Langkawi is our first destination untuk ber-honeymoon setelah 5 bulan berkahwin. Alhamdulillah, walaupun stay chalet dan bukan hotel grand-grand, pada aku itu semua dah cukup berbaloi untuk kitorang suami isteri. Chalet yang kitorang stay tu...
"Langgura Baron Resort, Pantai Chenang, Langkawi"
Kredit: Google Images
Kredit: Google Images
Bilik ok dan sangat selesa. Sayangnya, aku lupa nak shot gambar berdua depan chalet. Ni pun aku ambil gambar Google. Plus, bilik kitorang tu memang exactly macam dalam gambar ni. Aku pilih bilik Deluxe Wooden (1 king size bed) satu malam RM160 dan aku stay situ selama 3 hari. Chalet tak berhadapan depan laut, tapi sangat dekat dengan laut. So, kalau nak mandi-manda kat laut tu memang boleh sangat lah. Langgura tu ada jugak offer brick room, memandangkan aku nak honeymoon, aku pilih wooden room. Romantik sikit kannn.. Ala-ala lampu kuning malap je bilik tu. Untuk Deluxe Wooden (1 king size bed) tu hanya ada 4 unit bilik je. Memang tak banyak lah. Oh, lupa! Aku sewa kereta Viva Elite Auto, RM70.
Sampai chalet, terus buat payment and check-in. Lepas letak bags semua, aku ajak husband aku turun laut. Alhamdulillah, kebetulan cuaca hari tu mendung dan tak panas, memang bestlah kalau nak buat aktiviti pantai. Benda pertama aku nak try, JETSKI. Aku mana pernah main jetski der...
Bayaran untuk main jetski, RM120 : 30 minit. Ok ke? Ke...mahal? Entahlah. RM120 untuk jetski yang warna merah tepi sekali tu. Yamaha sisi kecil, RM100. So, aku tambah RM20 untuk kestabilan. Huhu. Aku tak pandai swimming so aku suruh husband aku ambil jetski yang sisi besar sikit. Gambar peta yang atas tu is gambar kawasan main jetski. Pada aku 30 minit tu agak lama sampai aku berdua dah tak tau nak pusing mana lagi dah. So kitorang pusing-pusing situ jek. Balik-balik situ, balik-balik sana, balik-balik sini. Gitu je lah...
Lepas puas jetski, berendam lah sekejap dalam laut. Cuaca cantik. Tak panas. Memang best. Waktu tu pukul 2.30 petang lebih kurang lah. Agak-agak dah kembang dalam air laut, perut lapar, naik darat, masuk chalet, terus mandi dan bersiap cari makan tengahari.
Selesai makan, aku ajak husband aku pergi Makam Mahsuri. Masuk berapa RM? Entah. Aku lupa pasal bukan aku yang bayau. Haha. Agak lama juga aku tak pergi sini. So, perkara pertama bila masuk ke dalam...
'erm...kenapa macam dah tak best ek'
Dalam rumah Mahsuri kosong. Dah tak ada hiasan langsir bagai. Hanya sebijik rumah lama. Bila masuk dalam rumah tu macam tak ada feel suasana zaman dulu-dulu. Bawah rumah dia tu ada lah alat-alat lama. Tapi, entah ek..macam tak meriah dah rumah tu. Kat sana yang boleh layan feel bila kita masuk muzium dia.
See, papan tanda rumah pun dah terbelah. Ermm.. Well,aku rasa takat ni je lah dulu aku cerita. Nak tulis nanti panjang pulak entry aku yang satu ni. Tunggu #2 punya... Rajin kang aku update le.
No comments:
Post a Comment