Alhamdulillah, syukur kepada Allah sebab bagi peluang kat saya untuk sambung belajar. Ye, memang kau akan gelak atau pandang tak best dekat aku sebab aku buat PLK diploma aje. Tapi, itu lah key untuk aku ambil degree. InsyaAllah!
Ramai kawan-kawan saya tanya, "Kenapa kau nak ambil diploma pulak sedangkan kau ada STPM? Buang masa."
Ok, ini jawapan penuh untuk soalan kalian.
Saya pernah apply untuk pengambilan PLK degree, tapi mungkin kerana masa itu tiada bimbingan atau nasihat yang cukup, akhirnya permohonan saya 'tersungkur'. Saya agak frust, sedih, rendah diri gila punya rendah diri, rasa useless, rasa macam 'bodohnya aku ni', dan macam-macam perasan negatif saya rasa.
Masa tu, ramai kawan-kawan saya berjaya masuk universiti dan masing-masing sudah pun berjaya sambung buat degree. Saya? Saya bekerja. Bekerja sebagai Pembantu Tadbir aje, kat agensi kerajaan. Pernah terserempak dengan kawan saya (kawan ke?) kat pasar malam.

Dia : Eh, ezu..
Saya : Eh, *tuuut*...
Dia : Lama tak jumpa kau. Kau buat apa sekarang? (default question bila lama tak jumpa)
Saya : Aku kerja..
Dia : Eh, tak sambung belajar ke?
Saya : Em, tak.. Mak aku suruh kerja. Mak aku kata lagi, zaman sekarang susah nak cari kerja. Kau buat apa sekarang?
Dia : Aku belajar kat UiTM Perak, buat DEGREE! Eh, kau kerja apa ehh..?
Saya : Aku kerani je..
Dia : Kerani je?? Ooh..okay (senyum macam sial)
Saya : Tak apa lah. At least, aku beli spender pakai duit gaji sendiri (senyum macam sial balik)
Gathering kitorang berakhir lepas saya nampak murtabak dan rasa nak beli pastu terus blah. Seorang kawan tak akan cakap macam tu dengan kawannya kan? Balik dari pasar malam tu, saya rasa estimate sangat.
Sebab kejadian tu lah, saya apply degree. Lepas tu tak dapat pulak. Frust, gigit tudung kau! Sejak tu, saya tak pernah apply apa-apa lagi.
Satu pagi Ahad, saya baca paper. Ternampak iklan UiTM. PLK diploma / degree. Em, saya rasa hesitate. Nak apply, atau tak. Sejak tu, saya minta pandangan kawan-kawan saya apa yang terbaik. Akhirnya, saya decided, saya ambil diploma. Saya rasa, lebih baik saya mulakan dari bawah! Biarlah orang kata saya buang masa ambil diploma, tapi saya punya strategi sendiri. Saya tahu saya tak genius. Saya tak bijak. Saya mulakan dari diploma sebab saya rasakan sekurang-kurangnya saya sudah ada basic untuk continue degree dan tidak ambil banyak paper masa continue degree nanti.
Ramai kawan-kawan Tingkatan 6 saya mengeluh ambil degree. Diorang kata, susah sebab tak ada basic. STPM hanya pembelajaran general. Dari situ, saya fikir, lebih baik saya ambil diploma dulu.
Saya pegang mutiara kata ni.
"Merangkak, tetapi sampai, lebih baik daripada berlari tapi berhenti di tengah jalan"
Itu yang menguatkan emosi saya untuk teruskan niat saya.
Dan, alhamdulillah. Saya berjaya dapat tempat ke Pengajian Luar Kampus UiTM Diploma untuk sesi Julai ni. Bersyukur sangat saya kepada Allah.
Saya menangis depan ayah saya. Tak sia-sia doa ayah selama ni. 5 tahun saya menunggu untuk jejak ke universiti. Saya dikalangan yang tertinggal jika dibandingkan dengan orang yang sebaya saya.
Kini, jaminan masa depan saya kukuh. Saya ada jaminan kerja. Saya juga ada jaminan pelajaran (InsyaAllah). Saya tak perlu risau untuk cari kerja lagi.
Korang yang selalu pandang cemeng kat aku, korang kena carik kerja lepas habis belajar nanti. Hohoho! Aku dah ada dua-dua. He.. (tak baik eyka oi)
Doakan kejayaan saya.
(^_^)
Terima kasih kepada yang bagi dorongan kat saya!
No comments:
Post a Comment