Tuesday, August 2, 2011

2 Ramadhan 1432H

Sungguh! Bulan ramadhan memang mencabar kesabaran dan ketahanan nafsu aku. Aku yang sudah terbiasa makan dan minum setiap hari, agak payah untuk aku tidak makan dan minum dari terbit sehingga terbenamnya fajar. Yang aneh, boleh pulak aku buat ganti puasa. Oh ya, aku buat selang-selang. Bukan directly... Minggu pertama adalah masa untuk aku sesuaikan diri dengan keadaan lapar dan dahaga. Alah, aku bukan masih budak kecik untuk merengek "lapar! lapar!". Sudah mumayyiz dan cukup akal untuk berbuat demikian.

Hingar-bingar di Bazar Ramadhan sudah cukup untuk membuatkan aku rimas. Rimas dengan orang ramai yang tak reti-reti mahu turun dari kereta atau motosikal ketika mahu membeli juadah. Adakah kau tak paham bahasa apabila kau buat macam ni dah menyusahkan orang ramai dan menjadi penyebab kesesakan jalan raya? Bodoh! Serious, bodoh. Kau dah menyesakkan jalan, kau dah membahayakan pejalan kaki. Adakah kau fikir kau anak raja sampai mahu beli makanan di tepi jalan tanpa turun dari kenderaan? Apa kau ingat ni McD drive thru??

Aku cukup annoying dengan orang macam ni.. Sungguh!

Disebabkan aku sedang menjalani ibadah puasa, aku cuba sabar. Sabar dari perasaan amarah. Akhirnya, emosi aku terlepas jugak. Kesian ayahanda. Terpaksa mendengar bebelan aku sepanjang perjalanan pulang dari Bazar Ramadhan.

Alhamdulillah, aku dapat berbuka bersama-sama dengan ahli keluarga. Untung dapat MC 2 hari. Sekurang-kurangnya, aku dapat balik ke Johor semata-mata untuk bersama keluarga. Hari ini, hari terakhir cuti aku sebelum pulang ke KL.

Hari-hari yang mendatang, aku hanya berbuka dengan ayahanda.. Sebagai perenpuan, jika pada hari-hari yang tidak memerlukan aku untuk berpuasa, aku tetap 'berbuka' dengan ayahanda. Sebagai peneman di meja makan. Takkan nak dibiarkan keseorangan. Biar aku digelar 'ular sawa' sebab tak puasa tapi makan bersama orang yang berpuasa, ada aku kisah?

Semoga ibadah puasa aku, ahli keluarga aku, dan semua muslimin dan muslimat diterima Allah swt.

Amin!

No comments: