Monday, January 25, 2010

ENCIK GAJET

Gajet masa kini. notebook, handphone, iPod, MP3, MP4, kamera DSLR (idaman aku wehh), PSP, Gamebot, Nintendo dan sebagainya sangat popular. Ok, saya dah perasan saya salah taip disitu. Kalian tak perasankah gameboy dieja gomebot di atas sana? HE HE. Salah sekali lagi. Gameboy. Bukan gamebot atau gomebot. Ok, sila serius sekarang.

Yang saya miliki kini hanya handphone, MP3, dan notebook aja. Semua sama brand. Sony. Kecuali notebook. Acer. (Tu pun share dengan kakak). Sony Vaio akan saya miliki kelak. Insya Allah wehh.. Saya memang kipas-susah-mati dengan brand Sony. Nasib baik tak ada kereta brand Sonu. Salah! Sony. Hai..kenapalah saya asyik salah eja hari ni. Baru ingat, saya tak makan apa-apa lagi. (-_-")

Portable hard disk tu dikira gajet jugak ke? Apa punya soalan wehh.. Kalau boleh simpan any data tu kira gajet gak lah kan? Samsung 3++ gigabyte berharga RM286 dijual kedai komputer milik Mr. Louis di Pertama Complex idaman saya. Malangnya, ia berjenama Samdung, bukan Sony. Hmmkay..eyka, kau perlukan tenaga sekarang. Taip pun banyak error. Samsung. (Kini saya menaip satu-satu)
Saya suka yang kaler pink!
Ini lah rupa gajet kat kedai komputer En. Louis yang saya bagitahu tadi. Kini jam dah jengah pukul 12.30 tengahari. Gila lapar macam beruang!

No comments: