Monday, June 7, 2010

Pendakap Gigiiiii

"Eee..gigi ada kari!"

First dialogue bila Kerol jumpa saya tadi. Jahat betul! Ye, memang dah tukar kaler. Semalam punya hal lah. Makan tak sedar diri. Sarapan pagi pergi makan roti telur banjir kari pekat campur sambal. Terlupa pulak yang kaler braces dah tukar kaler putih. Bila makan kari, jadilah macam yellow-yellow. Iyeww! Aku pun geli dengan gigi sendiri. Hohoho! Nasib baik gigi aku tak kuning. Hahaha!

Yum, yum! Tak apa. Taik gigi sendiri. Hohoho! Hello, gigi saya bersih ye. Diakui oleh doktor gigi saya sendiri. Bulan depan saya nak tukar kaler lain. Nak pakai kaler biru pulak. Aku benci giler braces aku kaler putih. Menampakkan kekuningan akibat makan kari dan asam pedas banyak sangat.

Tiba-tiba ter'recall' masa mula-mula pakai. Nak makan susah. Tapi tak kurus jugak. Bila nak gigit sotong, aku tenung sotong tu lama-lama. Siap fikir "camne lah aku nak gigit nih". Aku pun gigit. Aku wek balik. Hampeh. Tak boleh gigit. Gigit-gigit, gigit daging pipi sendiri. Last, aku makan mana yang boleh kunyah. Tu pun macam rupe orang takde gigi gigit keropok lekor liat 2 hari punya simpan.

Doktor gigi pesan:

1- Kalau nak makan ayam, racik ayam dulu. Jangan makan gigit camtu je. Kang tertanggal lak besi tu.

2- Makan buah pun sama. Potong buah tu kecik-kecik.

3- Jangan makan makanan terlalu panas atau sejuk. Tapi aku sebat je.

3- Jaga kebersihan gigi. (Yang ni memang aku ikutlah)

Yang lain, aku hantam saja la labuuu!

Ni bukan gigi aku. Ni contoh kaler jek.

Yang penting, masa naik pelamin nanti aku dah bukak braces. Nanti anak-anak aku tengok gambar kahwin kitorang, mesti dorang "eee..mama! Kenapa gigi mama jadi macam ni?? Papa cium mulut mama terus jadi macam ni ke??" Hahahahah!!

Tak terlambat kut pakai braces time umur 20 lebih ni. Misha Omar dengan Ella yang dah tua tu pun pakai braces, maintain jek. Elok je gigi dorang. Tak dengar pun ada komplikasi kat gigi dorang. Hohoho!

Tunggu saja saya bukak ye..

3 comments:

IMAN'S UMI said...

Mcm susah je pakai benda ni...sian kt Misha Omar bila dia nyanyi pakai benda ni, mcm susah nk nganga lontarkn vokal...lamanya nk kena pakai, tp dh ada perubahan x? Dlu penah member ajak teman g buat ni, tp dia kata mahal, tak taula dia dh buat ke belum.

eyka said...

tak susah. tapi tahan sakit sikit je bile gigit benda keras. Hohoho! saya braces kerajaan je. FOC! Sebab saya que dari saya tingkatan 4 lagi. kalo private kena charge 4,500 kot. kawan sy bgtau sbb dia buat kat private. sekarang gigi sy makin cantik. *shing* (sengih lebar2 kat iman's umi)

IMAN'S UMI said...

oo gitu...tahan je la kn sbb org kata cantik itu perlukan pengorbanan...ms kwn sy tanya RM3000 kot, klu student bwh PPUM RM 1,500 masa tu (klu x silap info la..)...so skrg blh senyum smpi telinga la...kekeke