Trip pelancongan paling jauh saya pernah pergi ===> Sabah. Dekat je kan? Malunya nak bagitahu. (-_-") awawawa~ But,it's still ok. Fun jugak pergi sana. Saya ke sana kerana kerja. Ingat ape saya cakap tadi. Saya ke sana kerana kerja. Bukan apa, sebagai sekretariat meeting saja. Ok, kalau nak pergi sendiri memang tak dapat.
That's was my first experience naik flight. Wa~ jakun betul. Ok bagi saya sebab saya baru saja 2 tahun bekerja masa tu jika mahu dibandingkan dengan makcik PPT saya yang sudah bekerja selama 30 tahun tapi tak pernah ke Sabah. (o_0) Wu~ seronok betul!
Naik flight sampai tapak tangan berpeluh. Teruknya.. Sebenarnya saya takut naik kapal terbang. Bukan kerana trauma tengok kapal terbang terhempas kat tv tapi kapal terbang tu terbang tinggi sangat. Boleh tak terbang rendah siket?(requested yang kurang masuk akal)
Sebaik melangkah ke pintu pelepasan kat KLIA (sebab naik MAS, eksyennya!) rasa macam nak pergi luar Malaysia pulak. Padahal domestik aje. He. Excited ma.. First time. So, cam pelik siket. Departure gate dia pulak jauh giler. Kena menapak lebih kurang 15 minit dari pintu pelepasan baru jumpa gate nak terbang. Hujung nun jauh di sudut. Kalau rasa agak-agak penat, anda boleh menaiki eskalator macam kat supermarket untuk tolak troli untuk sampai dari gate ke gate seterusnya. Tapi agak lambat. Rasa nak cepat? Berjalan sambil menaiki eskalator! Confirm anda lagi laju dari orang berjalan kaki tanpa menaiki eskalator di sebelah anda. Huh! Dan itulah apa yang saya lakukan.
Actually, aircraft dia not really big macam dalam filem. Ok, mungkin itu dalam business class. Saya cuma duduk dalam ekonomi class saja. He.. Paling best, saya dapat duduk tepi tingkap. Ok, dah dapat duduk tepi tingkap kena duduk diam-diam. Satu perkara, saya terlupa nak ambil gambar makanan. Fuh! Ferrero rocher saya.. Oh ya, roti putar sekali =P
Seorang pramugara telah offer breakfast kepada saya dengan bertanya
"Nasi Lemak atau Roti Putar?"
"Roti Putar?"
"Ya, roti putar"
"Ok, i take roti putar. Thank u"
Pabila saya buka bekas makanan. Oh, dan inilah yang dimaksudkan olehnya "roti putar". ==> roti boom. (^_^") Saya ingat pastri roti yang makan dengan sup atau jem.
Well, macam kebiasaan saya. Bila dah post entry,memang tak reti nak letak gambar. Actually, saya malas nak upload gambar.. Nanti kena cucuk USB sana, cucuk sini, cucuk situ. Kalau dah malas, LANGSUNG tak payah letak gambar. Lagipun, saya kat ofis dan memang tiada kesempatan nak tengok gambar.
No comments:
Post a Comment