Sunday, May 8, 2011

Alor Setaq

Assalamualaikum..

Entry kali ni gua nak story pasal trip gua pergi Alor Setar, Kedah. 

Bismillahhirrahmanirrahim!

Last aku pergi utara masa tahun 2008. Outstation. Outstation bukan dikira sebagai bercuti ea.. Pasal aku kena buat kerja! Makan angin? Sorry! Kuli macam aku tak layak pergi makan angin walau sekejap melainkan kalau aku bos takat masuk bilik meeting, cadang tu, cadang ni, bantah tu, bantah ni, balik office habuk pun tarak. Itu, aku gerenti aku boleh makan angin sambil outstation.

Ok, agak panas kenyataan disini. Ehem!

Keluarga gua dipelawa untuk mengikut hantar pinangan. Senang cerita, hantar orang pergi tunanglah. First, aku orait lagi bila dipelawa pergi hantar rombongan. Second, what?! Kedah. Bapak jauh giler! Ok, ada can gua makan angin beb. Sehari dah syukur giler alhamdulillah. Pasal gua dah lama tak pi holiday kembong makan angin. First 2 hours, ayah gua bagi can gua tidur dulu pasal aku tau pasni confirm dia nak bagi stereng kat aku. Mean, gua jadi drebar malam tu. That's my second time driving kereta lalu jalan menghala utara. First time, aku pi ambek kakak aku balik dari Kuala Kangsar, Perak. Masa tu...aahh! Cerita lama! Pedehal nak cerita balik kan?? Ok ok, back to track. Aku driving dari highway Tapah direct sampai ke homestay kat Alor Setar. Fuh..bergoncang urat betis aku tekan minyak.

Erm, lepas aje dari tol paling last and hujung kat Kedah ni, kitorang stop kat tepi pasal tak tau homestay tu kat celah mana. Time tu lebih kurang pukul 3 pagi. And for your information, budak kecik ni boleh pulak bangun bila kereta stop and mata terus besar bulat macam hari siang. Eh budak kecik, kau tak reti nak bobom ea?
Dagu lapis pakai songkok aji

Sampai homestay, gua terus tidur tak hengat, Budak kecik ni panjat-panjat badan gua ibarat gua rasa macam semut merayap je. Mengantuknya aku Allah yang tahu. And budak kecik ni tak reti nak tidur-tidur and last, dia tertidur sendiri. Haha. Comel giler tak ada siapa nak layan kau. Hehe. Dah malam-malam cik eka tak sempat godek ammar la. Pagi-pagi dia dah bangun kejut semua orang yang tidur sebelah dia. Paling best, dia berak and meneran sebelah telinga aku. Boleh?? Haish..

Kat homestay tu siap letak pamplet negeri Perlis and Kedah.
Dah simpan angan-angan nak pergi utara lagi.

Gua jumpa pamplet ni and terus tengok macam gua baca majalah. Kusyuk, lama giler. Excited kut. Historical places is my first rank! Erm, pukul 11 lebih gitu, kitorang gerak terus pergi rumah belah perempuan. By the way, sebelum gerak pergi sana kitorang sempat landing-landing dulu. Aku tak landing ar.. Yang landing, ni ha..mak pak budak kecik ni.
Haish...

Berikut adalah sebahagian hantaran-hantarannya. Tahun bile giler skema ayat kau.

Ni lah gerangan si perempuannya..

 Dia tengok camera aku mungkin sebab dia ingat aku salah sorang gerangan camera upahan bersandarkan rupa camera aku ala DSLR kut. Haha! Giler perasan kau. Alhamdulillah, walau tak kenal pun, sudi gak kau tengok camera aku ye.. Balik dari hantar orang bertunang, terus ke homestay, salin baju, solat, terus gerak balik KL. BUT, sempat jugak singgah kat Pekan Rabu. Kesian..sepanjang umur tak pernah pergi. Aku cakap aku la!


 What?! Sepat? Lampam? Tergamak kau?? Ni semua belaan aku. Aku orang kampung tak bela ikan emas. Aku bela dua ni je. Dengan ikan puyu.
Ruang gerai makan. Snap dari atas je. Pemalas nak turun bawah..
 Traditional way how to make kuih karas! See, tangan akak tu goyang tak ingat sampai kabur gambar tangan dia.
Tidur mulut lopong. Sedap bau ikan pekasam. Wekss! Aku tak suka. Budak kecik ni boleh lena sey.

On the way perjalanan balik ke KL. Lalu tepi sawah padi. Dapat snap siket je. Pasal hari hujan. Kang basah lens aku woii..!


 Moh ke bendang!!

p/s: lepas ni aku buat entry aku pi jalan-jalan dengan Kerol i pulak. Pergi PD. Ok, aku tau kau tak heran. PD? Eleh!!

2 comments:

Shah . Fadhlullah said...

best gile ! lau kat tengah2 kl de cmni kan best .hahahaha :)

I'm Not The Storyteller said...

kalau ado kat tongah KL ni alamat takdo la KLCC dowl. kehkehkeh