Wednesday, January 5, 2011

Cloud Of My Silly Thought

Kalaulah suara aku sedap. Kalaulah muka aku lawa. Kalaulah aku pandai. Kalaulah aku kurus. Kalaulah hidung aku mancung. Kalaulah peha aku kecik. Kalaulah perut aku kempis. Kalaulah aku tak rabun. Kalaulah.. Kalaulah.. Kalaulah..

Mesti aku riak.

Hahaha. Tak lah. Acah mak enon je. Hurm, bersyukurlah kerana sesungguhnya Allah tu sayang dengan hamba-Nya yang bersyukur. =) Lawa sangat nanti ramai orang suka kang tak terlayan kang. Hahaha.

Actually, aku nak tulis benda lain. Hurm.

One day aku balik kerja, aku terserempak dengan a few pengkid kat padang bola area rumah aku. Ramai-ramai berkepit dengan 2-3 orang anak dara macam "boyfriend" dengan girlfriend. "Astaghfirullah.." Bukan aku hipokrit tunjuk baik ala alim tapi spontan dari hati tembam aku.

Aku pandang.

Aku tengok.

Aku geleng.

Aku senyum. Sinis.

Aku istighfar.

Aku terfikir..

"Kalau aku gaduh dengan budak-budak pengkid ni, agak-agak boleh menang tak?"

Hurm. Aku bukan cari gaduh. Tapi, tough ke diorang ni macam lelaki?? Nak gak test gusti lengan dengan orang macam ni.. Hahaha.

Anak-anak dara jiran-jiran aku..sila lah cari lelaki sejati yang boleh dikahwini. Sama-sama ada apa sedap?? Hurm.

1 comment:

CP said...

mmg poyos la ko nie...
hahahhahahahha...