Sunday, March 27, 2011

Dosa

Assalamualaikum and hello guys..

Aku sekadar nak tanya, berapa kali korang ada tertinggal atau sengaja tinggal solat?

Kalau soalan itu dibalikkan pada aku..
......

Tak terhitung. Betapa aku lalai dalam menjaga solatku.

Kadang-kadang aku rasa alone, gelisah, susah hati, tak tenteram, buat kerja tak habis, kerja senang pandang jadi susah, and apa yang aku buat mostly mesti tak menjadi. Aku ada cerita perihal macam ni kat sorang member. And dia tanya soalan yang paling akan aku ingat sampai mati.

"Kau jaga tak solat kau?? Kau jaga tak hubungan kau dengan Allah??"

Subhanallah. Seriously aku tak pernah terfikir pasal apa yang terjadi dalam hidup aku berkait dengan soalan member aku tadi. Ego yang membataskan lidah aku.

"Erm..ada la 2 - 3 kali missed sembahyang..."

Aku hipokrit. Sejujurnya, tak terhitung dosa aku kerana mengabaikan solat. Aku mengaku, aku bukanlah dikalangan yang rajin mendirikan solat. Entry ni bukanlah aku nak buka aib dosa sendiri. Hanya luah hati. Ya Allah, aku telah menzalimi diri sendiri..

Aku tak menjaga hubungan aku dengan Allah. Aku lalai. Salah satu sifat orang yang fasikh. Aku takut sangat kalau aku tergolong dalam golongan yang fasikh. Aku takut balasan Allah. Aku takut dengan neraka Allah. Aku takut dengan hari kebangkitan. Aku takut dengan hari perhitungan. Aku takut buku amalan hidup diterima dari belakang. Alangkah manisnya kalau buku amalan hidup aku diterima dari sebelah kanan atau hadapan...

Aku takut lalu titian Mustaqim.. Aku takut kena tolak jatuh ke dalam neraka setiap kali disoal tentang amalan Rukun Islam. Aku dah cukup amal ke Rukun Islam tu??

Jawapannya, sure tidak.

2 - 3 hari ni, aku asyik baca artikel pasal tentang hari kiamat. Baru aku sedar, aku sekarang berada di hujung tamatnya sejarah manusia tak lama lagi. Selama ni bukan tak tau, tapi tak endah. Tak pedulik.

Aku banyak berhutang dengan Tuhanku, Allah.

Semoga Allah bagi kesempatan untuk aku langsai "hutang-hutang" aku pada Allah.


Kredit: Google Images

Besides, aku ada tertengok satu gambar lama kat facebook cousin aku.


Ni family sebelah arwah emak aku. Ni suku je. Tak separuh. Belum semua lagi. Haa..ramai tak ramai tak? Ramailah. Arwah emak aku yang pakai baju pink yang terselit tengah-tengah yayi dengan nyayi aku. Hurm..dua-dua ni pun dah tak ada juga. Allah dah jemput. 

Firstly aku tengok gambar ni..

"Eh, aku nangis ke.."

Ye, aku nangis. Rindu kat arwah emak.

Al-Fatihah..

Agak-agak, dapat jumpa emak aku tak kat akhirat nanti??

Aku rindu kat dia

:')

2 comments:

catherine- said...

alfatihah untuk awrah.

aku pun rindu arwah mak aku juga.

huhu~

ohh.. entry kau sungguh menusuk qalbu.

mari sama2 kita perbaiki diri ok...

~kita yang x sempurna~

I'm Not The Storyteller said...

al-fatihah utk arwah emak kau jugak

thx

kita memang tak perfect

Rasulullah sendiri hari2 mintak taubat. ape lagi kita..

takut kalau cerita pasal dosa