Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Thursday, June 25, 2015

The Ramadhan Part 2

Setiap hari aku pergi bazar.
Walaupun time tu aku tak boleh puasa.

Semalam aku pergi bazar ramadhan Padang MPAJ Pandan Indah. Tak jauh dari rumah aku. Aku nak tukar angin sebab belum pergi sana lagi. Sebelum ni pergi bazar ramadhan kat Taman Melur. Jenis aku suka pergi satu tempat yang memang tau situ sedap. Bila dah sampai sana, aku tak tau nak beli apa sebab takut tak sedap. Konon nak cuba tapi risau jugak la tak sedap ke apa.

Aku suka fikir benda yang senang-senang, jadi aku beli air dulu. Kemudian baru fikir nak makan apa. Yang aku tengok, kebanyakan peniaga yang jual air ni pakai air kordial. Air kordial aku pun boleh effort bancuh sendiri kat rumah. Yang orang nak, air buah fresh. Macam kat warung. Cuma kalau beli kat warung mahal sikit la. Beli kat bazar satu plastik yang kalau tuang boleh penuh 1 jag baru RM3/RM4. Tak banyak orang yang niaga air jual macam tu. Kalau ada pun, 1 atau 2 kedai je. Tu pun, beratur. Ayah aku selalu beli air buah fresh. Selalu jugak dia beli kat Pandan Indah. Tapi aku lupa kedai mana satu. Dulu, kedai tu lah satu-satunya kedai jual air yang konsep macam tu kat situ. Blend jus depan-depan mata. Nampak lama sangat dah aku tak pergi sana.

Kedai jual air yang first aku nampak, orang tengah blender jus. Hah, ni kot. Aku bagitau suami aku. Aku tak cam sangat muka orang yang jual air ayah aku suka. Jadi aku assume ni bini dia atau kakak atau adik dia. So beli fresh orange harga RM4. Jalan ke depan sikit, tiba-tiba aku  terpandang kedai jual air jugak. Aku tengok orang yang tengah blender jus tu. Tiba-tiba aku teringat muka brader ni memang tiap-tiap tahun masa arwah ayah aku ada dia suka beli air kat dia. Hah, yang ni! Sah aku salah kedai tadi. Rugi RM4. Ayah aku suka beli sebab trademark kedai tu blend buah dengan ais. Ala-ala ice blended tapi bukan. Tak sehalus ice blended. Sedap dan aku suka. Last, beli jugak la. Air mangga harga RM4.  

Benda-benda macam ni nostalgia. Teringat favorite emak ayah aku. Tiba-tiba rindu. Datang macam angin, sesekali menyapu muka. Gitulah.  Terlalu banyak tempat dan pemandangan sekitar aku penuh dengan memori emak ayah aku.

Aku pernah cakap kat suami aku, emak dengan ayah aku dah tak ada dan jika aku tak kahwin lagi. Mungkin aku dah duduk tempat lain. Mungkin balik Johor. Mungkin aku duduk JB dan tukar kerja kat branch JB. Nak balik batu Pahat, post jawatan aku tak ada kat situ. Tak kisahlah. Dekat dengan kakak aku, dekat dengan makcik-pakcik aku, dekat dengan saudara-mara aku. Kalau memang jodoh, carilah aku kat sana. Tapi, itu semua mungkin dan kalau. Realitinya aku dah kahwin pun. Ada jugak orang jaga aku. Cuma aku nak cakap, aku bersyukur. Rupanya Allah dah atur cantik-cantik untuk semua hamba-hamba Dia.

End up untuk cerita aku semalam, aku beli char kuey tiaw. Tiba waktu berbuka kuey tiaw aku kembang. 

Tuesday, June 9, 2015

The Ramadhan Part 1

Tak lama lagi dah nak puasa. Lagi 9 hari.
Tahun ni tahun ke-7 berpuasa tanpa emak dan tahun pertama berpuasa tanpa ayah. Hidup aku sekarang hanya berkasih sayang dengan suami dan adik beradik bila mak ayah dah tak ada. Adik beradik aku pun bukan ramai. Dua orang je. Aku dengan kakak. Masing-masing dah kahwin, bila ayah meninggal, kami banyak kepada keluarga suami. Kadang-kadang tu aku rindu. Aku rindu keluarga kecil aku. Ada:

Ayah,
Emak,
Ayong,
Aku.

Tu je. Hanya 4 beranak. Pergi mana-mana 4 beranak je. Kadang-kadang tu teringat kenangan waktu puasa dan raya masa aku kecil. Masa mula-mula belajar nak puasa, emak aku ajar puasa sekerat hari. Hari ni separuh, esok separuh, dapat 1 hari. Yang ni, mazhab aku sendiri cakap kat mak aku. Masuk Darjah 1, aku dah pandai puasa penuh 1 hari tapi tak pernah cukup 30 hari puasa pun. Kadang-kadang acah tak larat kat mak aku. Balik sekolah terus call mak aku cakap penat la panas la hidung berdarah la tekak haus la. Last-last, dia pun bagi buka puasa. Masa buka puasa, setiap hari aku makan roti bom. Tak tau pasal apa tapi memang sepanjang bulan puasa tu roti bom. Tak makan nasi. Kuih jauh sekali aku nak sentuh. Ayah aku suka beli banyak. Biasanya 6 keping. Masa tu roti bom sekeping 50sen tahun 1994 - 1996. Maklum je lah yang roti bom tu kecik. Makan sekeping tak cukup. Sampai pakcik yang meniaga tu kenal ayah aku. Kakak aku pulak suka roti jala. Tiap-tiap hari mak dengan ayah balik kerja singgah bazar Ramadhan kat Keramat pasal kakak aku nak roti jala keramat je. Lain tempat dia tak mau.

Paling aku suka, waktu sahur. Aku bongsu walaupun 2 beradik je. Dulu aku susah makan nasi. Mak aku selalu hidang nasi dan lauk waktu bersahur. Lagi-lagi waktu pagi subuh makan nasi memang taklah untuk budak 8 – 9 tahun. Jadi aku makan sikit je. Mak aku bengang tengok nasi kat pinggan aku tak pernah habis. Ended up dia, bila waktu sahur je dia akan kejut aku suruh cuci muka dan berkumur dan suruh aku bersila kat lantai ruang makan. Ruapanya dia nak suap aku makan. Kadang-kadang suap bersila kat lantai dapur. Kadang-kadang suap bersila kat ruang tamu dalam gelap sambil tu aku pejam mata. Nikmatnya tangan mak. Tangan mak gemuk-gemuk, jadi bila suap tu penuh mulut aku. Setiap butir nasi tu aku rasa sedap. Walhal sama je lauknya kalau aku ceduk sendiri. Sehinggalah aku tingkatan 5. Masih bersuap. Masuk tingkatan 6 pun kadang-kadang je. Lepas pada tu, aku suap makan sahur sendiri.

Sepanjang bulan puasa, ayah aku pergi tarawikh. Aku ada satu perangai bila ayah aku baring aku selalu menyelit kat celah lengan dia. Tak tau pasal apa tapi aku suka duduk bawah ketiak dia. Siap himpit dengan bantal. Masa tu aku rindu celah lengan ayah aku sebab macam lama gila dia pergi tarawikh. Bila dia balik je, cepat-cepat aku suruh dia baring tengok tv sebab aku nak baring kat ketiak dia sampai aku tertidur. Sedar-sedar dah ada kat bilik. Masa tu aku sekolah rendah lagi. Masuk sekolah menengah, aku dah pandai malu dengan ayah aku. Dah tak ada perangai celah ketiak lagi dah.

Kalau hari minggu, mak aku suka masak. Especially, untuk makan buka puasa. Ayah aku suka makan kuih-kuih waktu buka puasa, jarang dia makan berat-berat. Kadang-kadang tu sampai mak aku merajuk sebab ayah aku keluar pergi beli makanan untuk buka puasa walhal mak aku dah masak kat rumah. Ayah aku jenis cool tak cepat sentap. Ayah aku tetap makan apa yang mak aku masak walaupun dia lebih suka makan kuih-kuih masa buka puasa. Aku dengan kakak aku bedal je apa ada.

***
Banyak memori keluarga aku. Nak aku cerita satu hari belum tentu habis. Masa-masa macam ni rindu kat diorang. Rindu kenangan lagi-lagi waktu aku kecik. Sebab aku suka melebih dengan mak ayah aku kot. Kakak aku suka buat hal sendiri. Maklumlah remaja pre millenium. Aku sekolah rendah kakak aku sekolah menengah. Mana sama. Baru nak geng terus reject aku kata aku budak-budak.

Sunday, July 22, 2012

Perkara Rawak #4

Petang semalam aku pergi pasar Ramadhan. Dengan ayah aku. Beli juadah untuk buka. Tak banyak. Hanya beberapa sahaja. Aku punya je roti john. 2 bantal. Aku sorang. Habis. Sebab aku tak makan benda lain. Hari pertama Ramadhan. Kan? Baru hari pertama, ramai betul. Tak masak ke korang. Eh, aku pun. Memang tak masak. 
 
Aku terus jalan. Hunting a food. Tiba-tiba, lalu satu perempuan. Pimpin budak  lelaki. Anak dia, mungkin. Jalan dengan suami, rasanya. Tapi, satu aku tak berkenan. Perempuan tu pakai seluar pendek. Suami buat derk. Ayah aku istighfar. 
 
Astaghfirullahal'azim....
 
Ayah aku geleng kepala. Aku pun sama. Aku malu. Walaupun aku juga seorang perempuan. Aku tahu. Aku tak sempurna juga dalam menutup aurat. Dan aku tidak cuba untuk katakan aku ini lebih baik dari dia. Tidak! Aku cuma...Malu. Aurat aku sama seperti perempuan tu dan perempuan-perempuan lain. 
 
Aurat semua perempuan adalah sama. Bila ada perempuan lain tayang aurat kepada orang lain, aku pasti terasa. Aku juga punya batas aurat yang sama. 
 
Cuma satu aku mahu cakap. Hormati bulan mulia. Bulan Ramadhan. Bukan senang nak jumpa bulan Ramadhan. Hanya orang yang belum tiba ajal yang mampu jumpa Ramadhan seterusnya. Dan aku. Belum tentu juga jumpa Ramadhan akan datang. Dan belum tentu lagi, aku dapat lalui kesemua hari dalam Ramadhan ini kan?
 
Lagi satu, baru hari kedua puasa dik non. Jangan fikir nak beraya sangat. 

Tuesday, August 16, 2011

Bazar Ramadhan LPPKN

Assalamualaikum!

Hari ni hari selasa 16 Ogos 2011 bersamaan 16 Ramadhan 1432 Hijrah, dekat office kitorang telah pun buat Bazar Ramadhan yang bermula pada pukul 12.00 tengahari sampai lah 3.00 petang. Alhamdulillah. Ramai jugak orang singgah. Yeay! Happy giler tengok orang jual beli. Macam-macam ada. Segala jenis mak nenek punya kuih raya pun ada. Makanan paling banyak orang jual and paling laku! Ye lah..orang beli nak buat buka puasa. Tak payah jalan jauh-jauh. Turun kat lobby terus jumpa gerai. Aku? Aku tak meniaga. Aku jadi model duduk tepi tembok. Eh, tak tak. Aku lepak menyibuk buat-buat sibuk kat gerai Mama Lala. Agihan kurma dan bubur lambuk paling best. FREE kot! Siapa tak nak kan??

Oh ya..just a few pictures for enjoiceee!! Tak larat nak edit and credit name banyak-banyak. Lenguh!

Gerai B&D!


Kuih and biscuit raya




Tokey..sorang lagi tengah sebuk masak laksa.


Mak enon dengan mak esah shopping laksa. Hehe!!


Alah, jarang pulak sign ni macam gigi Spongebob






Her son called her 'mommy' and she's younger than me! Oh manggg..aku tak kahwin lagi! Yeah..she's cute. :)


Macam la tak konal ni sapo...








2 cik abang tadi jual karipap frozen yang bila dah pukul 2 petang dah tak frozen dah




Hahaha! Kelakar lah acik ni buat lawak! Geli pinggang den.












ehem!








muko dah nek samo dah den tengok


My lovely daddy with his bestfriend... Uncle Zainal!


*sorry kalau quality gambar tak berapa nice pasal aku lupa nak tukar ISO camera...sigh!


p/s: Jangan lupa datang beramai-ramai ke Dataran Merdeka sempena program Ihya' Ramadhan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) esok, 17 Ogos 2011 bersamaan 17 Ramadhan 1432 Hijrah. Makan FREE yop!! Jangan lupa hangkut satu rumah. Aku? Kena jaga khemah OKU...

Tuesday, August 9, 2011

Rousing!

Do remember this all the time...


Kemeriahan raya sudah terasa dimana-mana. Walaupun baru 9 Ramadhan. Medan MARA, Sogo, hari-hari padat dengan populasi penduduk KL. Tujuan hanya satu. SHOPPING. Jalan TAR? Aku tak sempat menjengah lagi. Aku tak larat nak menahan panas terik matahari dan kesesakan orang ramai di tengah hari. Aku puasa. Tunggu time tak boleh puasa je lah baru jalan. Boleh singgah beli nasi padang buat makan tengahari.


Kaki aku hanya baru menjejaki Medan MARA dan Maju Junction. Tak berani nak jejak Sogo lagi. Aku takut. Takut purse kering. Gaji lambat lagi. Sabar ye dik non..sabar.. Aku syukur. Kerja di tengah-tengah kesibukan bandar KL. Senang kalau mahu ke mana-mana. Nak shopping? Sogo ada. Jalan TAR ada. Mydin ada. MJ ada. Sebut je. Times Square? Yang tu kau kena naik LRT lah. Tapi, macam mana kalau berlaku rusuhan atau demonstrasi jalanan? Kami adalah antara orang awam yang terperangkap di bandar KL. Hanya sekali aku pernah 'termasuk' dalam perhimpunan jalanan secara tak sengaja. Itu pun balik shopping jalan tak tengok kiri kanan aleh-aleh ada orang himpit-himpit lepas tu jerit-jerit lepas tu aku panic lepas tu aku lari. Selamat aku tak kena halau dengan pakcik sarjan. Kalau tak mesti perit mata aku kena gas pemedih mata. Itu berlaku pada tahun 2008.


Paling best, time sambutan merdeka lahhh. Dapat tengok rehearsal parade secara free. Tak payah susahkan diri. Kau jenguk je kat tingkap sure nampak CLEAR dari atas siap helicopter lalu rilek sebelah kepala kau. Dalam jamban siap boleh dengar bunyi heli CLEAR macam nak langgar building kau. Aku cakap camni pasal office aku tingkat 20. Tinggi la jugak... 


Okeh, berbalik pada kemeriahan sambutan raya. Aku baru shopping satu baju ala kaftan, belt, dengan sehelai tudung syria dari Hajrah. Baru SEHELAI je eh. Tak cukup tiga. Tiga je lah..banyak sangat membazir. Membazir itu kan amalan setan nirojim. Macam mana pun, shopping baju raya itu kemudian belakang punya cerita. 


Satu pertubuhan kelab kat office aku akan ada anjurkan bazar ramadhan. Event ni yearly event. Setiap tahun pasti berlaku. Seronok la kalau nak cuci-cuci mata. And the most enjoyable isssss...


'ehem! nak tuju lagu boleh?'


Ucapan lagu raya setiap 3.30pm until 4.30pm start 15hb ni. Woah!! Seronok der. Dengar lagu raya terus gua nak feeling macam balik kampung. Buat-buat salam orang lepas tu orang kata 'eh, buang tebiat hape budak ni'. Kerja semua nanti gua tak nak layan. Gua nak nyanyi-nyanyi ikut suara Fazidah Joned. (itu pun kalau ada orang request lagu makcik tu). Gua nak buat bajet kiut mintak duit raya bila dengar lagu anuar zain dengan elina. Hahaha!!


Awwww... I can't wait for that moment...


p/s: sedih jugak sebenarnya bila dengar lagu raya... :')

Tuesday, August 2, 2011

2 Ramadhan 1432H

Sungguh! Bulan ramadhan memang mencabar kesabaran dan ketahanan nafsu aku. Aku yang sudah terbiasa makan dan minum setiap hari, agak payah untuk aku tidak makan dan minum dari terbit sehingga terbenamnya fajar. Yang aneh, boleh pulak aku buat ganti puasa. Oh ya, aku buat selang-selang. Bukan directly... Minggu pertama adalah masa untuk aku sesuaikan diri dengan keadaan lapar dan dahaga. Alah, aku bukan masih budak kecik untuk merengek "lapar! lapar!". Sudah mumayyiz dan cukup akal untuk berbuat demikian.

Hingar-bingar di Bazar Ramadhan sudah cukup untuk membuatkan aku rimas. Rimas dengan orang ramai yang tak reti-reti mahu turun dari kereta atau motosikal ketika mahu membeli juadah. Adakah kau tak paham bahasa apabila kau buat macam ni dah menyusahkan orang ramai dan menjadi penyebab kesesakan jalan raya? Bodoh! Serious, bodoh. Kau dah menyesakkan jalan, kau dah membahayakan pejalan kaki. Adakah kau fikir kau anak raja sampai mahu beli makanan di tepi jalan tanpa turun dari kenderaan? Apa kau ingat ni McD drive thru??

Aku cukup annoying dengan orang macam ni.. Sungguh!

Disebabkan aku sedang menjalani ibadah puasa, aku cuba sabar. Sabar dari perasaan amarah. Akhirnya, emosi aku terlepas jugak. Kesian ayahanda. Terpaksa mendengar bebelan aku sepanjang perjalanan pulang dari Bazar Ramadhan.

Alhamdulillah, aku dapat berbuka bersama-sama dengan ahli keluarga. Untung dapat MC 2 hari. Sekurang-kurangnya, aku dapat balik ke Johor semata-mata untuk bersama keluarga. Hari ini, hari terakhir cuti aku sebelum pulang ke KL.

Hari-hari yang mendatang, aku hanya berbuka dengan ayahanda.. Sebagai perenpuan, jika pada hari-hari yang tidak memerlukan aku untuk berpuasa, aku tetap 'berbuka' dengan ayahanda. Sebagai peneman di meja makan. Takkan nak dibiarkan keseorangan. Biar aku digelar 'ular sawa' sebab tak puasa tapi makan bersama orang yang berpuasa, ada aku kisah?

Semoga ibadah puasa aku, ahli keluarga aku, dan semua muslimin dan muslimat diterima Allah swt.

Amin!

Monday, August 1, 2011

Ramadhan Kareem

Hari ini, hari pertama menjalani ibadah puasa bagi tahun 2011. Hari ini, 1 Ramadhan 1432 Hijrah. Hari ini, aku berada di kampung. Hari ini, aku MC 2 hari. Hari ini, aku asyik dengar lagu puasa. Alhamdulillah.. Tak lah bingit telinga aku dengar lagu yang dah tiap-tiap hari kita dengar. 


Semoga kalian dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna!


Hurm, bila aku tengok iklan TV yang dah sibuk siar iklan promosi shopping raya, aku rasa macam "eh! puasa belum kau dah sibuk raya!". Seolah-olah perayaan yang diutamakan. Bukan ibadah! 1Malaysia kaaannnn??? Kaum yang tak puasa pun nak shopping jugak.


Kepada perokok, ni lah peluang untuk BERHENTI daripada hisap rokok. GRAB YOUR CHANCE! Aku tau bukan senang nak berhenti kan? Hari-hari biasa kau dah hadap, apa kata hari-hari puasa ni kau slow sikit. Ada pekdah nya kan?? Jantung kau pun sihat. Tak payah bazir duit pergi IJN mintak doktor operate jantung kau. Buat sakit je. Lagi satu, jangan lah nampak sangat kau hisap rokok. BAU beb! BAU! Hidung gua sensitive giler boleh bau rokok ke tidak. Hurm. Kalau tak segan, SILALAH BUAT.


Nanti jangan sampai buat-buat letak rokok kat bibir lepas tu cucuh lighter lepas tu hembus-hembus lepas tu bila orang tegur kau cakap "eh, puasa eh??" hurm, memang kena sepak kat muka.

Pedang besar macam pedang Zaraki Kempachi.


Hujung kata, pangkal tak kata apa-apa. Eh, tak tak. Akhir kata, selamat menjalani ibadah puasa! Apa? Raya? Hoi, puasa dulu. Tak puasa TAK BOLEH RAYA!

Lagi satu, jangan main mercun ye adik-adik. Bila kudung tangan nanti tak dapat salam mintak duit raya...

Ok bai!