Tuesday, December 22, 2009

Kalau kita menggantikan tempat orang yang kita sayang tu dengan orang lain, adakah hal itu salah?

Adakah itu curang?

Walaupun orang yang disayangi itu sudah tiada..

Musykil..

Kamu kata..hanya dia dihatimu sampai bila-bila. Katamu lagi, walaupun kamu sudah punya yang lain, sidia tetap bertamu dihatimu lagi. Perkahwinan pertama tidak sama dengan perkahwinan kedua. Apakah benar maksudmu itu?

Mulanya, aku positif untuk menerima perubahanmu. Aku redha, mungkin itu yang akan menceriakanmu kembali. Tapi, bila kami adik-beradik berbincang, adakah pengganti itu boleh menjagamu seperti sidia menjagamu?

Adakah pengganti itu sama perilakunya seperti perilaku sidia?

Adakah pengganti itu akan menjadi suri di rumah yang kami diami dengan bahagia dari kecil sehingga dewasa sebagaimana sidia menjadi suri di rumah yang sama dan yang juga suri di hati kami?

Adakah pengganti itu seorang yang soleh sebagaimana solehnya sidia?

Adakah pengganti itu air tangannya sama seperti air tangan sidia?

Apakan pengganti itu akan sabar dengan sikapmu sebagaimana sidia sabar melayan kerenahmu?

Pelbagai persoalan yang kami fikirkan. Ya, mungkin kamu takkan melupakan anak-anakmu. Tapi, adakah kenyataan itu masih boleh digunapakai jika kamu bersama pengganti itu? Memang benar apa kamu katakan, anak-anak mungkin akan pergi meninggalkan orang tuanya sekiranya sudah bersuami. Tapi, kami tidak! Kami tidak sesekali akan meninggalkanmu.

Kami mengerti sekiranya kamu sunyi tanpa seseorang disisimu. Tapi, ketika ini kami tidak boleh menerimanya lagi..

Kami mohon maaf kepadamu. Ya, kami berdosa kepadamu. Kami memerlimu.. Bukan apa, kami masih tidak boleh menerima sepenuhnya pengganti itu..

Aku takut..

Aku risau..

dan aku bimbang..

Jika kamu akan tidak mempedulikan kami..anak-anakmu..lagi..

Kedua-dua anakmu ini sangat menyayangi dirimu sepenuh hati. Hanya kamu yang kami ada sebagai orang tua. Hanya kamu yang kami perlu jaga hatinya, perasaannya..tiada yang lain..

Kami menyayangimu, ayah..

No comments: