Wednesday, March 10, 2010

Why I Want Body Like Kate Moss and Gisele Bundchen

Semua orang tengah sibuk nak berdiet. Termasuklah budak debab aka empunya blog ini. Huh~ (keluh panjang-panjang sampai memo depan aku nihh terbang dek tiupan angin dari hidung aku). Sewaktu saya sekolah-sekolah dulu, tak adalah gemuk debab sangat. Sekarang, tak tahulah jin apa yang duduk sampai boleh makan banyak-banyak lepas tu menyesal kenapa makan banyak.

Sekarang, tengah sibuk nak kecilkan saiz seluar dan baju. Kenapa baru sekarang?

Pertama:
Kalau tempah baju kurung kat tailor, mesti merungut kenapa baju tu besar padahal memang badan makin besar pun. Tak sedar diri kan? Marah-marah kata tailor tu tak pandai potong kain sampai baju jadi besar. Hakikatnya, saya tak sedar yang badan saya makin melebar.

Kedua:
Saya mahu nampak sihat. Bila badan melebar macam nihh, rasa macam berat nak angkat kaki apatah lagi kalau kauorang suruh aku lari. Memang tak lari la wehh.. Aku lari-lari anak je. Kalau ada anjing atau wolf kat belakang kejar kita, rasanya saya yang pertama jadi santapan perut anjing atau wolf tuhh. (-_-) Lately, sejak jadi ahli tetap gymnasium tingkat 9 bangunan LPPKN dan trek Bukit Belacan, rasa macam lagi fit pulak. Ececehh..tak boleh blahh. Serious! Dulu saya memang tak boleh lari. Sembab giler. Sekarang, saya boleh lari non-stop selama 5 minit. Ok, mungkin kauorang tak hairan tapi satu pencapaian yang sangat bagus untuk saya. Gila fun..

Ketiga:
Saya nak cantik. Siapa tak nak cantikkan? Semua orang nak cantik. Bahkan, mak-mak kauorang pun nak nampak cantik, ape lagi kita yang muda. (^_^") Banyak baju saya dah tak muat. Especially, tang lengan. Semua simpan balik. Blouse pun tak muat. Terpaksa pakai baju kurung untuk pergi kerja.

Keempat:
Tak lama lagi saya nak jadi Mrs. awawawa. Bukan sekarang, but soon.. Nak pakai baju tunang or pengantin mesti nak pakai yang cantik-cantikkan? Yang cantik-cantik semua saiz kecil molekkan? Mediumnya, saya kena kuruskan badan. Nanti tak muat nak pakai wedding dress yang glamour. awawawaw!

There! I've make a simple listing of Why I Want Body Like Kate Moss and Gisele Bundchen. awawaw! Kauorang tunggu lagi 6 bulan and saya promise, saya akan jadi selim-melim. Tungguuu!!


No comments: