Sunday, January 24, 2010

ALLAH SELAMATKAN SULTAN

Subuh Sabtu. Saya bangun pagi untuk tunaikan solat Subuh. Ayah beritahu saya Sultan Johor mangkat.

"Dik, Sulton Johor meninggal ek"
"Ye? Ok.."

Saya berlalu ke bilik air. Gila selamba! Fuh, saya jalu masa tu. Orang gila liat bangun solat subuh ==> aku lah. Saya sambung tidur balik lepas solat subuh. Pabila bangun pagi, pagi ke? Kalau bangun pukul 10 dikira pagi atau dah nak masuk tengahari? Tak kisah lah ek. Janji bangun. Saya tengok tv. (Masa tu dah siap wangi-wangi). Siar pasal kemangkatan Sultan Johor. Sultan negeri kelahiran saya 1 family. Best jugak tengok adat raja Johor. Gila sempoi! Tak ada nak protokol sangat macam anak raja lain. Sultan mangkat, anak cucu yang angkat keranda. Baru betul. Kalau anak raja lain, kirim salam nak angkat keranda bapak dia. Pegawai-pegawai askar yang jadi babu tolong angkat keranda. Jadi, anak-anak raja lain sila bukak mata kalian. Tak ada terpalitnya kapur barus kat duli kauorang tu. HA HA HA.

Tengku Ibrahim yang sinonim dengan panggilan Tengku Yem atau TMJ di kalangan rakyat Johor, naik takhta sebagai Sultan Johor kini. Feh! Kalau Fazura jadi kahwin dengan Tunku Ismail, bakal Sultanah Johor lah kau 20 tahun akan datang. Tak apa. Janji bukan Fasha Sondoh. Hmm..tapi kenapa bukan Tunku Majid jadi Sultan? Kan Tengku Yem tu anak gahara aja. Tak kisah la wehh..janji Johor ada Sultan untuk mempertahankan agama Islam.

Saya sangat sayangkan negeri kelahiran saya. Terasa jugak bila Sultan Johor mangkat. Ayah menangis. HE HE. Patriotik.

"Ayah nangis ek?"
"Sultan ayah dikkkk.."
"Alow, bukan tak ada Sultan terus"
"Ye la.. Ayah pernah cium tangan Sultan masa sembahyang Jumaat kat Peserai. Ayah lahir dan besar kat Johor. Lain. Tak macam KL. Langsung tak ada Sultan"

Ayah kesat-kesat airmata. Sayangnya dia dengan Sultan Johor. HE HE. Kelakar betul ayah ni. Semangat kenegerian tu ada walaupun berhijrah kat tempat lain. Sultan paling bijak pada zaman sebelum merdeka ==> Sultan Johor. Sultan Johor satu-satunya Sultan yang dapat anugerah yang membawa gelaran "Sir" oleh Ratu England. Sultan Sir Tunku Ibrahim ibni Almarhum Tunku Abu Bakar. Atuk Sultan Iskandar. See..Bangga wehh. HA HA HA.

Ok, saya kena pergi hospital sekarang. Sila rushing siap sekarang eyka.

Bye


No comments: