Thursday, February 4, 2010

HATI KU NAN TEKAD...

Poyo seyy tajuk gua.. Sila tulis sekaranggg...

Saya tekad untuk tukar bahagian atau unit! Jangan main-main. Saya dah buat surat untuk memohon pertukaran sebabbbb... Saya dah tak tahan dengan perangai diaaa. Boleh? Psycho tak? Takut tak? HA HA HA. Apsal gelak-gelak pulak ni? Dah psycho betul-betul ke? Oh, tak mahu. Saya tak mahu jadi seorang psycho. Sila serius. Saya dah hantar surat tersebut kepada pengarah saya. Jadi, kini saya benar-benar serius!

Saya tak tahan diperintah! Saya tak tahan asyik selalu dipersalahkan! Saya tak tahan dengan perangai gila meroyan dia! Saya tak tahannn...tak tahan lagi. (lirik lagu Melly). *sudden* You know, she's dictator..kuku besi! Yeah, now i backstabbed you mannngg..

Why not we tried new environment right? New friends. New bosses. New job. New behaviour (harap yang baik). New..new..everything's new lahh. Semoga ditempat baru, saya akan ok. Semoga ditempat baru, saya dapat tenangkan emosi saya. Semoga ditempat baru, saya dapat buat kerja dengan bagus. Semoga ditempat baru, saya dapat lupakan semuanya pasal tempat ni. *deleted all memories about PKORP*. -Shut Down-

.......................

Saya tak ingin mengingati apa-apa. Saya tak seronok kat sini (isi hati yang jujur). Oh,ya. Makcik PPT saya ditukarkan. AP terbaru mengatakan makcik PPT kena transfer ke Unit Aset and yang ganti makcik PPT kat sini ==> Lalitha. Yennadehh!! Meenachi yang tak habis-habis speaking 'London'. Bukan saya tak faham Bahasa Inggeris, tapi ini kan Malaysia. Cakap Bahasa Melayu la woii. Itukan bahasa kebangsaan kita. HA HA HA. Patriotik. Tetiba!

Sebenarnya saya tak larat nak fikir hal semalam dan kelmarin. Depan baik, belakangggg...ngap ngap! Tapi saya jenis tak kisah. Kau cakap lah apa pun, mak tetap maintain. Tak gitu? Entahlah, bukan jenis saya untuk mengambil hati dengan apa orang buat atau cakap tak best pasal saya. Pada saya, janji saya ikhlas buat kerja. Hati pun senang kan?

Kini, ingat Tuhan banyak-banyak je lah.. Kerana Allah, aku ikhlas buat kerja. Tak gitu??


No comments: