Wednesday, June 30, 2010

Frust Wohh..

Kepada diary,

Sekarang World Cup 2010 dah masuk pusingan kedua. Tapi diary, Portugal kalah dengan Sepanyol 1 - 0 lah. Tak dapat saya nak tengok Cristiano Ronaldo main bola lagi. (T_T). Saya sedih. Dialah pencuci/eyemore saya bila tengok bola. Siapa lagi saya nak tengok lepas ni?? Saya sedih sangat diary. Sob..sob..sob.. Nangis? Bukanlah diary. Hingus keluar jek. Tak apalah diary, mungkin saya kena beralih pandangan kepada Lukas Podolski pulak. Dia ni kan diary, mula-mula saya tengok dia macam tak hensem jek. Lepas kakak saya kata "eh eh hensem la gemok, cuba kau tengok" terus saya terpesona, diary. Kakak saya minat benor dengan Germany, diary. Saya pun suka jugak. Lepas tengok Lukas Podolski. Hehehe. Mata keranjang kan saya ni diary. Tapi apakan daya saya diary, saya memang macam ni. Kalau diary tengok boyfriend saya pun diary dah tahu saya memang suka tough guy diary.. Hehehe.

Apa-apa pun kan diary...

Germany versus Argentina
3rd July 2010

Jangan lupa tengok haa diary!

Tuesday, June 29, 2010

Fatos Interessantes

Woah! Kenapa saya asyik tulis dalam bahasa pelik-pelik ni? Semenjak syok tengok Cristiano Ronaldo main bola, terus aku macam enjoy nak speaking Portuguese (bajet macam Cristiano Ronaldo tu nak borak dengan kau je). Hohoho!

macam hensem

Ok, tinggalkan dulu pakwe no.2 aku ni. Kerol tetap no.1. Heheh! Fatos Interessantes, dalam bahasa melayunya 'fakta menarik'. (terima kasih google translation!)

"Rakyat Malaysia kuat makan ayam. Purata bagi seorang rakyat Malaysia (27 juta orang) memakan ayam sebanyak 33 kg setahun dan bersamaan dengan purata bagi rakyat Amerika Syarikat (309 juta orang)."

Fakta best aku dengar pagi tadi. Mak aih! Makan ayam sedap ape. Nak-nak kalau kau kena pelawa makan KFC, siapa tak nak wohh. Kalau kau makan McD, sure kau order Spicy Chicken McDeluxe kan? Makan ayam jugak kan? Ha..mana lah orang Malaysia ni tak gemuk-gemuk belaka. Hohoho!

Yes, honestly, me? Likewise! Hohoho. Seriously, aku memang kuat makan ayam. Sedap, enak, dan berkolestrol! Accurate words untuk ayam.


Tembam tak ayam ni? hohoho.

p/s: Lepas ni boleh nyanyi lagu Jalil Hamid - Ayam lepas makan ayam

Monday, June 28, 2010

Brilhante E Genial

Yaribba! Aku berjaya menjawab soalan dari Azman Roslan. Heh. Kacang jek soalan dia. Macam kau makan kacang kuda. Bukak mulut, campak kacang masuk mulut. Kan senang tuhh. Hohoho!

Soalannya berbunyi begini:
Kenapa tiada gelaran Tengku Mahkota dalam institusi Diraja Negeri Perak? Sedangkan di Negeri Pahang dan Johor contohnya ada gelaran itu?

Jawapan yang aku bagi:
Halah..nak details sangat, aku kena copy kat blog En. Azman ni. Tapi dia dah tutup pernyataan plak. Adeh. Ok, aku bagitahu ape aku jawab. Kalau ikut dialect Perak, bila sebut 'mahkota' jadi ape? Jadi 'mahkote' kan? Sebutan pun bunyi macam kau mencarut.

Puzzles jokes ni berasal daripada orang tua dulu-dulu. Diturunkan kepada ayah aku, lepas tu diturunkan pulak kepada anak perempuannya yang kedua (aku la tu). Heheheh!

Jadi, aku berjaya jawab soalannya dengan pantas! Hahahah. Happy happy happy~!

Thank u encik man sebab buat iklan untuk blog saya.

Heh!

(^_^)

My Second Award From My Lovely Blogger Friend : Iman's Umi



 Iman's Umi was awarded the second award to me. Yeay! Rajin Puan Iman's Umi ni ye.. Hehehe. Thank u very much! As usually, macam sebelum ni jugak. Kena jawab soalan ala-ala wartawan hiburan interview kau. Hehehe.

1- Write 5 interesting facts about the person who gave you this award
a) married..
b) a mother.
c) she always comments on my blog. tihehe!
d) she's very hard to updating her blog.
e) and she's nice! (^_^) - tak membodek ye..hehe.

2- Jots down 10 interesting facts about yourself and your hobby
5 interesting facts about me:
a) like to observe. Kalau kau korek hidung sorok-sorok pun aku boleh nampak.
b) love to rub my feet on the mattress before i sleep. so weird huh?
c) like to drink milk mixed with palm fruit (buah kurma). Sedap wohh!
d) i will not wearing my lovely G-Shock when i want using the toilet bcos scared of water splashes! Hohoho. (sayang..mahal beli)
e) Simpan bantal busuk yang berusia sebaya dengan aku

5 hobbies..
a) tidoq
b) makan
c) lipsticks collectors!
d) gayut dengan member sampai pekak. alhamdulillah..tak pekak lagi. (jangan pekak)
e) reading comics. novel?? nahh..

3- Pick your most 10 deserving recepients and describe them
Kenapa selalu mintak 10 orang?? Selalu macam tu tau. Siket-siket tak boleh ke..?? (-_-") Nah! Amek kau. Hohoho!
a) Mama Lala - Jiran sebelah meja
b) Kak Bee - Umi Danisha
c) Mr. Curly - Hubby Kak Lily a.k.a rambut megi (hohoho. Jangan mara...)
d) Siti Sarah - dia bukan penyanyi hidung kembang tu.

Heheheh! dapat tag 4 orang jek. Kira boleh lah tu kann...

Sekian, mekacehhh!

Sunday, June 27, 2010

Today I Was Felt...

Been a while i didn't speak and write in english. So, i need to sharpen my skills! Sigh..

Let's start with...

"Life is like a wheel. Moment u will be on, a moment u will be at the bottom. If u do something evil to someone, bad things will happen to u eventually"

Woah! Why i kept telling that people do bad things anyway?? Maybe i was doing wrong with someone? Yeah, my mouth is not 'guaranteed' sometimes. Not be less offensive, but to be more honest. Erm, Cik Ezulaykha has become better now. Hohoho! (yeke..??) It invalid u know! =P

Well, today is my cousin's engagement day. Purple fest!! Purple here and there.. Purple garments.. The tents were purple as well.. Fuyoh! Very interesting points. But..i'm not able to upload picture during ceremony for not being able to take pictures with a lot since i asked to carry dulang hantaran. (-_-") Only god knows how shy i was! Felt like people were looked at me when people are actually looking at my cousin. Hehehe. I does a shy! Hahaha!! (perasannya!)

I attended just with my dad. My sister could not be present cause she was busy in her school activities. My dad certainly sit loitering with the uncles while i'll be adapting. My mom had passed away two years ago. So, i've to know how to adapt my mom's family even though i already know i am closed with them since my childhood. When my mom passed away, the feeling is different. Only those who have experience as i am, sure u will understand.

Erm, forget the sad story! My mom will always be in my prayer and i'll always pray for her soul well.. (^_^") Amin!

Feeling sleepy now. It's no longer resistant. I see my pillows seems more mellow than the coated chocolate donuts. Hahaha!
Good Night and have a nice sleep..

Huarghhh!!

Friday, June 25, 2010

Humanity

Menarik tak kata-kata hikmat aku kat entry sebelum ni? Hahaha. Macam nenek kebayan lak nak berhikmat-hikmat. Ok, kata-kata mukjizat yang tak berapa hikmat tu terkeluar bila buka facebook tadi. Hurm.. Tak sangka. Masih ada orang berperangai macam tu lagi.

Kesian. Aku pun jahat plus suka perdajal orang. Tak adalah sampai memalukan orang lain. Tapi ni dah tahap melampau giler. Kesian aku tengok kau, ain. Erm, namanya ain. Nur Adz Ain. Dari kami kecik sampai ke besar badak, gelaran Mondok melekat kekal macam tatoo Maori kat Ain ni. Kadang-kadang aku memang simpati dengan dia, tapi kadang-kadang bengang pun ada. Ye la, manusia tak perfect kan. Macam aku gak. Mesti ada gak orang tak suka plus bengang dengan sikap memperdajalkan orang aku ni kan? Ye, aku admit. Aku tarik tudung Ain siket jek masa last day exam STPM. Sebab, aku tak suka dia. Jahat tak kau? Itu dulu, sekarang aku dah tak membuli orang lagi. (yee..aku tak tipu)

Aku ingat buli siber ni ada kat overseas je, kat Malaysia pun ada. Pun berlaku jugak kat Ain.

Ain, aku rasa kau memang muka kena buli dari kecik sampai ke besar lah. Patut kau pergi jumpa bomoh untuk buang malapetaka kat kau ni. Kalau Mona Fendi hidup lagi, patut kau pergi tuntut ilmu kerat 16 dia. Boleh kau kerat 16 badan orang yang membuli melampau-lampau kat kau.

First, aku ingat orang ni buat joke sket-sket pasal Ain ni. Ok, tipu kalau aku kata aku tak terhibur tengok gambar tu. Memang kelakar habis! Gambar Ain di'crop' dan ditampal atas badan lelaki dan perempuan yang intim laa.. Of course yang si perempuannya adalah Ain dan si lelakinya Mazlan. Ye, Mazlan Mujahiddin. Secara terang aku beritahu! Honestly, memang aku terkekeh-kekeh gelak tengok gambar tu.

Second, semakin lama semakin banyak plak gambar macam tu. Ada 4 gambar. Memalukan! Memang Mohammad Remy Sharin ni dah tak ada kerja kut. Asyik cropping gambar Ain, lepas tu buat bahan gelak-gelak. Demmit! Trust me, aku simpati dengan kau, Ain. Naluri kemanusiaan aku semakin menebal. Bukan macam dulu lagi. Itu Ezulaykha yang lama tarak boleh pakai. Selalu buli kau.

Third, aku pun tengok profile Facebook Mohammad Remy Sharin ni. Erm, tak adalah perfect nature mana nak poke fun orang lain. Macam aku tulis kat entry (wajib klik) sebelum ni..

"When one is condemning another person, he forgot to look at themselves. Maybe you think you are the perfect nature when you poke fun at others. But, you are actually more severe than those that..."

Lulz! Kau fikir sendiri. Kalau anak kau mengalami nasib macam Ain tu macam mana? Tuhan tu adil wahai Mohammad Remy Sharin.

Living in this world, everyone would have karma as Judgement

Human

"When one is condemning another person, he forgot to look at themselves. Maybe you think you are the perfect nature when you poke fun at others. But, you are actually more severe than those that..."

Ezulaykha Wahab
24th June 2010
13:20

Tuesday, June 22, 2010

Top of The Top - not rooftop

Woah! Saya kena tag dengan iman's umi. Yeay! Saya memang tunggu tag dari orang sebab saya dah kontang idea dah ni..! Hohoho! Thank you.. (^_^) By the way, i'm the Top Blogger 2010! Woah..for real meh?? Tocei tocei..!




Bila dah kena tag, kenalah jawab soalan ala-ala wartawan interview kau. Hohoho.


1- Apa nama blog anda dan kenapa letak nama itu?
Dah blog ni saya punya. Letaklah nama sendiri. Macam kau tak reti. Heheheh. "When heart Speaks" was my blog description. Honest and no hipocrita!

2- Apa nama URL blog dan dari mana datangnya idea itu?
ohezu.blogspot.com. that's my url address. I pick 'ohezu' sebab bila orang panggil nama saya mesti "ezu..ooooo ezuuuu!! oh ezu, kau kat sini rupanya" Maka terjadilah ohezu.. Tiada pengaruh daripada kefaymesan dari ohmedia! atau ohbulan! sama sekali. Understood?!

3- Apa method dalam penulisan anda?
Ikut sedap hati, ikut suka rasa, ikut sukahati aku la. Hahaha! Ish, tak sopan betul. Ok, mood serious dah turned on. Spontaneous, funny, and gila! Kadang-kadang saya pun tulis benda-benda emosi gak..dan, kalau kena tag, saya lagi seronok menulis. Boleh aku merepek banyak-banyak.

4- Pernah terasa nak hapuskan blog? Sebab musbabnya?
Hapus blog sendiri ke blog orang? Blog orang lain punya boleh tak? Hohoho! Aku nak hapus lupus blog orang yang suka curi entry aku. Blog aku yang tak glamer faymous ni pun nak curik-curik. Emm..sendiri punya blog sayang wohh.

5- Pernah ahli keluarga anda baca blog anda?
Pernah lah.. kakak, sepupu-sepipit, mak sedare, bapak sedare, semua baca. Ye, blog aku telah meluas. (bajet best. hehehe)

6- Apa perasaan anda bila orang kata blog anda buruk sedangkan orang lain kata blog anda cantik?
Pergi go-blog (goblok) sama kamu!! Hahaha. Kepada yang memuji, sorry, tak ada syiling lebih lah.

7- Bila blog anda diberanakkan?
Hujung tahun 2009. Hilang ingatan dah bila tarikh sebenarnya beliau diberanakkan.


8- Siapa orang pertama yang tahu anda ada blog?
Mama lala lah.. Dia orang pertama saya heboh kecoh pasal blog biol saya.


9- Apa perasaan anda bila ada orang berkata tentang blog anda di sekolah?
Erk. Sekolah? Nanti aku tanya kakak aku glamer ke tak blog aku ni. Kakak aku kan cikgu sekolah. Hehehe!


10- Sepuluh orang seterusnya bakal di tag.
Halamak..ni yang aku paisey ni. Kena tag. Lari sudah gelaran top blogger aku. Hahaha! Tag 2 atau 3 je boleh? Saya tag mama lala dengan kak bee je lah..



Sekian, terima kasih. Hee..

Saturday, June 19, 2010

Friendship Begins..

Berkenalan dengan Krol merupakan satu experience paling best dalam hidup. Kitorang kenal tahun 2006. Aku tingkatan 6 dan Krol masa tu ada training SUKMA Kedah kat sekolah aku la. Krol yang start tegur aku dulu sebab dia kata dia jarang tengok budak perempuan pakai cermin mata kayu (ala, time tu glamer ngan spek imej grunge) plus pergi sekolah beg sandang warna oren yang terang gitu. Haha.. Outrageous kut. 

Mulanya, main kirim salam la. Ala, budak-budak. Aku pun mana ambil port sangat pasal budak-budak rugby training kat sekolah aku. Masa tu diorang tengah angau bom bom pow dengan seorang classmate aku tuh. Dia kan ala-ala offensive sket berbanding dengan aku yang suka buat muka sardin lepas sound orang. Hahaa. 

Satu hari tu, time nak balik lepas setengah harian aku lepak kantin sekolah sambil makan nasi goreng. Tengah best aku jalan bergelek macam itik pulang petang nak balik ke rumah, tiba-tiba ada orang panggil nama aku disebalik langsir kuarters cikgu-cikgu tuh.

"Ezu! Ezu! Ezu!"
Aku pun pusing lahh..
"Nak apa pundek?!"
Senyap. Tak ada panggilan terus.

Hahaa. Esoknya aku tanya amir yang dia ke panggil aku semalam. Amir kata bukan dia. Tapi Krol. Mati-mati time tu aku ingat classmate ni aku panggil (pasal classmate aku ni pun player rugby gak). Hu..segan sial. Start tu la Krol terus nak kawan dengan aku. Dia kata aku ni pompuan jenis tak cover langsung! Peh..macam aku ni tak pandai bersopan lak. 

Bunga? Cokelat? Sekali dua je dia pernah bagi selama 4 tahun dating. Aku dengan Krol pun bukan jiwang sangat. Kadang-kadang aku, kau, lawak bongok plus bodoh semua keluar. Hahaa.. Paling karat pun yang pernah dia buat, ajak dinner lepas tu sambil makan sambil tenung-tenung romance pulak. Bajet romantik lah. Wek. Meremang bulu roma mak! Hahaa.. 

Dialah kawan, buah hati, dan bakal teman hidup. Halamak, loving siak.. Anyway, this is true! Cerita tak panjang. Ye la, nak panjang kena tunggu aku kahwin dengan dia plak. Lambat lagi tuh pasal kakak aku dah sound awal-awal selagi dia tak kahwin lagi, dia tak bagi aku kahwin dulu. Dia tak moh aku langkah bendul. Bukan takat bendul, bonggol pun dia tak bagi. hahaha!!

Friday, June 18, 2010

Tips Untuk Puasa (2 bulan lagi da..)

Kemungkinan entry di bawah agak kasar untuk kamu baca. Tapi, saya tak akan menarik balik entry saya itu. Mungkin saya yang sensitif atau orang yang touching tu yang sensitif. Lol! Macam budak-budak. Kamu tuh. Ye, kamu yang terasa dengan saya tuh. Hohoho. Bukan saya saja yang fikir kamu macam tuh. Tak percaya. Cuba kamu tanya kawan-kawan kamu yang lain tu.

Well, mari tinggalkan minah jenin ni. Kita cerita pasal benda lain plak.

(^_^)

Kelas akan start 12hb Julai depan. Yup. Memang gigil. Tapi challenge paling hebat, time bulan puasa nanti. Sempat ke aku nak buka? Hohoho. Kurus. Kurus..mesti kurus munye.. Hohoho. Bulan depan dah masuk Sya'ban. Lepas tu Ramadhan. Apa? Nak selalu kenyang? Kalau camtuh, tak payah puasa. Hohoho!

Berikut adalah tips yang baik untuk korang hadapi time puasa nanti. Heheh.

1- Kalau rasa-rasa nak kurangkan rasa haus, jangan telan air liur pulak. Batal puasa woh! Tapi, kurangkan ambil garam dan makanan pedas time sahur nanti. Jangan kau makan asam pedas lak subuh-subuh sepi'e. Hohoho.

2- Kalau rasa-rasa nak kurangkan perut korang bunyi macam ada orang bergelek dangdut, elakkan dan kalau boleh jangan makan makanan berlemak ketika sahur. (patut la aku makan roti john time sahur tak kenyang-kenyang. hehehe)

3- Banyakkan makan sayur untuk refrain from hunger. Yeah, sayur? Saya not really pemakan sayur. Tapi bleh cubakannn..

4- Makan kurma. Erm, ni saya ikut. Campur ngan milo. Yummy! 4 biji kurma celup milo saya boleh habis.

5- Paling best. Kena banyakkan minum air untuk ganti balik air yang hilang time puasa siang tadi. Minum air sampai kencing 5-6 kali pun tak apa. Heheh. Kurang air akan menjadi salah satu causes of your health impairment. Jadi, minumlah air!

Berguna tak tips di atas. Bolehlah sama-sama praktikkan bulan puasa nanti..!

Yuhuu..Tata!

Hey You! Read This

Kau terasa ke? Hahaha. Terasa ke kau? Lah..terasa rupanya. Memang betul, benar, dan sahih kau terasa ye?? Ala..sian.. (giggling)
Memang tak salah kau punya 'exposure' tu. Sometimes, it's disgusted me. Not only me. But everyone. And u are on my listed! So, tunggu saja ye..
One more, i never tired to commented u. But not just u. All of my friends.
By the way, kau tak pernah buang langsung tebiat kuat berangan kau tuh. Hohoho! Kasar ye? Terasa ke? Erm, bagus la. 
I am sick of you. U make me feel so pissed off.
(^_^)
Ni jari i. Not u.

Wednesday, June 16, 2010

La Tahzan (Jangan Bersedih)

Tajuk entry ni saya ambil dari tajuk buku motivasi kakak saya.

Perasaan dalam hati hari ni (bukan hari ni aje, selalu macam ni):-

1- Hidup ni macam tayar. Kejap kau duduk kat atas, kejap lagi kau akan duduk kat bawah. Aku rasa. Terkena sangat. Tu yang aku gloomy gila babi hari ni.

2- Aku rasa macam dah sampai kat the end of my life. *kosong*

3- Rasa ada benda tak kena.

4- Setiap hari adalah sama.

5- Tak semua orang suka kita. Ye tak?

6- Suspicious and anxious. Not into good mood. Strong giler dalam hati.

7- Worried.

8- Hati rasa berat, sedih.

Emm. Banyak betul negative, tak baik dalam hati/feeling. Kenape? Saya tak tahu. Saya ni tak baik kut. Tu yang benda tak baik asyik melekat duduk bertenggek dalam hati. Ada tak doa-doa atau surah untuk tenangkan hati?

Boleh share dengan saya?

Thursday, June 10, 2010

3 Jenis Mandian Yang Menyeronokkan

Saya sudah lama tak buat perkara-perkara ni...

1 - Mandi swimming pool. Boleh ke? Tak kena gelak ke? Dah la debab. Boleh ke masuk..? Malu. Takkan nak pakai bikini. Tak nak lah! Hahaha. Certain hotels mana boleh masuk swimming pool dengan t-shirt/tracksuit. Kena pakai swimming suit. (T_T) gian tengok budak-budak kecik bersuka ria masuk dalam pool..

2 - Mandi kat sungai. Dah besar. Malu nak berendam. Celup-celup kaki je. Macam mana nak mandi. Baru nak berendam, dah kena panggil suruh masak air la, masak meggi la, bentang tikar la. (T_T)

3 - Mandi laut. Dah lama tak pergi holiday. Lagi satu, tak pandai berenang. Kalau mandi pun, kat gigi pantai je. Mandi-mandi, kena pasir. Poket seluar semua kena masuk pasir. Rambut berpasir. Muka berpasir. Hohoho!! Kesian aku..


Bila dapat buat benda-benda ni lagi yep??

Banyak benda nak buat tapi bila dah besar ni, pergerakan terbatas. Emm..

Tapi, inilah dia 3 jenis mandian yang menyeronokkan!!

(^_^)

Monday, June 7, 2010

Pendakap Gigiiiii

"Eee..gigi ada kari!"

First dialogue bila Kerol jumpa saya tadi. Jahat betul! Ye, memang dah tukar kaler. Semalam punya hal lah. Makan tak sedar diri. Sarapan pagi pergi makan roti telur banjir kari pekat campur sambal. Terlupa pulak yang kaler braces dah tukar kaler putih. Bila makan kari, jadilah macam yellow-yellow. Iyeww! Aku pun geli dengan gigi sendiri. Hohoho! Nasib baik gigi aku tak kuning. Hahaha!

Yum, yum! Tak apa. Taik gigi sendiri. Hohoho! Hello, gigi saya bersih ye. Diakui oleh doktor gigi saya sendiri. Bulan depan saya nak tukar kaler lain. Nak pakai kaler biru pulak. Aku benci giler braces aku kaler putih. Menampakkan kekuningan akibat makan kari dan asam pedas banyak sangat.

Tiba-tiba ter'recall' masa mula-mula pakai. Nak makan susah. Tapi tak kurus jugak. Bila nak gigit sotong, aku tenung sotong tu lama-lama. Siap fikir "camne lah aku nak gigit nih". Aku pun gigit. Aku wek balik. Hampeh. Tak boleh gigit. Gigit-gigit, gigit daging pipi sendiri. Last, aku makan mana yang boleh kunyah. Tu pun macam rupe orang takde gigi gigit keropok lekor liat 2 hari punya simpan.

Doktor gigi pesan:

1- Kalau nak makan ayam, racik ayam dulu. Jangan makan gigit camtu je. Kang tertanggal lak besi tu.

2- Makan buah pun sama. Potong buah tu kecik-kecik.

3- Jangan makan makanan terlalu panas atau sejuk. Tapi aku sebat je.

3- Jaga kebersihan gigi. (Yang ni memang aku ikutlah)

Yang lain, aku hantam saja la labuuu!

Ni bukan gigi aku. Ni contoh kaler jek.

Yang penting, masa naik pelamin nanti aku dah bukak braces. Nanti anak-anak aku tengok gambar kahwin kitorang, mesti dorang "eee..mama! Kenapa gigi mama jadi macam ni?? Papa cium mulut mama terus jadi macam ni ke??" Hahahahah!!

Tak terlambat kut pakai braces time umur 20 lebih ni. Misha Omar dengan Ella yang dah tua tu pun pakai braces, maintain jek. Elok je gigi dorang. Tak dengar pun ada komplikasi kat gigi dorang. Hohoho!

Tunggu saja saya bukak ye..

Sunday, June 6, 2010

06.06.06

Bukan route 666.

Itu usia pengenalan saya dengan Mohd Khairul bin Fakri. Alhamdulillah. 4 tahun sudah!

Kahwin? Kau tanya Kerol ye bila dia nak pinang aku. Saya perempuan. Hanya tunggu orang datang pinang je. Hohoho! Lagipun, saya tak memaksa. Finance back-up pun tak tough lagi. Since saya continue belajar, lagi la kena pakai banyak duit. Sigh.. (-_-")

Huhm.. Rasanya kurus kut bila belajar nanti. Confirm aku tak sempat fikir pasal makan. Dah penat, boleh ke nak makan lagi? Lain la kalau kau memang perut naga boleh makan dalam apa jua keadaan sekalipun. Hohoho! Bulan puasa? Lagi cikeding kut. Entah sempat ke tidak aku buka puasa. Silap, makan roti kering yang spare dalam beg. (-_-) 

"Ya Allah, mudahkan lah urusan dunia akhirat aku, pelajaranku, dan berikan aku seorang lelaki yang soleh untuk membimbing aku di dunia dan akhirat"

 Pakej doa saya setiap kali saya berdoa. (Woah! Macam pakej percutian) Pakej pertama, alhamdulillah, setiap perkara saya dapat uruskan dengan mudah berkat doa saya kepada Allah, sama juga pakej kedua, pelajaran. Saya dapat juga. Alhamdulillah. InsyaAllah, Allah akan makbulkan doa saya untuk pakej ketiga saya tu. Saya yakin!

 Masa ni, saya hanya nampak Kerol. InsyaAllah, saya yakin, itu soulmate saya dunia dan akhirat.


*end*

Thursday, June 3, 2010

Kehidupan Semakin Baik

Alhamdulillah, syukur kepada Allah sebab bagi peluang kat saya untuk sambung belajar. Ye, memang kau akan gelak atau pandang tak best dekat aku sebab aku buat PLK diploma aje. Tapi, itu lah key untuk aku ambil degree. InsyaAllah!

Ramai kawan-kawan saya tanya, "Kenapa kau nak ambil diploma pulak sedangkan kau ada STPM? Buang masa."

Ok, ini jawapan penuh untuk soalan kalian.

Saya pernah apply untuk pengambilan PLK degree, tapi mungkin kerana masa itu tiada bimbingan atau nasihat yang cukup, akhirnya permohonan saya 'tersungkur'. Saya agak frust, sedih, rendah diri gila punya rendah diri, rasa useless, rasa macam 'bodohnya aku ni', dan macam-macam perasan negatif saya rasa.

Masa tu, ramai kawan-kawan saya berjaya masuk universiti dan masing-masing sudah pun berjaya sambung buat degree. Saya? Saya bekerja. Bekerja sebagai Pembantu Tadbir aje, kat agensi kerajaan. Pernah terserempak dengan kawan saya (kawan ke?) kat pasar malam.

Dia : Eh, ezu..
Saya : Eh, *tuuut*...
Dia : Lama tak jumpa kau. Kau buat apa sekarang? (default question bila lama tak jumpa)
Saya : Aku kerja..
Dia : Eh, tak sambung belajar ke?
Saya : Em, tak.. Mak aku suruh kerja. Mak aku kata lagi, zaman sekarang susah nak cari kerja. Kau buat apa sekarang?
Dia : Aku belajar kat UiTM Perak, buat DEGREE! Eh, kau kerja apa ehh..?
Saya : Aku kerani je..
Dia : Kerani je?? Ooh..okay (senyum macam sial)
Saya : Tak apa lah. At least, aku beli spender pakai duit gaji sendiri (senyum macam sial balik)

Gathering kitorang berakhir lepas saya nampak murtabak dan rasa nak beli pastu terus blah. Seorang kawan tak akan cakap macam tu dengan kawannya kan? Balik dari pasar malam tu, saya rasa estimate sangat.

Sebab kejadian tu lah, saya apply degree. Lepas tu tak dapat pulak. Frust, gigit tudung kau! Sejak tu, saya tak pernah apply apa-apa lagi.

Satu pagi Ahad, saya baca paper. Ternampak iklan UiTM. PLK diploma / degree. Em, saya rasa hesitate. Nak apply, atau tak. Sejak tu, saya minta pandangan kawan-kawan saya apa yang terbaik. Akhirnya, saya decided, saya ambil diploma. Saya rasa, lebih baik saya mulakan dari bawah! Biarlah orang kata saya buang masa ambil diploma, tapi saya punya strategi sendiri. Saya tahu saya tak genius. Saya tak bijak. Saya mulakan dari diploma sebab saya rasakan sekurang-kurangnya saya sudah ada basic untuk continue degree dan tidak ambil banyak paper masa continue degree nanti.

Ramai kawan-kawan Tingkatan 6 saya mengeluh ambil degree. Diorang kata, susah sebab tak ada basic. STPM hanya pembelajaran general. Dari situ, saya fikir, lebih baik saya ambil diploma dulu.

Saya pegang mutiara kata ni.

"Merangkak, tetapi sampai, lebih baik daripada berlari tapi berhenti di tengah jalan"

Itu yang menguatkan emosi saya untuk teruskan niat saya.

Dan, alhamdulillah. Saya berjaya dapat tempat ke Pengajian Luar Kampus UiTM Diploma untuk sesi Julai ni. Bersyukur sangat saya kepada Allah.

Saya menangis depan ayah saya. Tak sia-sia doa ayah selama ni. 5 tahun saya menunggu untuk jejak ke universiti. Saya dikalangan yang tertinggal jika dibandingkan dengan orang yang sebaya saya.

Kini, jaminan masa depan saya kukuh. Saya ada jaminan kerja. Saya juga ada jaminan pelajaran (InsyaAllah). Saya tak perlu risau untuk cari kerja lagi.

Korang yang selalu pandang cemeng kat aku, korang kena carik kerja lepas habis belajar nanti. Hohoho! Aku dah ada dua-dua. He.. (tak baik eyka oi)

Doakan kejayaan saya.

(^_^)

Terima kasih kepada yang bagi dorongan kat saya!

Wednesday, June 2, 2010

23 Crappy Things About Me

23 perkara tentang diri saya. Woah~ Siapa punya idea mereka-reka ni? Hohoho! Ok, saya jawab. Thank you kepada iman's umi sebab menge'tag' saya entry ni.

(^_^)

...23 perkara rawak tentang saya...

*Bismillahhirohmanirrahimmm* 

1. Anak nombor dua daripada 1..2.. beradik. (yeah, kira pakai jari macam ada adik-beradik ramai)

2. Tak ada abang, tak ada adik lelaki mahupun adik perempuan. Juga tidak mempunyai 2 orang kakak. Hanya seorang kakak sahaja. =P

3. Perabun sejak berusia 9 tahun. Kecik-kecik dah kena pakai spek. (T_T)

4. Takut air. Bukanlah takut sampai tak mandi. Takut pergi tengah laut, tengah tasik, tengah sungai. Anak sungai tak apa. Takat sungai kat Bukit Belacan tu, elehhh...! (cetek. celup sampai parat lutut je. Hohoho!) Paling takut kalau kau campak aku tengah tasik (team building). Takut kena makan dengan ikan toman. Hohoho! Takut laut sebab takut ikan jaws, takut sungai dalam sebab takut buaya, takut tengah tasik sebab takut ada naga (air hitam wohh)

5. Bila makan kat kedai mamak, selalu tiba-tiba jadi pekak. Tak tahu sama ada, mamak tu pelat atau aku yang tak dengar. Disebabkan malas nak "haa? berapa? ulang balik? haa? cakap kuat sikit" dengan mamak tu, hulur laa dalam RM10 ke RM50 ke... Duit syiling sampai banyak. Duit pecah? Emm, lagi banyakkk..

6. Suka gesek kaki kat tilam sebelum tidur. Terburai-burai isi tilam.

7. Mandi ikut turutan. Mula-mula, weewee, gosok gigi bawah, gosok gigi atas, check gigi, gosok lidah, cuci muka pakai facial foam, basah badan, sabun badan, bilas badan pastu baru keluar bilik air. (^_^")

8. Saya ada handphone Sony Ericsson warna merah!

9. Paling muda dalam koloni division saya. Emm..selalu kena buli. (T_T)

10. Digestion system saya sangat bagus. Hari-hari buang air besar. Hohoho!

11. Kuat makan, kuat tidur.

12. Pakai pendakap gigi sejak berumur 21 tahun. Kini, 2 tahun pakai daa..

13. Tak kurus, tak gemuk. (ye ke wehh?)

14. Saya sorang je bernama 'Ezulaykha' kat planet bumi ni kut. Pernah Google, and memang tak ada kat mana-mana. Hohoho!

15. Kalau pergi gerai, memang akan mesti selalu order Nasi Goreng Kampung.

16. Balik kerja mesti tidur dalam kereta. Kesian bapak aku drive sorang-sorang. Hohoho!

17. Kalau driving, mesti tinggikan kerusi. (aku tak nampak depan wohh!)

18. Saya rindukan muffins, cakes, and masakan arwah emak saya! (-_-)

19. Saya sayang keluarga saya!!! (^_^)

20. Saya tak suka orang yang suka tunjuk kecintaan dia pada pakwe dia kat facebook. Kalau mereka depan saya, memang kau 'kena ayam' dengan aku.
 
21. Jam tangan saya semua saiz besar. Tak betah nak pakai jam chumel-chumel. Girly you!
 
22. Aku dah tak larat. Ok, takat ni aje.
 
23. Boleh aku terus tag kat orang lain? Hohoho!!
 
Akak dan akak ni bolehlah membuat, mereka, mencipta 23 perkara tentang diri akak-akak sekalian. Hehehe! Nanti saya intai-intai kamu yepp..!
 
(^_^)