Berkenalan dengan Krol merupakan satu experience paling best dalam hidup. Kitorang kenal tahun 2006. Aku tingkatan 6 dan Krol masa tu ada training SUKMA Kedah kat sekolah aku la. Krol yang start tegur aku dulu sebab dia kata dia jarang tengok budak perempuan pakai cermin mata kayu (ala, time tu glamer ngan spek imej grunge) plus pergi sekolah beg sandang warna oren yang terang gitu. Haha.. Outrageous kut.
Mulanya, main kirim salam la. Ala, budak-budak. Aku pun mana ambil port sangat pasal budak-budak rugby training kat sekolah aku. Masa tu diorang tengah angau bom bom pow dengan seorang classmate aku tuh. Dia kan ala-ala offensive sket berbanding dengan aku yang suka buat muka sardin lepas sound orang. Hahaa.
Satu hari tu, time nak balik lepas setengah harian aku lepak kantin sekolah sambil makan nasi goreng. Tengah best aku jalan bergelek macam itik pulang petang nak balik ke rumah, tiba-tiba ada orang panggil nama aku disebalik langsir kuarters cikgu-cikgu tuh.
"Ezu! Ezu! Ezu!"
Aku pun pusing lahh..
"Nak apa pundek?!"
Senyap. Tak ada panggilan terus.
Hahaa. Esoknya aku tanya amir yang dia ke panggil aku semalam. Amir kata bukan dia. Tapi Krol. Mati-mati time tu aku ingat classmate ni aku panggil (pasal classmate aku ni pun player rugby gak). Hu..segan sial. Start tu la Krol terus nak kawan dengan aku. Dia kata aku ni pompuan jenis tak cover langsung! Peh..macam aku ni tak pandai bersopan lak.
Bunga? Cokelat? Sekali dua je dia pernah bagi selama 4 tahun dating. Aku dengan Krol pun bukan jiwang sangat. Kadang-kadang aku, kau, lawak bongok plus bodoh semua keluar. Hahaa.. Paling karat pun yang pernah dia buat, ajak dinner lepas tu sambil makan sambil tenung-tenung romance pulak. Bajet romantik lah. Wek. Meremang bulu roma mak! Hahaa..
Dialah kawan, buah hati, dan bakal teman hidup. Halamak, loving siak.. Anyway, this is true! Cerita tak panjang. Ye la, nak panjang kena tunggu aku kahwin dengan dia plak. Lambat lagi tuh pasal kakak aku dah sound awal-awal selagi dia tak kahwin lagi, dia tak bagi aku kahwin dulu. Dia tak moh aku langkah bendul. Bukan takat bendul, bonggol pun dia tak bagi. hahaha!!
No comments:
Post a Comment