Monday, March 5, 2012

Apa Yang Terjadi Di Syria?

 Kredit: Google Images


Assalamualaikum.

Barang kali, tak semua orang tahu apa yang telah terjadi di Syria ketika ini. Rasanya, media arus perdana tidak menyiarkan peristiwa yang telah berlaku di Syria. Kalau ada pun, hanya beberapa saat sahaja. Aku mula dapat tahu tragedi yang menimpa Syria pada 3 minggu yang lalu sedangkan negara itu sudah bergolak hampir beberapa bulan. Aku tak pasti sudah berapa lama. Aku telah disogokkan dengan media arus perdana yang banyak menutup mata masyarakat. Sebab itu aku agak lambat mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku di Syria. 

Apa yang telah aku difahamkan, punca kebangkitan rakyat dan pergolakan Syria bermula apabila ada sekumpulan kanak-kanak dalam lingkungan 28 orang bermain-main dan menulis sesuatu di dinding sekolah. Perkataan yang ditulis ialah "Rakyat Mahu Jatuhkan Kerajaan". Slogan tersebut sangat popular dan telah dilaungkan di negara-negara yang berlaku kebangkitan rakyat. Kanak-kanak tersebut seterusnya ditangkap oleh Pasukan Keselamatan Syria dan mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku di kaki dan tangan mereka. Salah seorang daripada kumpulan kanak-kanak tersebut telah meninggal dunia dan keluarganya telah menuntut jenazah kanak-kanak tersebut serta menuntut juga kanak-kanak lain dilepaskan. Malangnya, Kerajaan Syria telah meletakkan syarat dimana apabila dilepaskan sahaja kumpulan kanak-kanak itu, mereka perlu menyerahkan isteri-isteri mereka untuk dirogol oleh Pegawai-pegawai Penjara, maka seterusnya tercetusnya kebangkitan rakyat Syria.

Aku juga difahamkan cerita tersebut telah diceritakan sendiri oleh Pembantu Khas kepada Al-Syeikh Dr. Yusof Al-Qardawi (Ketua Ikatan Ulama' Islam Antarabangsa), iaitu Al-Syeikh Dr. Khaled Hasan Hindawi di UPM. Kekejaman yang telah dilakukan oleh Basyar Asad telah umum ketahui dan rasanya sesiapa yang baca entry aku ni boleh search sendiri di Internet.

Apa yang aku nak sampaikan ialah, kenapa kita kurang mengetahui isu ini dengan jelas? 

1.Media tidak menjelaskan dengan jelas mengenai gambaran di Syria, dan kerana itu, Al-Syeikh Dr. Khaled Hasan Hindawi telah dihantar untuk menjelaskan apa sebenarnya yang telah berlaku di Syria.

2. Barat tidak mahu seluruh dunia mengetahui perkara sebenar dan telah memutar belitkan fakta.

3. Al-Syeikh Dr. Khaled Hasan Hindawi turut berkongsi cerita mengenai ketika beliau berada di Indonesia dan telah bertemu dengan seorang teman. Teman itu berkata bahawa dia melihat di akhbar bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria. TV di Indonesia juga turut menyiarkan ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang telah berlaku ialah, Kerajaan telah mengumpulkan pegawai-pegawainya supaya dapat menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar ini mempunyai ramai penyokong.

4. Jangan terpedaya dengan kenyataan-kenyataan yang telah kita dengar dari kalangan intelek Syria dan ahli politik Syria bahawa Syria sangat menentang Israel. Ketika zaman Hafez Al-Assad (bapa Basyar), tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel bahkan Tanah Tinggi Golan, Syria telah dikuasai oleh Israel.

Untuk makluman, banyak perkara yang tidak kita ketahui tentang pergolakan Syria kerana selama ini media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan dan segala gambar-gambar dan video-video yang telah menjadi bahan bukti adalah merupakan hasil rakaman para mujahidin yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut serta kebanyakan dari mereka telah syahid. Manakala, sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentara rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar.

Telah banyak sumber yang boleh kita up date mengenai kebangkitan rakyat Syria. Apa yang kita mampu lakukan hanya untuk terus berdoa kepada Allah swt dan membantu apa yang mampu kita bantu.

Allahuakbar...
Allah Maha Besar...

Laillahaillah.. Muhammadarrasulullah..
Tiada tuhan melainkan Allah.. dan Muhammad itu pesuruh Allah.

sumber: 
http://www.uptomu.net/2012/02/apa-yang-berlaku-di-syria-sebenarnya.html#
http://ikram.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=534

No comments: