Tuesday, March 1, 2011

Nikon Coolpix L120

Assalamualaikum. Hellooopp guys!

Yeah, kembali ke mood asal. Semua kembali sedia kala. Alhamdulillah.

Aku nak tanya, semua orang ada camera digital compact sendiri kan? Siapa ada sila angkat tangan macam Ucop! Hahaa. Aku? Hurm. Tak ado! Yang ado, camera kat handphone je ni haa.. Sian kau nyah.

Sebelum ni, aku hanya menagih simpati rakyat dari kakak aku nak guna camera dia. Eh..ada ke aku pinjam?? Tak ingat pulak bila. Rasa macam tak pernah pinjam. Hahaa. Hanya guna ihsan camera handphone Sony Ericsson yang alhamdulillah, gambar pun tak lah buruk sangat sebab 8.1 megapixel. Kalau dapat Sony Ericsson Xperia..peh peh! Eksyen aku satu kampung.

By right, aku teringin sangat nak ada camera sendiri yang asalnya aku teringin nak memiliki Nikon D3100 and of course, DSLR lah! So, dengan rasa rendah hatinya aku sememangnya tidak mampu memilikinya sebab harganya sangatlah tidak mampu milik. Sedih woh.

Marhumnya, aku hanya mampu memilih product camera digital compact from Nikon. Nak Nikon jugak!

Nikon Coolpix L120

 Mirip rupa macam DSLR. Tapi ia bukan DSLR. Hanya camera digital compact dari brand Nikon. Mempunyai lense 14.1 million pixel and boleh zoom sejauh 21x optical zoom! Teropong je lah lepas kau ni nyah. Didatangkan dengan 3 colours. Hitam, merah, and bronze (macam kat atas). Aku dah pun booking satu yang colour sama macam gambar kat atas ni. Disebabkan colour macam ni branch kena order, so aku dah paid cash deposit RM50. RM50 je la..tu je mampu.. Hari khamis baru dapat. Hari ni hari selasa, so aku kena tunggu lagi 2 hari. Peh peh..sabar eka oi..

Oh, camera ni didatangkan siap dengan related products macam cabel, installer cd, lense cap, etc etc. Check this website (click here) for more further info. :)

Aku paling sangat suka bila ada camera sendiri. Boleh hambek gambar dan berbuat sesuka hati dengan camera sendiri lepas ni. Fuhh..lega ada barang sendiri.

By the way, aku beli di salah satu kedai di Times Square yang disyorkan sendiri oleh Nikon Centre Kuala Lumpur. So, kalau korang nak beli camera, belilah kat kedai yang benar-benar disyorkan oleh company Nikon. Jangan sampai terbeli yang reckon. Hahaaa!

p/s: aku suka tangkap gambar. kau??

3 comments:

faisal said...

jgn lupe amik pic aku nanti...aku kan cute..hahhaah

CS @ Mama AA's said...

bagus2... ciksya pun dah beli 26 feb aritu n dah pakai ok... nak tgk hasil leh dtg jenguk blog k?

ieja said...

sama kite....