Tuesday, May 21, 2013

Langkawi - Destinasi Selepas 5 Bulan Kahwin #2

Last entry aku end up dengan cerita ke Makam Mahsuri. Balik dari jalan-jalan petang tu, balik chalet terus tidur. Sedar-sedar dah maghrib, solat dan terus bersiap cari dinner. End of first day.

Entry yang ni, aku nak cerita hari kedua kat sana. Selama ni kalau ke Langkawi, aku dengan family akan ber-shopping. Tapi this time, we are not here for shop. Aku dengan husband agreed nak cuti-cuti saje. Tak mau shopping lebih-lebih sangat (sangat lahh!)* 

Lebih kurang pukul 9.30 pagi, ada van picked up kitorang depan lobby untuk ke island hopping. First time aku nak hopping. Selama ni tak pernah pun. Excited jugaklah. So, around 10.30 pagi macam tu baru sampai jeti untuk ke island hopping. Agak lambat sebab kena picked up tourist lain. Destination island hopping ni macam biasa.. Ke Tasik Dayang Bunting, tempat helang makan, and end up ke Pulau Beras Basah.

Also, first time aku naik bot.






Kalau perasan, bentuk bukit (bukit ke? gunung?)* macam bentuk pregnant lady. Kalau tak perasan, tak pelah yeee.



*hey, monkey monkey monkey monkey!*







Seronok bila dah berkahwin. Nak posing peluk pun boleh. Haha. (blerrghhh)* Alhamdulillah aku bersyukur pada Allah s.w.t. sebab aku bahagia sangat-sangat. Hurm, dah kahwin letaklah gamabr romantik. Semua orang buat macam tu kannn. Kalau tak suka, terima kasih sebab sudi tengok gambar aku ni haa. 


Selesai menyantai (menyantai?)* kat Tasik Dayang Bunting, bot terus bergerak ke tempat helang cari makan (i don't know the name of that place)*. Gambar helang-helang berterbangan memang tak dapat nak shoot secara proper sebab aku pakai semi-pro camera. Hasilnya, gambar tak lawa. Experience rasa seronok sebab first time.

Lepas sakit leher tengok helang terbang sana sini, bot terus bergerak ke Pulau Beras Basah. Cantik. Memang cantik. Aku tak pernah pergi tempat cantik macam ni. Tapi sayang, aku tak bawa baju extra. Sayangnya juga, aku tak sempat nak shoot signature Pulau Beras Basah sebab ramai sangat orang bergambar kat situ. 

Pulau tu banyak monyet and aku terus wonder, how come boleh datang monyet-monyet tu? Tempat tu pulau.. Erm, kuasa Allah. Eh, boleh jadi orang buang monyet kat situ kan. Haha. Dekat situ aku dengan husband hanya beli makanan ringan dan makan bawah pokok. Lebih kurang sejam setengah kat pulau tu, bot terus bergerak ke jeti semula. Aku ambil package biasa, tak ambil package yang ada snorkeling/diving tu. Aku tak reti swimming, makanya, aku tak nak. Haha.

So..next entry, in shaa Allah aku kasi cerita sampai habis. Malas pulak nak buat entry panjang-panjang. Rajin nanti aku update #3 punya yee.

Saturday, May 18, 2013

Langkawi - Destinasi Selepas 5 Bulan Kahwin #1

Langkawi is our first destination untuk ber-honeymoon setelah 5 bulan berkahwin. Alhamdulillah, walaupun stay chalet dan bukan hotel grand-grand, pada aku itu semua dah cukup berbaloi untuk kitorang suami isteri. Chalet yang kitorang stay tu...


"Langgura Baron Resort, Pantai Chenang, Langkawi"
Kredit: Google Images

Bilik ok dan sangat selesa. Sayangnya, aku lupa nak shot gambar berdua depan chalet. Ni pun aku ambil gambar Google. Plus, bilik kitorang tu memang exactly macam dalam gambar ni. Aku pilih bilik Deluxe Wooden (1 king size bed) satu malam RM160 dan aku stay situ selama 3 hari. Chalet tak berhadapan depan laut, tapi sangat dekat dengan laut. So, kalau nak mandi-manda kat laut tu memang boleh sangat lah. Langgura tu ada jugak offer brick room, memandangkan aku nak honeymoon, aku pilih wooden room. Romantik sikit kannn.. Ala-ala lampu kuning malap je bilik tu. Untuk Deluxe Wooden (1 king size bed) tu hanya ada 4 unit bilik je. Memang tak banyak lah. Oh, lupa! Aku sewa kereta Viva Elite Auto, RM70.





Sampai chalet, terus buat payment and check-in. Lepas letak bags semua, aku ajak husband aku turun laut. Alhamdulillah, kebetulan cuaca hari tu mendung dan tak panas, memang bestlah kalau nak buat aktiviti pantai. Benda pertama aku nak try, JETSKI. Aku mana pernah main jetski der...





Bayaran untuk main jetski, RM120 : 30 minit. Ok ke? Ke...mahal? Entahlah. RM120 untuk jetski yang warna merah tepi sekali tu. Yamaha sisi kecil, RM100. So, aku tambah RM20 untuk kestabilan. Huhu. Aku tak pandai swimming so aku suruh husband aku ambil jetski yang sisi besar sikit. Gambar peta yang atas tu is gambar kawasan main jetski. Pada aku 30 minit tu agak lama sampai aku berdua dah tak tau nak pusing mana lagi dah. So kitorang pusing-pusing situ jek. Balik-balik situ, balik-balik sana, balik-balik sini. Gitu je lah...

Lepas puas jetski, berendam lah sekejap dalam laut. Cuaca cantik. Tak panas. Memang best. Waktu tu pukul 2.30 petang lebih kurang lah. Agak-agak dah kembang dalam air laut, perut lapar, naik darat, masuk chalet, terus mandi dan bersiap cari makan tengahari.

Selesai makan, aku ajak husband aku pergi Makam Mahsuri. Masuk berapa RM? Entah. Aku lupa pasal bukan aku yang bayau. Haha. Agak lama juga aku tak pergi sini. So, perkara pertama bila masuk ke dalam... 

'erm...kenapa macam dah tak best ek'

Dalam rumah Mahsuri kosong. Dah tak ada hiasan langsir bagai. Hanya sebijik rumah lama. Bila masuk dalam rumah tu macam tak ada feel suasana zaman dulu-dulu. Bawah rumah dia tu ada lah alat-alat lama. Tapi, entah ek..macam tak meriah dah rumah tu. Kat sana yang boleh layan feel bila kita masuk muzium dia. 






See, papan tanda rumah pun dah terbelah. Ermm.. Well,aku rasa takat ni je lah dulu aku cerita. Nak tulis nanti panjang pulak entry aku yang satu ni. Tunggu #2 punya... Rajin kang aku update le.

Tangan Panjang

Selama 6 tahun aku bertugas kat tingkat 20, tahun ke-6 ni lah buat pertama kali tingkat ni menjadi sasaran pencuri. Mulanya aku tak percaya, tak kan lah! Kecurian pertama berlaku bila ada seorang officer hilang duit RM400++ dalam laci. Masa tu, heboh jugak dan rupanya, itu kejadian kedua berlaku kat officer tu, tempat kehilangan yang sama.

Honestly lah, aku tak kisah dan tak percaya. Jarang orang luar enter lebih-lebih especially work station officer. Cuba sedapkan hati, aku kata, misplaced kut.

Seterusnya, kejadian sama berlaku. Timpa pada officer aku sendiri. Pencuri tu kebas duit hasil meniaga jual cookies. RM400++ jugak. Pelik! Duit tu dalam backpack. How come pencuri tu boleh seluk lebih-lebih kan.. One more thing, aku tak nafikan lah yang officer aku tu selalu sepah handphone sendiri merata-rata. Handphone tak hilang, sebaliknya, duit dalam bag.

Dalam masa yang sama, ada lagi dua orang officer kehilangan. Kali ni, hilang barang. Seorang hilang adaptor i-pad. Seorang lagi hilang handphone Nokia lama yang besar gabak. (aku tak tahu model apa yang sure memang old-type)* 

Sah! Memang kerja orang dalam ni jugak. Kalau bukan, how come dia tau selok-belok work station and bilik officer? Takut juga tersalah tuduh orang. Nanti tak pasal-pasal dapat dosa free.

Erm, kali ni, 3 minggu lepas, mangsa seterusnya, aku. Aku hilang adaptor Samsung. Aku suka pakai adaptor tu sebab sekali dengan charger. Aku perasan adaptor aku hilang bila aku nak transfer lagu dalam PC. 

Perkataan pertama yang aku sebut bila adaptor aku tak ada, "cobaaannnn!"

Cobaaannnn bagi aku sebab aku tak pernah hilang barang kat office! Setakat hilang pen stapler tu biasa. 

Erm..dalam hati aku dah mula sumpah seranah orang yang ambil adaptor aku. Officemates aku kata mungkin aku misplaced tapi aku yakin, aku tak pernah bawa adaptor aku balik rumah. Balik kerja aku cari jugak kut-kut ada betulnya cakap diorang, tapi sah tak ada.

Memang dah kena curi. 

Suddenly, orang yang aku syaki tu aku perasan, eh, sejak bila dia pakai Note? 

Tapi aku cuba bersangka baik. Mungkin dia baru beli. Ermm.

Aku tak menuduh dia secara terang-terangan. Dalam hati, aku rasa. Mungkin apa aku rasa tu salah. Mungkin apa yang aku rasa tu betul. Hanya Allah s.w.t. Maha Mengetahui dan Maha Melihatnya segalanya.

One thing bila dah jadi macam ni, kepercayaan antara satu sama lain antara officemates tu dah kurang. Aku tak percaya kau, kau tak percaya aku. Rasa dah tak secure.

Aku pohon la kat pencuri tu, kalau betul kau pencuri yang mencuri barang-barang kat sini, ingat, kau ada anak bini. Ingat apa yang kau usahakan tu adakah halal atau haram. Ingat, Allah s.w.t. tahu dalam isi perut limpa hati setiap hamba-hambaNya.

Macam mana pun, aku nak adaptor aku balik!!!

Friday, May 17, 2013

Perkara Rawak #5

Husband aku baru balik dari Penang hujung minggu lepas. Hujung minggu ni husband aku outstation sekali lagi. Ke Ipoh. Hari ni, lepas solat Jummat, dia bertolak dari rumah terus ke Ipoh. Naik kereta dengan abang Faizul. Husband aku dah start busy ragbi semula. Jadi, aku sebagai isteri, wajib untuk aku memahami karier dia.

Kalau diikutkan, husband nak bawa aku sekali. Honeymoon lagi, katanya. Hehe. Aku ada tanggungjawab kat sini, so tak dapat nak ikut. Lagipun, kekangan kewangan pun ada jugak. Erm, gaji belum masuk. Nak jalan-jalan pun kurang mood. Kebetulan, kakak aku datang sini. Final exam. Anak dia tempat aku curah kasih sayang sebagai emak. (tiba-tiba)* Haha. Aku dah pandai ada perasaan emak-emak sekarang ni. 

Husband aku sekarang dah nampak tokoh jadi bapa. Sayang luthfi terus jatuh takhta aku. Haha. Budak kecil kan adorable. Siapa tak suka budak-budak? Eh, ada ke orang tak suka budak-budak?

Tengok anak buah, teringin nak anak sendiri. Bila?

In shaa Allah.. Aku dengan husband tengah berusaha. Haha. 

Yang penting, usaha, doa, dan tawakal kepada Allah s.w.t. 

Amin!

Thursday, May 16, 2013

ki ki ki kiyomi!

2 atau 3 bulan lepas, demam kiyomi effect kat semua orang. Aku je tak effect pasal aku bukanlah peminat artis korea or k-poppers. First time dengar kiyomi tu, aku always wonder apa kiyomi yang orang dok cerita tu. Terima kasih lah kat Google and Youtube menemukan aku pasal kiyomi. 

Honestly, bila aku tengok awek-awek yang buat kiyomi ni, eh, diorang ni buat isyarat bisu ke apa.. You know, tangan dengan mimik muka diorang... So, aku pun, oh! diorang berjoget. Joget ke? Entahlah.. Walaupun aku rasa pelik and canggung dengan apa yang diorang buat, teruja sikit tu ada laa bila tengok cuteness diorang. Yang LOL pun ada.

Bila girls yang buat tu comey lah kan.. So, how about guys? Awkward. Ye, awkward. Macam gay, seriously. Sorry kepada guys yang kiyomi. It does happened and he's my friend, and..I have to say this. Nampak gay, bro. Unless, kalau parody tu taklah nampak gay. Nampak, eh, senget lah korang ni. Haha.

Jadinya, aku tak rasa nak buat video kiyomi sebab aku rasa diri aku dah tua nak buat-buat benda merepek macam tu, eh! Macamlah ada orang tengok video kita kannn... Haha. Sekarang aku rasa kiyomi fever ni dah reda sikit kut. Dah jarang nampak orang upload video perasan kiyomi masing-masing. Bahaha. 

So lepas ni, apa pulak?