Tuesday, May 18, 2010

Aku Benci Lelaki Kutuk Isteri

Pagi-pagi saya dengar topik pagi Era.

"Perempuan selepas kahwin selekeh?"

Memang kenyataan ni fakta, tapi bukan ke berbunyi macam diskriminasi habis?

Perempuan selepas berkahwin memang lah selekeh. Tak sempat nak melawa anak dah start tarik tudung emak sebab tak dapat nenen. Senget dah tudung mak tu. Dah buruk. Tak sempat melawa dah kena masak kejap laki balik kerja nak makan. Dah comot. Hah? Macam mana tuh..

Lagi sinis, sorang caller cerita yang bininya ni sebelum kahwin tersangatlah lawa. Bila dah kahwin, dia kata bini dia selekeh habis. Siap kata bini dia lagi buruk dari cekodok yang bini dia buat pagi tadi sebelum bini nak pergi kerja.

Tengok! Tak bersyukurnya kau. Dahlah bini kau masak, buat sarapan untuk kau, kau boleh complaint macam tu pulak. Kat radio! Semalaya dengar. Tak malu ke kau ni? Bini kau yang buruk dari cekodok tu lah yang bagi kau anak, jaga anak kau, jaga makan minum kau, jaga pakai kau.

How's about men? Kenapa tak nak buat research atau topik pasal...

"Lelaki boroi, botak, buncit, tak ada gigi selepas kahwin?"

Haa.. Buatlah! Kalau buat, pepagi aku jadi caller pertama. Hahaha! Dah lah boroi, botak, buncit, tak ada gigi, boleh pulak nak claimed perempuan selekeh lepas kahwin. Tak tengok cermin ke sang suami hoi?


Kau tengok, perut laki sama tinggi dengan perut bini dia yang tengah mengandung tuh


Lelaki yang bergelar suami, hargai pengorbanan isteri anda. Walaupun saya belum berumah tangga, tapi saya boleh menilai baik buruk berumah tangga. Jangan cakap bini anda selekeh, sebaliknya bagi sokongan, tahu?!

2 comments:

akuanakpahang said...

Salam ziarah dan pkenalan best gak n3 awk nei hehehe TQ..Jom polow.

eyka said...

salam. huhu! best ke.. heheh. terima kasih