Wednesday, March 10, 2010

Hipokritasi Yang Menggila

"6 bulan pertama mengenali seseorang, wajah yang cantik akan menjadi perhatian. dan selepas itu, indah wajah bukan lagi ukuran melainkan amalan, hati budi, tutur kata, sopan santun dan perangai nya pula yang mengukuhkan suatu perhubungan"

Indah benar kenyataan ni. Jika dituturkan oleh orang yang tidak pernah menyakitkan hati orang lain, saya terima. Kenapa kau yang cakap pasal ni? Bukan dulu kau pandang paras rupa ke? Yang etc tuhh semua bukan kau tolak tepi ke? Cakap tak guna pengalaman. Yeah, sweet talker!

Agak garang saya kat sini. Rasa macam ya-aku-sungguh-menyesal-approve-friend-request-dari-dia. Sekarang, boleh tak saya remove dia dari friends list saya? Saya tak mahu tengok hipokritasi lagi.

Menggelabah gak orang ni. Nasib baik tak jadi soulmate. Alhamdulillah, syukur Tuhan tunjukkan yang benar. Ingat, dunia ni penuh dengan karma. Setiap perbuatan ada pembalasannya. Pembalasannya mungkin kau akan terjatuh kat atas jalan merah lepas tersepak batu. Siapa tahukan? Dan aku tak menyesal kena tinggal dengan kau sebab Allah dah gantikan dengan orang yang lebih baik.

Orang yang menerima seadanya. Dia menerima aku dengan baik. Yes, aku admit. Dulu aku tak lawa. Gigi jarang berterabur. Pakai tudung pun macam tak reti pakai. Muka pun alas bedak baby. Tak perfect! Tapi dia terima aku sebaik-baiknya. Dia sabar tunggu aku jadi butterfly. Butterfly terlebih isi. Now, aku happy gila.

TAPI, spesis aku ni jenis sekali aku terluka, parut dia takkan pernah hilang. Macam parut chicken-pox. Kau tarah ape pun memang takkan hilang. Akan sentiasa terungkit. Siapa tahu? Memang la cerita 5 tahun lepas. Seumur hidup aku tak dapat maafkan kau. Mungkin kita kawan (physically), tapi aku tak pernah lupa apa kau dah buat kat aku. Bunyi seperti pendendam, memang aku pendendam pun. HA HA HA. Karma beb..karma.. Kau tungguuu..

No comments: