Tuesday, January 4, 2011

The First Entry In 2011

Lambat 4 hari…
Happy New Year! Bye 2010. Welcome 2011..

Yeah, umur aku dah up 1 tahun. 24 tahun. Urgh..makin tua aku rasa. Ok, jangan mention lagi umur aku berapa. Berapa?? 24 lah bodooo.. Officially, belum 24 lagi. Tapi kalau 2011 tolak 1987 sama dengan 24 kan?? Ha, 24 lah. Hurm. Layak kahwin tak? Ok, siapa nak kahwin dengan kau...

Semester baru dah start. Ok, hidup aku dah start clumsy siket demi siket. Mula-mula pasal duit. Alhamdulillah..setel. Sekarang pasal time management pulak. Honestly, aku memang failed bab time management. Sebab??

Pertama:
Kalau mandi memang lama pasal aku mandi kira berapa gayung sebelum sabun dan berapa gayung bilas sabun. Timing banyak lari hanya guna untuk mandi SAHAJA.

Kedua:
Malas. Malas nak bangun pagi. Malas nak stayback malam bute. Malas buat assignment. Malas-malas pun siap gak. Malas nak baca buku dan semuanya malas.

Ketiga:
Penat. Siang penat kerja. Malam penat belajar. Tengah malam..BALAS DENDAM KUT TIDO LAMA-LAMA. Penat nak pergi kerja siang esoknya. Hurm.

Keempat:
Rasa macam terlepas banyak benda kat dunia. Kalau dah start kelas, aku memang confirmed tak dapat baca paper. Wajib baca paper dan jangan jadi katak hijau duduk bawah tempurung kelapa! Tak dapat tengok news. Tak dapat tengok tv drama. Tak dapat baca novel. Tak dapat nak main games kat facebook lama-lama. Hurm.

Kelima:
Hurm. Tu je kut. HAMBOI..MELEBIH KAU.

Four reasons kenapa aku failed about time management. I’ll do my best and tak kan jadi slowmotion. Doniya djaman sekarang everything is fast. Berak pun kena laju pasal nak kejar masa. Aku tak kata aku berak laju..perumpamaan je lah! By the way, time is always running out!

Yesterday was my late mom’s birthday anyway..

Kalau dia ada lagi sekarang, umur dia 53 tahun. Well, yang hidup pasti pergi. 7 Januari, 3 tahun dia pergi jumpa Ilahi. Hurm. Al-fatihah..

Ok, let’s talk about bola. Orang UK panggil football. Orang US panggil soccer. Orang Malaysia of course panggil bola. And..you want to know what i called it for this game? I called it..BORING. Boring siut tengok bola sampai mengantuk hantuk dinding. Gua excited masa diorang jaring gol je. Lepas tuh gua keleleh balik. Tapi..caya gak sama lu bros!

Tahniah kat team bola Malaysia sebab menang bosau Piala AFF Suzuki. Fofular sampai tempias kono kek WAGs diorang. Fuuu~ Gua berpacaran berkasihan bercinta-cintaan dokat 5 tahun dengan player rugby yang main untuk national team dengan international club tak pernah dapek exposure camni. Jealous jelaous! Hahaha. Tu lah..niat dah tak baik tu yang tak fofular tu. Hahaha!! Padan muko. Kerol, jangan salah faham. Aku ikhlas sayang kau. Ingat tak dolu-dolu masa kau still bawah lagi and main untuk junior team. Aku tak kisah pun kau siapa. Sekarang baru kisah..hahaha!! Eh tak tak. Gurau je.

Just nak share..jadi soulmate atlet memang challenging. Diorang atlet. Bersosial lebih siket dari orang yang bukan atlet. Macam aku. Memang atlet lelaki ni kesukaan ramai cewek-cewek awek-awek adik-adik suka. Experience aku..memang aku kuat jealous ya rabbi! Contoh, kalau dia ada tournament macam sukma, komanwel etc yang seangkatan dengannya, memang aku beware dowhh.. Pasai apa? Pasai, kat sana kan nanti joined perkampungan atlet. Hang pi makan sama-sama.. Sekali dengan budak-budak games lain. So, takut lah kan.. Ala..tak paham lak. Contoh ea aku bagi. Contoh budak netball. Fuuuu~ Diorang tinggi tak kemetot macam aku. Diorang slim tak tembam macam aku. Kira diorang memang body macam model lah tak macam body aku. By the way, bukan player netball je, atlet perempuan lain pun. Diorang jaga makan tak buruk lantak macam aku. Diorang fit tak semput macam aku. Hurm. So, how??

Sejujurnya, WAGs kawan-kawan rugby Kerol semuanya banyak stock-stock model. Pernah keluar Remaja, Rapi, Dara.Com, InTrend, and macam-macam magazines lah.. Semua superb lawa, cun tahap melecur, blondie, brunette, aku je..blackie. Hahaha! Eh tak. Aku pakai tudung. Walau cantik mana pun, diorang tak pernah sombong dengan aku yang tak extraordinary ni. Hurm.

Kalau teman Kerol pergi game, terjojol je kut bijik mata. Honestly, ramai awek mat saleh yang quite sexy, tak kurang yang melayu jugak. Royal Stout? Guinness? Tiger Beer? Guess what..? Memang ada. Aku percaya Kerol tak sentuh benda tu. Aku pernah soal siasat ala pakcik sarjan SAMA ADA KAU MINUM KE TAK BENDA TU?? kat Kerol and dia pun mengaku dengan ikhlas dengan nama Allah dia tak pernah minum tuh. Alhamdulillah...

By the way, benda tu memang untuk player bukan muslim. Alah..yang muslim agak-agak jahil bedal jugak aku tengok. Aku don’t mind selagi kau tak mabuk. Maybe diorang respect siket pasai aku pakai tudung. So, tak boleh nak lebih-lebih. MAYBE.

Besides, atlet nih tough. Body pun fit. Memang pojaan perempuan. Bukan sekali atau dua kali tapi banyak kali, perempuan tengok body Kerol. The way mata diorang aku tau KAU TENGAH SANTAP MATA TENGOK BODY PAKWE AKU KAN?? Aku tak rasa t-shirt dia fit ala gay maybe lekuk badan dia nampak.. Entah le. Aku tak tenung lama-lama. Hurm. Dosa!

Adik-adik apa kurangnya. One day, aku pergi satu kedai Vincci yang rata-rata adik-adik jadi promoter. Tengah pilih kasut tiba-tiba ada sorang adik-adik tuh cakap.. “erm, geramnya kalau dapat boyfriend macam abang” sambil mata tengok atas bawah Kerol. HOI MAK KAU, TERGEZUT MAK. Dengan pantas dan tuntas “eh, jom blah. Banyak sotong salai lah sini. Eee, tak nak lah. Bau sotong. Jom blah” Kerol gelak. Dia kata, dengan sotong pun nak jealous. Eh, jealous lah kan. KEMAIN MATA NYAH TU TENGOK HANG.

Hurm, challenging tak? Tak?? Kau tak kena.. Hahaha! By the way, siapa pun soulmate kita, ikhlas bila sayang kat dia. Tak kira atlet ke, bukan atlet ke, siapa pun ke..sayang kat dia sepenuh hati. Ceh ceh ceh. Bajet doktor cinta plak.


p/s: new year. new sem. new life. new plan. but i'm still the same person with the same love..

No comments: