Thursday, January 21, 2010

COLA OH COCA COLA?

Elaun COLA akan ditarik balik? Ok, ini rumours yang kencang kat office kitaorang sekarang. Em, tapi tak tahu betul ke tidak. Dah namanya rumours kan? So far, tak ada pula saya nampak pekeliling akan berkeliling kat office kitaorang ni. If itu sesuatu yang benar, secara langsung dan tidak langsung akan menjejaskan ekonomi rakyat Malaysia yang kebanyakannya bekerja di jabatan kerajaan terutamanya penjawat awam kategori C dan D. CUEPACS, sila buat tindakan sekarang! Cewah..senang ati aku je.

Jika kerajaan kini buat keputusan macam tu, HA! Korang tunggu la time pilihanraya nanti. HA HA HA! Sejak kepimpinan Najib, saya tak rasa dia membawa apa-apa pembangunan ekonomi kat Malaysia ni. (Maaf cakap. Mungkin dia masih BARU mentadbir Malaysia tapi ini satu-satunya medium untuk beritahu rasa hati). Apa relevannya Gagasan 1 Malaysia dan Klinik 1 Malaysia itu? Siapa boleh explained kat saya dengan terang, jelas, dan yakin? Yang saya fahami, Gagasan 1 Malaysia itu ialah bukan satu formula ekonomi sebaliknya adalah satu gagasan untuk merapatkan lagi perpaduan kaum di Malaysia. Ok, agak boleh diterima. Tapi bagaimana dengan dasar-dasar yang telah dibuat Perdana Menteri terdahulu seperti Dasar Ekonomi Baru dan sebagainya?(Maaf lupa. Dah lama tak baca Pengajian Am). Adakah tidak relevan untuk digunapakai lagi? Atau Gagasan 1 Malaysia ini hanya memantapkan lagi dasar-dasar yang ada? Dasar laut? Oh, bukan. Itu hanya diatasi dengan menambak je.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) diwujudkan untuk mendekatkan 'gap' ekonomi antara kaum-kaum utama Malaysia seperti Melayu, Cina, dan India. Seperti kalian tahu, Melayu adalah petani yang duduk di kampung-kampung dan Cina pula adalah pedagang di bandar manakala India pula duduk di estet. Jurang ekonomi ketika itu sangat jauh, dan KINI kita dapat tengok Melayu, Cina, India semua dah duduk bandar. Effects dari DEB itu, wujudnya perpaduan kaum-kaum utama. Jadi, rasanya tak perlu lagi Gagasan 1 Malaysia. MEMBAZIR!! Duit rakyat dilaburkan untuk buat program-program 1 Malaysia yang hasilnya sudah tersedia ada. Kalian tak perasankah?

Kini, Klinik 1 Malaysia dilancarkan. Sekali lagi saya bertanya? Apa relevannya Klinik 1 Malaysia itu? Apa sudah jadi dengan klinik-klinik kerajaan dan klinik-klinik desa? Kenapa tak 'upgrade' je klinik-klinik yang ada tu? Sekali lagi, MEMBAZIR!! Bukan susah pun, cuma tingkatkan perkhidmatan saja. Mudahkan? Kenapa tak 'upgrade' klinik-klinik desa sebagai Klinik 1 Malaysia 24 jam? Kasihan penduduk-penduduk kampung. Dah la jauh nak pergi hospital, klinik pula bukak time office hours je. Tidak terfikirkah anda wahai Najib? Sudahlah sekolah-sekolah (aku tak ingat nama spesifik sekolah bijak yang Rosmah nak tubuh tu) di bandar-bandar. Bagaimana dengan anak-anak kampung yang bijak? Adakah peluang mereka semakin tipis untuk melanjutkan ke sekolah yang bagus kini? DAN anak-anak kampung itu adalah MELAYU.

Nowadays, (tukar sebab asyik guna 'word' kini) mereka mahu menarik semula elaun COLA yang telah diberikan kepada kakitangan awam. Itu adalah apa yang dihebohkan. Agak kecewa. KECEWA GILER VAVI. Mungkin Pegawai A dan B tidak terasa tapi bagaimana dengan Pegawai C dan D? Saya faham mengapa mereka mahu menarik elaun COLA. Kerana kakitangan gred C dan D lebih ramai daripada kakitangan gred A dan effects penarikan elaun COLA itu dapat balik cover kewangan Malaysia. COLA A+B+C+D = dapat cover duit joli Najib. Kenapa tak tarik balik elaun keraian aje? Oh, tidak boleh sebab KERAIAN A sahaja = tak cukup untuk cover duit joli Najib. Kini kalian dah faham?
Begitu kronologinya. Jadi tidak guna anda menangis terguling-guling sebab kena tarik COLA. Saya dan kalian hanya rakyat biasa.. Maaf jika saya yang cetek ilmu ni terlalu mengutuk pemimpin kita.

No comments: