Wednesday, December 30, 2009

2010 - Sounds futuristic huh?

2010 akan datang kurang 48 jam lagi.

Kadang-kadang, kita terfikir tak? Sepanjang tahun 2009 ni, apa kita dah buat yep? Adakah hal yang kita buat tu ada mendatangkan faedah dan keuntungan bagi kehidupan kita seterusnya atau sebaliknya atau tak ade effects langsung?

Dua hari saya berfikir. Tapi minda saya kosong, sepi, sunyi. Adakah selama ni jiwa saya jiwa yang kosong selama 2009 ni? Dalam masa yang sama, minda dan emosi saya didatangi dengan perasaan hiba, sayu, sedih, dan takut. Kerana apa? Kerana mungkin saya tak bersedia menghadapi cabaran hidup seperti perjalanan atau takdir kehidupan saya yang mendatang.

Takdir seseorang manusia, tiada siapa yang tahu melainkan Yang Menentukan. 2010.. 1 tahun yang panjang bakal saya hadapi. Bukan saya saja, semua hidupan yang bergelar Khalifah Allah akan menghadapinya. Cuma kekuatan iman dan taqwa yang mampu menyelamatkan diri sendiri.

Saya tak tahu..

Kenapa saya berasa dan berfikir demikian..

Adakah tahun depan, tahun terakhir saya?

Atau..

Tak tahu nak rungkai macam mana..

Diri saya sepi..

Kosong..

Tiada pengisian..

Mungkin ini perasaan orang cetek agama seperti saya..

Yang penuh dengan perasaan cepat marah..

Sering tertinggal solat..

Ego..

Punyai hati yang keras..

Jarang mengucapkan kalimah Allah..

Indeed..

Saya bukan seorang umat yang sempurna..

Sampai bila saya mesti macam ni..

Tak tahu bila mahu berubah. Mungkin hati saya belum terbuka lagi. Atau..saya sendiri yang menutup pintu hati sendiri..

Hopefully, 2010 ni akan bawa perkara yang baik terhadap diri saya, keluarga, dan orang yang saya sayangi..Mohd. Khairul bin Fakri.


Adios 2009... Welcome 2010...

No comments: