Tuesday, October 4, 2011

Kita Mulakan Dengan Bismillah, Diakhiri Dengan Alhamdulillah

Pernah tak kadang-kadang bila kita nak makan tu kita terlupa nak baca bismillah? 


Aku? Selalu jugak. Kadang-kadang nak minum air pun tak baca bismillah. Confirm banyak setan kenyang kalau duk dengan aku. Dah la kau dah kenyang dengan hasutan kau, sekarang kau nak kenyang makan pulak. Banyak cantik! Tapi, diri sendiri tu yang selalu lupa. Tengok air sedap, makan sedap, kau mula lupa menyebut nama Allah dulu. Setan pun tepuk tangan 'yabedabedu, kenyang aku hari ni' sebelah kau. 


Sedih! Sedih sebab terpaksa kongsi makanan dengan setan bila terlupa baca bismillah. Sedangkan kongsi air sirap dengan adik beradik sendiri pun dah annoying. Siap ngamuk-ngamuk cakap 'eh, aku adik kena minum lebih sebab kau kakak kena mengalah dengan aku'. Dengan setan? Macam mana nak cakap. Bukan boleh nampak dia pun. Lagi annoying! Tengok-tengok dah sikit. Eh, tu tipu la tu. Bukan physically nampak setan hirup air sirap ikut straw kau pastu bebel 'eh lahanat, berani kau hirup air sirap aku, celaka!'. Sebenarnya, nanti kita tak akan pernah cukup lepas tu makan banyak-banyak. Aku? Bismillah ke tak, sama je. Makan tepat. Confuse kejap, bismillah ke tak aku ni??


So, from now on, kalau aku terlupa baca bismillah ketika makan atau minum, aku akan baca...


"Bismillahi awwaluhu wa akhiruh" (dengan nama Allah pada mula dan akhir)


Confirm setan muntah hijau balik. Puas hati aku. Biar kau kebulur! Hahaha! Jangan harap kau merasa nasi goreng aku. *tetiba.


ehakunakcakapjugak: jangan lupa baca bismillah dalam apa juga permulaan ketika melakukan sesuatu keadaan. lepas tu jangan lupa baca alhamdulillah. sunnah tu...

3 comments:

aimaniman said...

akak masukkan entri adik dalam segmen ni http://ezaiza.blogspot.com/2011/10/lima-isu-entri-best-hari-ini.html

jom baca?

PCL said...

suka baca ttg ni...kalau selalu buat insyaAlah tak lupa dah baca Bismillah.

I'm Not The Storyteller said...

thanks aimaniman.. :)

yeah, feel great to be shared.. :)