Friday, January 22, 2010

JUMAAT YANG HARMONI

Pagi yang bening.. Bening? Maaf. Salah akronim. Pagi yang hening. Ketuk card. Fuh! Nasib baik tak merah. Permulaan hari yang baik. Duduk di kerusi. Keluarkan mascara dan eyeliner. Siap sedia untuk mencantikkan diri. Siap! Kini, ambil telefon bimbit. Call Kerol untuk beritahu saya dah sampai office setelah 10 minit mencantikkan diri. Kemudian, melayari internet sebentar untuk mengetahui adakah masih kencang rumours mengenai penarikan elaun COLA itu di facebook? Oh, mungkin awal lagi untuk mengetahui tentang itu. Mungkin, kejap lagi.

Perut lapar. Gila sumbang bunyi perut. Memanglah lapar. Time breakfast ngok. Pergi kantin. Beli nasi lemak dengan telur rebus setengah biji. Macam gemuk pulak makan nasi lemak. Tak apa. Nak kahwin nanti kurus la. Makan nasi lemak di meja sendiri. Macam bunyi ada kenduri kat belakang. Oh, rupanya makcik-makcik sedang berkumpul sambil menikmati sarapan. Gila hectic!

Sudah kenyang kini. Apa mahu buat? Ya. Kerja. Update HRMIS yang tak habis-habis. Bosan + mengantuk + sebal. Bosan sebab tunggu HRMIS loading. Gila lembab! Mengantuk kerana kurang time tidur. Atau kerana makan nasi lemak tadi? HA HA. Kau je tahu, eyka.

Tengahari sudah tiba. Benak dah start fikir nak pergi mana lunch hari ni. Atau main facebook je? Melayan orang yang tak tentu arah? Huh, bosan. Sometimes, wondering gak. Apalah yang kauorang merapu meraban ni wehh?? Status kauorang macam sampah. Balik-balik cerita pasal personal life kauorang. Wehh,aku bosan dow baca status kauorang. Try la letak status pasal isu-isu semasa atau apa-apa yang TIADA kaitan dengan life kauorang. Rumours yang belum sah, kauorang dah menggelabah ayam. Poyo sial. Kalau comment, kauorang suke menggunakan emosi. Wehh,mana letak otak kauorang ha? Cuba sekali-sekala berbicara menggunakan akal.

Fuh! Tiba-tiba saja emo. Sudah bosan dengan status yang merapu meraban dan temeh. Bunyi seperti eksyen pandai, tapi sebenarnya tak pun. HEH. Tapi nak mengembangkan minda yang tersedia kurang kembang ni.

Kenyang lagi. At last! Pergi Sogo beli McD untuk lunch. Sangat kalori. Ergh! Saya dipertanggungjawabkan untuk menyedia, membuat, dan mengedar buku program dan poster untuk Perhimpunan Bulanan Februari ini. Nampaknya, apa saja berkaitan terbitan dan iklan ==> ditugaskan kepada saya. Ada paham eyka? Eyka: Hmmmmmkay... Mungkin kau seorang aja yang kreatif nak mampos kat PKORP ni. Semua ditolak kat kau. Kau seorang aja yang pandai godek mouse. Ngok ngok ngok!

Ok, penat menaip sekarang. Saya akan sambung menaip entry yang lain next week mungkin.

Bye

No comments: