Showing posts with label Dates. Show all posts
Showing posts with label Dates. Show all posts

Tuesday, May 28, 2013

Langkawi - Destinasi Lepas 5 Bulan Kahwin #3

Ini entry terakhir aku cerita trip ke Langkawi. Panjang sangat nanti dah basi dah. (walhal dah lama kot pergi sana)*. Last entry aku dah story ke Pulau Beras Basah. Balik dari jeti tu, aku dengan husband terus balik ke chalet. Selesai berehat semua, keluar semula cari lunch. Lepas lunch, kali ni kitorang ke...


Oriental Village Cable Car!

 

Tapi sayang, masa tu jambatan gantung 'under maintenance'. Memang tak dapat lalu kat situ. Tak ralat sangat pun sebab dah pernah lalu situ sebelum ni. So aku dengan husband decided beli burger, maggie cups, dan mineral water, makan kat situ. Best jugak. Kat atas ni sejuk-sejuk je. Santai. Walhal kat bawah sana, hamek kau! Panas rembang. Turun dari cable car, cuaca sangat panas. Lepas tu aku nampak banyak store jual ice cream. Aku pun beli ice cream cedok, 1 cedok = RM1.50. Aku rasa tak cukup makan 1 cedok, aku pun beli 2 cedok. Nah hamek kau! 1 cedok bersamaan sebesar 1 penumbuk husband aku. Kalau 2 cedok? Boleh kau bayangkan besar mana. Puas hati der...

Malam tu, aku dengan husband jalan-jalan pantai je. Lepas tu kitorang pergi dekat 1 cafe tu (tak ingat nama cafe tu)*, layan band..dancing.. Haih, memang enjoyed. 

{Day 3}

Wahh, tiba-tiba ada label 'Day 3' pulak kannn... Haha. Masa ni dah nak balik dah. Lepas solat Subuh, aku gigih kejut husband aku bangun ajak pergi terjun laut. Last day kan, kenalah pekena air laut dulu. Dah puas terjun laut semua, aku dengan husband breakfast kat McDonald's je. Dekat sikit, malas nak cari jauh-jauh sebab nanti balik dah nak packing barang. Finally, kitorang check-out pukul 12.30 tengahari. Lepas check-out, aku dengan husband bergerak ke...

"Underwater World Langkawi"

Opss, gambau depan takde. Yang ada, gambau-gambau kat bawah ni. :) 






Eh, tiga gambo je ek. Haha. Bolehlah..gambar nak share kat sini je kan. Lepas dah puas pusing-pusing dalam tu, aku dengan husband bergerak ke Coco Valley. Haruslah cari chocolate bawa balik jadi buah tangan. Nak beli benda lain, tak mampu lah u. Gituuu.. Merata-rata cari chocolate, sampai ke Pekan Kuah aku dengan husband pergi. Ferry pukul 5.00 petang, bas ke KL bertolak pukul 6.30 petang. Sampai petang lah kitorang cari souvenir. 

Alhamdulillah... Lebih kurang pukul 2.30 pagi kitorang sampai KL. Semuanya lancar. Seronok gilos dapat holiday. Hmm, lama dah tak holiday sebenarnya. 

Next trip, in shaa Allah, ada lagi kot. Haha. Jalan sokmo laki bini nih. Syukur dapat husband suka jalan jugak. Hehe. Sampai sini saja entry ke Langkawi. Ada tempat lain aku pergi nanti aku update lagi ye. In shaa Allah...

Tuesday, May 21, 2013

Langkawi - Destinasi Selepas 5 Bulan Kahwin #2

Last entry aku end up dengan cerita ke Makam Mahsuri. Balik dari jalan-jalan petang tu, balik chalet terus tidur. Sedar-sedar dah maghrib, solat dan terus bersiap cari dinner. End of first day.

Entry yang ni, aku nak cerita hari kedua kat sana. Selama ni kalau ke Langkawi, aku dengan family akan ber-shopping. Tapi this time, we are not here for shop. Aku dengan husband agreed nak cuti-cuti saje. Tak mau shopping lebih-lebih sangat (sangat lahh!)* 

Lebih kurang pukul 9.30 pagi, ada van picked up kitorang depan lobby untuk ke island hopping. First time aku nak hopping. Selama ni tak pernah pun. Excited jugaklah. So, around 10.30 pagi macam tu baru sampai jeti untuk ke island hopping. Agak lambat sebab kena picked up tourist lain. Destination island hopping ni macam biasa.. Ke Tasik Dayang Bunting, tempat helang makan, and end up ke Pulau Beras Basah.

Also, first time aku naik bot.






Kalau perasan, bentuk bukit (bukit ke? gunung?)* macam bentuk pregnant lady. Kalau tak perasan, tak pelah yeee.



*hey, monkey monkey monkey monkey!*







Seronok bila dah berkahwin. Nak posing peluk pun boleh. Haha. (blerrghhh)* Alhamdulillah aku bersyukur pada Allah s.w.t. sebab aku bahagia sangat-sangat. Hurm, dah kahwin letaklah gamabr romantik. Semua orang buat macam tu kannn. Kalau tak suka, terima kasih sebab sudi tengok gambar aku ni haa. 


Selesai menyantai (menyantai?)* kat Tasik Dayang Bunting, bot terus bergerak ke tempat helang cari makan (i don't know the name of that place)*. Gambar helang-helang berterbangan memang tak dapat nak shoot secara proper sebab aku pakai semi-pro camera. Hasilnya, gambar tak lawa. Experience rasa seronok sebab first time.

Lepas sakit leher tengok helang terbang sana sini, bot terus bergerak ke Pulau Beras Basah. Cantik. Memang cantik. Aku tak pernah pergi tempat cantik macam ni. Tapi sayang, aku tak bawa baju extra. Sayangnya juga, aku tak sempat nak shoot signature Pulau Beras Basah sebab ramai sangat orang bergambar kat situ. 

Pulau tu banyak monyet and aku terus wonder, how come boleh datang monyet-monyet tu? Tempat tu pulau.. Erm, kuasa Allah. Eh, boleh jadi orang buang monyet kat situ kan. Haha. Dekat situ aku dengan husband hanya beli makanan ringan dan makan bawah pokok. Lebih kurang sejam setengah kat pulau tu, bot terus bergerak ke jeti semula. Aku ambil package biasa, tak ambil package yang ada snorkeling/diving tu. Aku tak reti swimming, makanya, aku tak nak. Haha.

So..next entry, in shaa Allah aku kasi cerita sampai habis. Malas pulak nak buat entry panjang-panjang. Rajin nanti aku update #3 punya yee.

Saturday, May 18, 2013

Langkawi - Destinasi Selepas 5 Bulan Kahwin #1

Langkawi is our first destination untuk ber-honeymoon setelah 5 bulan berkahwin. Alhamdulillah, walaupun stay chalet dan bukan hotel grand-grand, pada aku itu semua dah cukup berbaloi untuk kitorang suami isteri. Chalet yang kitorang stay tu...


"Langgura Baron Resort, Pantai Chenang, Langkawi"
Kredit: Google Images

Bilik ok dan sangat selesa. Sayangnya, aku lupa nak shot gambar berdua depan chalet. Ni pun aku ambil gambar Google. Plus, bilik kitorang tu memang exactly macam dalam gambar ni. Aku pilih bilik Deluxe Wooden (1 king size bed) satu malam RM160 dan aku stay situ selama 3 hari. Chalet tak berhadapan depan laut, tapi sangat dekat dengan laut. So, kalau nak mandi-manda kat laut tu memang boleh sangat lah. Langgura tu ada jugak offer brick room, memandangkan aku nak honeymoon, aku pilih wooden room. Romantik sikit kannn.. Ala-ala lampu kuning malap je bilik tu. Untuk Deluxe Wooden (1 king size bed) tu hanya ada 4 unit bilik je. Memang tak banyak lah. Oh, lupa! Aku sewa kereta Viva Elite Auto, RM70.





Sampai chalet, terus buat payment and check-in. Lepas letak bags semua, aku ajak husband aku turun laut. Alhamdulillah, kebetulan cuaca hari tu mendung dan tak panas, memang bestlah kalau nak buat aktiviti pantai. Benda pertama aku nak try, JETSKI. Aku mana pernah main jetski der...





Bayaran untuk main jetski, RM120 : 30 minit. Ok ke? Ke...mahal? Entahlah. RM120 untuk jetski yang warna merah tepi sekali tu. Yamaha sisi kecil, RM100. So, aku tambah RM20 untuk kestabilan. Huhu. Aku tak pandai swimming so aku suruh husband aku ambil jetski yang sisi besar sikit. Gambar peta yang atas tu is gambar kawasan main jetski. Pada aku 30 minit tu agak lama sampai aku berdua dah tak tau nak pusing mana lagi dah. So kitorang pusing-pusing situ jek. Balik-balik situ, balik-balik sana, balik-balik sini. Gitu je lah...

Lepas puas jetski, berendam lah sekejap dalam laut. Cuaca cantik. Tak panas. Memang best. Waktu tu pukul 2.30 petang lebih kurang lah. Agak-agak dah kembang dalam air laut, perut lapar, naik darat, masuk chalet, terus mandi dan bersiap cari makan tengahari.

Selesai makan, aku ajak husband aku pergi Makam Mahsuri. Masuk berapa RM? Entah. Aku lupa pasal bukan aku yang bayau. Haha. Agak lama juga aku tak pergi sini. So, perkara pertama bila masuk ke dalam... 

'erm...kenapa macam dah tak best ek'

Dalam rumah Mahsuri kosong. Dah tak ada hiasan langsir bagai. Hanya sebijik rumah lama. Bila masuk dalam rumah tu macam tak ada feel suasana zaman dulu-dulu. Bawah rumah dia tu ada lah alat-alat lama. Tapi, entah ek..macam tak meriah dah rumah tu. Kat sana yang boleh layan feel bila kita masuk muzium dia. 






See, papan tanda rumah pun dah terbelah. Ermm.. Well,aku rasa takat ni je lah dulu aku cerita. Nak tulis nanti panjang pulak entry aku yang satu ni. Tunggu #2 punya... Rajin kang aku update le.

Saturday, November 26, 2011

Langkawi Island

Assalamualaikum..

Pulau Langkawi. Last aku jejak Pulau Langkawi, tahun 2005. Masa tu arwah emak ada lagi. Baru habis sekolah and pergi holiday ke Langkawi as my rewarded lepas habis SPM besides ayah ada meeting KOOP kat sana. Tahun ni baru aku ada chance jejak semula ke Pulau Langkawi selepas 5 tahun tak pergi situ lagi dah. Haiyoo..

Dari Puduraya ke Kuala Perlis almost makan masa 7 jam. Nasib baik bus cantik and seat luas giler plus boleh pusing-pusing atas seat macam pusing atas katil. Ok, tu tipulah. Memang selesa. Pandai Kerol pilih bus. Gerak dari KL pukul 12.00am and sampai ke Kuala Perlis lebih kurang pukul 6.50am. Turun bus terus jalan laju-laju pergi kaunter ferry and unfortunately, kitorang tak dapat kejar ferry pukul 7.00am sebab dah tutup gate. Then, kitorang decided ambil ferry pukul 8.15am je. Besides, boleh breakfast jap.

Dah siap beli tiket terus cari kedai nak breakfast. Order roti telur + roti sardin + 2 milo suam + 1 air suam = RM7.00. Boleh lah.. Tak payah gosok gigi terus lahap makan. Lagipun, time-time macam ni mana kau sempat pikir nak gosok gigi ke hape kan? Belasah je!

 
Time pokai hisap Malboro. Time kaya hisap Dunhill. Rokok tu Kerol punya ea.

Aku bantai tidoq lagi dalam ferry. Akhirnya sampai jeti Langkawi around 9.30am. Ibu Kerol dah siap tunggu kitorang kat sana. Habis salam semua orang terus ibu Kerol kata 'pergi Pekan Kuah jom. Kita jalan'. Mak aih..kitorang dah lah tak mandi lagi. Mulut pun dah start bau taik gigi campur kari. Ikut je lah.. Tengahari baru dapat balik untuk bersihkan diri. Well, kitorang stayed kat homestay area Padang Mat Sirat. Nice house anyway! Pukul 3.00pm macam tu kitorang keluar jalan-jalan lagi and this time, kitorang pergi naik Skycab!! Excited mami nok...


Telaga Harbour Marina, Langkawi.

Jauh jugak lah nak ke Oriental Villages. Finally sampai jugak. Nak naik Skycab kena masuk Oriental Villages. Fortunately tak ramai orang naik Skycab hari tu. Ini tempat macam ana yang punya lah! Hahaha! Cuba kau tengok gambar tasik kat bawah ni. Tak ramai pun. Kalau ramai, mesti penuh Swan Boats kat tasik nihh..


Kaunter pun tak ramai orang

Well..malas nak story banyak-banyak. Enjoice the views!! :)


Mesti kau tak percaya kan ni air terjun??




Bajet macam heroin Titanic arr..puihh! Haha!


 
Ambil gambar sebelum ke tengah-tengah jambatan. Gayat kut derr..



Bukan selalu aku posing kan??? Erm.. Kaki pendek!

Turun dari Skycab, Kerol excited nak pergi bagi rusa makan. Masuk RM1 je.. First, aku try nak feed rusa ni and suddenly aku rasa macam geli lak bila lidah rusa jilat-jilat tapak tangan. Terus give up tak nak bagi feed and pass makanan rusa tu kat Kerol. Yucksss! Berair kut..

'Come to papa!'

Tujuan sebenar ke sana hanya untuk attended wedding kawan Kerol. Dapat bini orang Langkawi. Haihhh..untung lah.. Tiap-tiap bulan pergi Langkawi.


Taniah Ida and yeah, Kerol jadi pengapit.

Seronok gila dapat holiday. Hilang tensen mami nok. Besides, dapat kenal lagi rapat dengan family Kerol. Diorang memang sporting and selalu buat aku rasa comfortable and tak kekok. Here, last picture of Langkawi Island episode from me for this entry.

 Love! Ok fine..pipi aku tembam.. So?!


p/s: next time pergi tempat lain pulak..

Sunday, October 30, 2011

Agong Cup 2011 - Final For Plate Category (Polytechnic Shah Alam)

Assalamualaikum! :)

Final day for Agong Cup 2011 dah pun berlangsung kat Politeknik Shah Alam Sabtu lepas, 29 Oktober 2011. Kelantan menang tahun ni. Cup jadi milik diorang. Congratulations Kelantan! Unfortunately for me, aku tak sempat tengok game antara Kelantan against Kedah pukul 4.00 petang hari tu. Kerol ajak balik terus sebab dah penat struggle lawan Sabah yang saiz badan 'mak oi, besar badan kau bang!'.

Kuala Lumpur (22) vs Sabah (23), so Sabah had won. Extra 1 point je. That's okay Kuala Lumpur. Next year try lagi. Sabah had two player import. One from New Zealand and another one from Fiji. Instead of KL, they had just one, from Fiji. By the way, it's really fun besides you can makes a friends! Secara automatik kau akan friendly dengan orang kini kanan kau bila excited tengok game.

Aku? Berdiri plus menjerit plus tepuk tangan tinggi-tinggi plus ambil gambar plus bla bla bla. Haha! Gua jerit sampai halkum gua rasa macam da kecik je. Er..halkum? Tak tak. Tak ada halkum. Aku perempuan. Sampai ada lah orang sound kitorang suruh diam pasal memekak. Eh pakcik, kalau nak senyap, pergi duduk rumah mayat lah. Kat situ senyap je pakcik! Tak ada orang memekak pun macam kat astaka tepi padang ni.

Dah nama pun tengok game. Haruslah ada cheerleaders bersuara nyaring jerit dari tepi padang. Hayoo.. Pakcik..pakcik..

Final game for plate category had been started on 9.30am, so awal pagi dah kena gerak ke Poli Shah Alam. Aku, Kerol, Cak'n', and Ayie gerak dari rumah aku pukul 8.00am macam tu sebab Kerol lambat fetch. Kira lambat lah sebenarnya. Gua bangun pagi awal gila beb macam nak pi kerja. 6.30am dah bangun. Gua lambat siap pasal gua perempuan and haruslah bersiap lama. Sampai je, tengok-tengok team Sabah dah siap pakai jersey and tengah warm up. Fuhh..padan lah diorang boleh menang.

Sampai tersujud abang ni warm up

Kuala Lumpur team. Tengah warm up jugak.

Kerol tengah pakai kasut sampai gigit-gigit bibir. Payah benar nak ikat tali kasut.

Secretariat Agong Cup 2011





'Kau nak kepala ke ekor?'








Cuba cari 'The Pirates'.

KL dihatiku.

Lepas bergambar. Bersurai dengan gumbira!

Me and Kerol.. Awww..

Walaupun tak menang, semua orang happy tengok game ni. Balik dengan tersenyum-senyum sebab dapat tengok rugby live plus tengok diorang mandi free-free pakai tight depan mata.. Heheh! Congratulations KL!


p/s: As a captain, Kerol has been interviewed by 'Ruck n Roll' from Astro Arena. This programme aired every Thursday at 9.00pm on channel 801. It's all about rugby. Local and international rugby. Don't miss it! :)