Monday, April 18, 2011

Sing That Song

Aku suka dengar lagu. Semua orang pun mesti suka dengar lagu jugak kan?? Tipulah kalau tak ada orang tak suka dengar lagu. Kalau ada pun sape.. Ha sape? sape? Meh habaq kat aku. Kalau hang kata hang tak suka dengaq lagu tu hang memang pembongak. Eh, apesal cakap utara tetiba last bunyi nogori sombilan nih??


Saya suka dengar lagu lama. Ceh 'saya'..sopan pulak. Orang kata lagu lama-lama ni lagu jiwang. A'ah. memang lagu jiwang sentimental karat habis. Memang tak matching la dengan aku. Ada aku kesah? Haha. Lagu macam ni kalau nak tidur malam memang layan la.. Silap-silap buleh nangeh. Kadang-kadang lagu slow boleh melolapkan mato aih. Sodap..dongar-dongar bangun pagi telingo pokak dek sumbat dengan ear-phone.


Ok ok. Stop talking bunyi macam orang Kuala Pilah. Sobonar aih.. eh, ok. Sebenarnya, aku nak bagitau, aku suka lagu lama macam lagu band dari djaman 90's. Itu aje..besides, aku suka dengar lagu Gelora Jiwa by P.Ramlee yang diinstall balik jadi moden sikit by Yuna. 

Yuna.


Yes, Yuna. Siapa tak kenal Yuna. Aku kenal Yuna (bukan kenal baik bila jumpa laga pipi. Bukan eh..bukan) since around 2006 - 2007. Masa tu aku dengar EP Yuna through my good friend yang memang kaki jimba kat gig. Anyway, tak sangka lepas tu dia meletop-letop pada 2009 dengan single "Dan Sebenarnya".

Ohh..lagu tu buat aku terkenang masa umur aku 19 tahun. Haha! Sekarang dah tua ok. DAH TUA. Masa dengar single tu aku tak ada dengar bunyi dram ke apa ke..just gitar. You know, GITAR. Lepas tu dengar suara orang cakap-cakap. Nampak benor recording nya biasa je. Lepas tu, barulah single tu dibuat dengan baik and famous kat radio.


Kredit: Google Images

Aku saja cari gambar Yuna pakai tudung bawal. Erm, by the way, aku malas nak tulis panjang-panjang. Tapi, kalau you guys and you girls suka, dengar le lagu Gelora Jiwa by Yuna. Memang jazz!!

2 comments:

fendy said...

akan berusaha untuk mendownload lagu tu,hehe.

| gad1s s0ypans | said...

gad1s p0wn suke lagu2 yuna.....

heee, pape p0wn yuna nmpik cute ann pkai tudung bawal......

c(: