23 perkara tentang diri saya. Woah~ Siapa punya idea mereka-reka ni? Hohoho! Ok, saya jawab. Thank you kepada iman's umi sebab menge'tag' saya entry ni.
(^_^)
...23 perkara rawak tentang saya...
*Bismillahhirohmanirrahimmm*
1. Anak nombor dua daripada 1..2.. beradik. (yeah, kira pakai jari macam ada adik-beradik ramai)
2. Tak ada abang, tak ada adik lelaki mahupun adik perempuan. Juga tidak mempunyai 2 orang kakak. Hanya seorang kakak sahaja. =P
3. Perabun sejak berusia 9 tahun. Kecik-kecik dah kena pakai spek. (T_T)
4. Takut air. Bukanlah takut sampai tak mandi. Takut pergi tengah laut, tengah tasik, tengah sungai. Anak sungai tak apa. Takat sungai kat Bukit Belacan tu, elehhh...! (cetek. celup sampai parat lutut je. Hohoho!) Paling takut kalau kau campak aku tengah tasik (team building). Takut kena makan dengan ikan toman. Hohoho! Takut laut sebab takut ikan jaws, takut sungai dalam sebab takut buaya, takut tengah tasik sebab takut ada naga (air hitam wohh)
5. Bila makan kat kedai mamak, selalu tiba-tiba jadi pekak. Tak tahu sama ada, mamak tu pelat atau aku yang tak dengar. Disebabkan malas nak "haa? berapa? ulang balik? haa? cakap kuat sikit" dengan mamak tu, hulur laa dalam RM10 ke RM50 ke... Duit syiling sampai banyak. Duit pecah? Emm, lagi banyakkk..
6. Suka gesek kaki kat tilam sebelum tidur. Terburai-burai isi tilam.
7. Mandi ikut turutan. Mula-mula, weewee, gosok gigi bawah, gosok gigi atas, check gigi, gosok lidah, cuci muka pakai facial foam, basah badan, sabun badan, bilas badan pastu baru keluar bilik air. (^_^")
8. Saya ada handphone Sony Ericsson warna merah!
9. Paling muda dalam koloni division saya. Emm..selalu kena buli. (T_T)
10. Digestion system saya sangat bagus. Hari-hari buang air besar. Hohoho!
11. Kuat makan, kuat tidur.
12. Pakai pendakap gigi sejak berumur 21 tahun. Kini, 2 tahun pakai daa..
13. Tak kurus, tak gemuk. (ye ke wehh?)
14. Saya sorang je bernama 'Ezulaykha' kat planet bumi ni kut. Pernah Google, and memang tak ada kat mana-mana. Hohoho!
15. Kalau pergi gerai, memang akan mesti selalu order Nasi Goreng Kampung.
16. Balik kerja mesti tidur dalam kereta. Kesian bapak aku drive sorang-sorang. Hohoho!
17. Kalau driving, mesti tinggikan kerusi. (aku tak nampak depan wohh!)
18. Saya rindukan muffins, cakes, and masakan arwah emak saya! (-_-)
19. Saya sayang keluarga saya!!! (^_^)
20. Saya tak suka orang yang suka tunjuk kecintaan dia pada pakwe dia kat facebook. Kalau mereka depan saya, memang kau 'kena ayam' dengan aku.
14. Saya sorang je bernama 'Ezulaykha' kat planet bumi ni kut. Pernah Google, and memang tak ada kat mana-mana. Hohoho!
15. Kalau pergi gerai, memang akan mesti selalu order Nasi Goreng Kampung.
16. Balik kerja mesti tidur dalam kereta. Kesian bapak aku drive sorang-sorang. Hohoho!
17. Kalau driving, mesti tinggikan kerusi. (aku tak nampak depan wohh!)
18. Saya rindukan muffins, cakes, and masakan arwah emak saya! (-_-)
19. Saya sayang keluarga saya!!! (^_^)
20. Saya tak suka orang yang suka tunjuk kecintaan dia pada pakwe dia kat facebook. Kalau mereka depan saya, memang kau 'kena ayam' dengan aku.
21. Jam tangan saya semua saiz besar. Tak betah nak pakai jam chumel-chumel. Girly you!
22. Aku dah tak larat. Ok, takat ni aje.
23. Boleh aku terus tag kat orang lain? Hohoho!!
Akak dan akak ni bolehlah membuat, mereka, mencipta 23 perkara tentang diri akak-akak sekalian. Hehehe! Nanti saya intai-intai kamu yepp..!
(^_^)
2 comments:
hahaha...tahniah berjaya wt assignment tersebut, mmg enjoy baca en3 ni dan kamu mmg unik. utk yg no.20 tu, sy pn sama...ada sorg yg dlm fb sy bgtu menonjolkan 'kecintaan'nya ngan pakwe dia smpi sy penah rs nk muntah & ingin je menghapuskn dri list friends...tp xpe, skrg x buka sgt fb, nk boikot la lbh krg.
tihehe! unik? hohoho! rasanya saya banyak merapu kat blog sendiri. no. 20 tu memang tepat, jujur, ikhlas saya tulis. sekarang tgh planned nak deleted trus dari friend list. cruel wohh.. (^_^") marilah menulis kat shoutbox sy tuh~ hehehe.
Post a Comment