Showing posts with label Beautiful Places. Show all posts
Showing posts with label Beautiful Places. Show all posts

Tuesday, May 28, 2013

Langkawi - Destinasi Lepas 5 Bulan Kahwin #3

Ini entry terakhir aku cerita trip ke Langkawi. Panjang sangat nanti dah basi dah. (walhal dah lama kot pergi sana)*. Last entry aku dah story ke Pulau Beras Basah. Balik dari jeti tu, aku dengan husband terus balik ke chalet. Selesai berehat semua, keluar semula cari lunch. Lepas lunch, kali ni kitorang ke...


Oriental Village Cable Car!

 

Tapi sayang, masa tu jambatan gantung 'under maintenance'. Memang tak dapat lalu kat situ. Tak ralat sangat pun sebab dah pernah lalu situ sebelum ni. So aku dengan husband decided beli burger, maggie cups, dan mineral water, makan kat situ. Best jugak. Kat atas ni sejuk-sejuk je. Santai. Walhal kat bawah sana, hamek kau! Panas rembang. Turun dari cable car, cuaca sangat panas. Lepas tu aku nampak banyak store jual ice cream. Aku pun beli ice cream cedok, 1 cedok = RM1.50. Aku rasa tak cukup makan 1 cedok, aku pun beli 2 cedok. Nah hamek kau! 1 cedok bersamaan sebesar 1 penumbuk husband aku. Kalau 2 cedok? Boleh kau bayangkan besar mana. Puas hati der...

Malam tu, aku dengan husband jalan-jalan pantai je. Lepas tu kitorang pergi dekat 1 cafe tu (tak ingat nama cafe tu)*, layan band..dancing.. Haih, memang enjoyed. 

{Day 3}

Wahh, tiba-tiba ada label 'Day 3' pulak kannn... Haha. Masa ni dah nak balik dah. Lepas solat Subuh, aku gigih kejut husband aku bangun ajak pergi terjun laut. Last day kan, kenalah pekena air laut dulu. Dah puas terjun laut semua, aku dengan husband breakfast kat McDonald's je. Dekat sikit, malas nak cari jauh-jauh sebab nanti balik dah nak packing barang. Finally, kitorang check-out pukul 12.30 tengahari. Lepas check-out, aku dengan husband bergerak ke...

"Underwater World Langkawi"

Opss, gambau depan takde. Yang ada, gambau-gambau kat bawah ni. :) 






Eh, tiga gambo je ek. Haha. Bolehlah..gambar nak share kat sini je kan. Lepas dah puas pusing-pusing dalam tu, aku dengan husband bergerak ke Coco Valley. Haruslah cari chocolate bawa balik jadi buah tangan. Nak beli benda lain, tak mampu lah u. Gituuu.. Merata-rata cari chocolate, sampai ke Pekan Kuah aku dengan husband pergi. Ferry pukul 5.00 petang, bas ke KL bertolak pukul 6.30 petang. Sampai petang lah kitorang cari souvenir. 

Alhamdulillah... Lebih kurang pukul 2.30 pagi kitorang sampai KL. Semuanya lancar. Seronok gilos dapat holiday. Hmm, lama dah tak holiday sebenarnya. 

Next trip, in shaa Allah, ada lagi kot. Haha. Jalan sokmo laki bini nih. Syukur dapat husband suka jalan jugak. Hehe. Sampai sini saja entry ke Langkawi. Ada tempat lain aku pergi nanti aku update lagi ye. In shaa Allah...

Tuesday, May 21, 2013

Langkawi - Destinasi Selepas 5 Bulan Kahwin #2

Last entry aku end up dengan cerita ke Makam Mahsuri. Balik dari jalan-jalan petang tu, balik chalet terus tidur. Sedar-sedar dah maghrib, solat dan terus bersiap cari dinner. End of first day.

Entry yang ni, aku nak cerita hari kedua kat sana. Selama ni kalau ke Langkawi, aku dengan family akan ber-shopping. Tapi this time, we are not here for shop. Aku dengan husband agreed nak cuti-cuti saje. Tak mau shopping lebih-lebih sangat (sangat lahh!)* 

Lebih kurang pukul 9.30 pagi, ada van picked up kitorang depan lobby untuk ke island hopping. First time aku nak hopping. Selama ni tak pernah pun. Excited jugaklah. So, around 10.30 pagi macam tu baru sampai jeti untuk ke island hopping. Agak lambat sebab kena picked up tourist lain. Destination island hopping ni macam biasa.. Ke Tasik Dayang Bunting, tempat helang makan, and end up ke Pulau Beras Basah.

Also, first time aku naik bot.






Kalau perasan, bentuk bukit (bukit ke? gunung?)* macam bentuk pregnant lady. Kalau tak perasan, tak pelah yeee.



*hey, monkey monkey monkey monkey!*







Seronok bila dah berkahwin. Nak posing peluk pun boleh. Haha. (blerrghhh)* Alhamdulillah aku bersyukur pada Allah s.w.t. sebab aku bahagia sangat-sangat. Hurm, dah kahwin letaklah gamabr romantik. Semua orang buat macam tu kannn. Kalau tak suka, terima kasih sebab sudi tengok gambar aku ni haa. 


Selesai menyantai (menyantai?)* kat Tasik Dayang Bunting, bot terus bergerak ke tempat helang cari makan (i don't know the name of that place)*. Gambar helang-helang berterbangan memang tak dapat nak shoot secara proper sebab aku pakai semi-pro camera. Hasilnya, gambar tak lawa. Experience rasa seronok sebab first time.

Lepas sakit leher tengok helang terbang sana sini, bot terus bergerak ke Pulau Beras Basah. Cantik. Memang cantik. Aku tak pernah pergi tempat cantik macam ni. Tapi sayang, aku tak bawa baju extra. Sayangnya juga, aku tak sempat nak shoot signature Pulau Beras Basah sebab ramai sangat orang bergambar kat situ. 

Pulau tu banyak monyet and aku terus wonder, how come boleh datang monyet-monyet tu? Tempat tu pulau.. Erm, kuasa Allah. Eh, boleh jadi orang buang monyet kat situ kan. Haha. Dekat situ aku dengan husband hanya beli makanan ringan dan makan bawah pokok. Lebih kurang sejam setengah kat pulau tu, bot terus bergerak ke jeti semula. Aku ambil package biasa, tak ambil package yang ada snorkeling/diving tu. Aku tak reti swimming, makanya, aku tak nak. Haha.

So..next entry, in shaa Allah aku kasi cerita sampai habis. Malas pulak nak buat entry panjang-panjang. Rajin nanti aku update #3 punya yee.

Saturday, May 18, 2013

Langkawi - Destinasi Selepas 5 Bulan Kahwin #1

Langkawi is our first destination untuk ber-honeymoon setelah 5 bulan berkahwin. Alhamdulillah, walaupun stay chalet dan bukan hotel grand-grand, pada aku itu semua dah cukup berbaloi untuk kitorang suami isteri. Chalet yang kitorang stay tu...


"Langgura Baron Resort, Pantai Chenang, Langkawi"
Kredit: Google Images

Bilik ok dan sangat selesa. Sayangnya, aku lupa nak shot gambar berdua depan chalet. Ni pun aku ambil gambar Google. Plus, bilik kitorang tu memang exactly macam dalam gambar ni. Aku pilih bilik Deluxe Wooden (1 king size bed) satu malam RM160 dan aku stay situ selama 3 hari. Chalet tak berhadapan depan laut, tapi sangat dekat dengan laut. So, kalau nak mandi-manda kat laut tu memang boleh sangat lah. Langgura tu ada jugak offer brick room, memandangkan aku nak honeymoon, aku pilih wooden room. Romantik sikit kannn.. Ala-ala lampu kuning malap je bilik tu. Untuk Deluxe Wooden (1 king size bed) tu hanya ada 4 unit bilik je. Memang tak banyak lah. Oh, lupa! Aku sewa kereta Viva Elite Auto, RM70.





Sampai chalet, terus buat payment and check-in. Lepas letak bags semua, aku ajak husband aku turun laut. Alhamdulillah, kebetulan cuaca hari tu mendung dan tak panas, memang bestlah kalau nak buat aktiviti pantai. Benda pertama aku nak try, JETSKI. Aku mana pernah main jetski der...





Bayaran untuk main jetski, RM120 : 30 minit. Ok ke? Ke...mahal? Entahlah. RM120 untuk jetski yang warna merah tepi sekali tu. Yamaha sisi kecil, RM100. So, aku tambah RM20 untuk kestabilan. Huhu. Aku tak pandai swimming so aku suruh husband aku ambil jetski yang sisi besar sikit. Gambar peta yang atas tu is gambar kawasan main jetski. Pada aku 30 minit tu agak lama sampai aku berdua dah tak tau nak pusing mana lagi dah. So kitorang pusing-pusing situ jek. Balik-balik situ, balik-balik sana, balik-balik sini. Gitu je lah...

Lepas puas jetski, berendam lah sekejap dalam laut. Cuaca cantik. Tak panas. Memang best. Waktu tu pukul 2.30 petang lebih kurang lah. Agak-agak dah kembang dalam air laut, perut lapar, naik darat, masuk chalet, terus mandi dan bersiap cari makan tengahari.

Selesai makan, aku ajak husband aku pergi Makam Mahsuri. Masuk berapa RM? Entah. Aku lupa pasal bukan aku yang bayau. Haha. Agak lama juga aku tak pergi sini. So, perkara pertama bila masuk ke dalam... 

'erm...kenapa macam dah tak best ek'

Dalam rumah Mahsuri kosong. Dah tak ada hiasan langsir bagai. Hanya sebijik rumah lama. Bila masuk dalam rumah tu macam tak ada feel suasana zaman dulu-dulu. Bawah rumah dia tu ada lah alat-alat lama. Tapi, entah ek..macam tak meriah dah rumah tu. Kat sana yang boleh layan feel bila kita masuk muzium dia. 






See, papan tanda rumah pun dah terbelah. Ermm.. Well,aku rasa takat ni je lah dulu aku cerita. Nak tulis nanti panjang pulak entry aku yang satu ni. Tunggu #2 punya... Rajin kang aku update le.

Thursday, March 8, 2012

Perkara Rawak #1


Kau tak rasa ke yang biru itu tenang?

Ya, tenang. Setenang hati aku sekarang ni. Alhamdulillah...

Monday, March 5, 2012

Beautiful Place #001: ISTAC, Jalan Duta

Assalamualaikum.

29 Februari 2012 lepas, unit aku ada anjurkan workshop untuk Dasar Keluarga Negara yang membincangkan pasal cabaran dari perspektif undang-undang bagi melaksanakan DKN ni. Benda yang paling interesting dalam benak aku sepanjang workshop ni berlangsung adalah tempatnya. Tak tahulah pada pendapat orang lain, tapi bagi aku tempat ini yang paling cool senibinanya yang pernah terdapat kat Malaysia. Senibina bangunan ni aku rasa banyak influence dari istana di Sepanyol. 

Cerita lebih tak guna. Tengok sajalah gambar yang aku ambil. Oh, untuk makluman semua, main hall di ISTAC macam gereja dan aku bukanlah duduk dalam gereja. Hanya di main hall saja. Dan, ISTAC adalah singakatan daripada International Institute of Islamic Thought and Civilization. Salah satu organisasi dalam UIA. 
























Aku kagum bila lihat lukisan Salahuddin Al-Ayubi berperang dan ketika aku asyik melihat, aku terasa begitu menginginkan sistem khilafah mentadbir dunia Islam kini. Hanya khilafah yang mampu memimpin ummah. Bukan pemimpin dan undang-undang sekular. 

Tuesday, May 10, 2011

Picnic Tengah Panas

Assalamualaikum.

Entry kali ni maybe penuh dengan gambar je. Cerita pun mungkin sikit-sikit. Sabtu lepas, aku and Kerol i pergi picnic plus jalan-jalan kat Port Dickson. Well, apo ado kek PD tu? Jawapan aku, ada laut la sengal! Hahaha. Aiseh, sebenarnya aku suka pergi pasar malam dia. Meriah la jugak. By the way, aku tak sempat snap gambar kat pasar malam. Kang orang kata "hak elah..pebenda kau! Kat pasar malam pun nak amek gambar". Segan bila nanti dikatakan macam tu, aku sorok je camera aku dalam beg lepas tu menyesal cakap berat woi patah bahu aku. (-_-")

Enjoy ye..

 On the way. Actually tangan Kerol i bukan buat 'peace yo!' tapi hadang tasbih kat celah mirror
Sampai je terus cari tempat redup. Panas kut! Rentung sey..
First, pergi Blue Lagoon. Quite frustrated sebab air surut.. :( pasir je..
Aku dengan tudung menggerbang!
Yes, muka aku! Serius tak lawa. Tapi kau ado? Haha!
Sexy back! Yeahhh! Rhythm ikut macam lagu Justin Timberlake
 Dia jalan laju, so i left behind..sobsob!
A few young men cari siput kut?? I guess.. Masing-masing macam terkorek-korek
Auuwww, just you and me~~ Ok, enough! Jangan mentel..
 Patah balik ke Teluk Kemang. In real, aku rasa nice tengok pokok-pokok ni so, snap je lah kan??
Bentang tikar tepi gerai jual boya. Dah situ je redup. Nasib baik tak ada budak cakap kat aku "akak! boya satu berapa?".
Lepas makan, melingkau. Kerol i jek. Aku tak. Kalau ye pun aku nak baring celah mana. Tikar kecik oi. By right, badan gua pun debab. Sumpah ingat dugong baring.
Pokok lagi. Aku memang suka pokok ar kut..
Mohd Khairul bin Fakri :)

p/s: actually, i miss him so much. Now, dia kat UiTM Shah Alam training untuk selection rugby Malaysia ke Korea. Good luck and semoga Allah merahmati dan memberkati usaha awak. I wish you all the best. I'll pray for you.

Love!