movie Transformers sekarang kat TV2. Bukan sebab rumah aku tak ada Astro movie package, tapi aku asyik missed bila dia tayang kat HBO. Bunyik mercun kat area rumah aku ni annoying giler pasal kejap lagik kang aku tak dengar bijik butir bunyik TV!!



Ok. Harus mengundur diri sekarang. Shia LaBeouf dah tunggu aku nak pi sahur sesama.

3 comments:

fendy said...

hey,
amek contract cuci tandas ea?
hehe :P
kesian kamu.

Iman's Umi said...

Akak puji Ika, x kisahla cuci jamban pn, akak dlu x kira masa mmg akak rajin cuci tandas spy kelihatan sentiasa bersih. Kt sini pn budak2 suka sgt main mercun, benci tiap kali raya ada je jual mercun, dh la jual kt bazar ramadhan, x ambil iktibar lgsg dgn kejadian2 sblm ni.

eyka said...

tu tandanye sy basuh jamban bersih. =P


sy mmg suke main air kak..hehe!! tah le kanak-kanak dpn umah ni. da putus kepale bru xnk main mercun kut. (^_^")