Dulu, masa sekolah rendah, kawan-kawan semua panggil saya dengan nickname tomboy no.2. Huh? Tak suka betul dengan gelaran tuhh. Bukan kerana nickname tomboy tersebut, tapi kerana di ranking kedua. HA HA HA. Tak boleh blahh! Ok, memang saya tak suka sangat nickname tuh.
Saya dapat title secara tak rasmi pabila saya ramai kawan lelaki kat sekolah. Bukan kerana saya gedik atau mengada-ngada nak kawan dengan budak lelaki, tapi saya selesa kawan dengan diaorang. Masa tu tak pernah berkira pun pasal malu atau segan. Budak-budakkk.
Kenapa tomboy no.2? Sebab ada budak perempuan lagi brutal dari saya. Hahah. Kenapa saya kata dia brutal? Of course la sebab dia brutal gila tomboy dan dia pernah buat history bergaduh dengan akak darjah 6 sebab berebut boyfriend. Masa tu kitaorang baru darjah 4. WTFreaky. Mana dia belajar entah buat attitude macam tu. Kecik-kecik dah pandai berebut boyfriend apa lagi bila dah besar macam sekarang nihh.
Saya ada seorang kawan. Namanya Nazrul. Sekolah rendah. Of course lelaki sebab saya tak ramai kawan perempuan. Kawan perempuan pun buat untuk pinjam gunting, copy kerja rumah, pinjam kaler, pinjam gam. Budak perempuan kan perfect. Semua lengkap. Tak macam saya. Sepah. Sampai emak selalu piat telinga sebab suka hilang barang. Heh. Ok. Kawan saya ni memang perangai macam dajjal kecik sebab suka sorok beg orang, suka mencarut, suka gaduh, dan suka tak buat kerja rumah. Lagi satu, dia ni suka sangat cerita gebang. Semua nak gempak. Sampai kitaorang pun kadang-kadang malas nak layan.
Suatu hari..
"Ezu,aku dengar Nazrul minum arak.."
"Huh, yeke? Mana kau tahu?"
"Tu..dia tengah citer. Kau taknak pergi dengar ke?"
Beriye-iye saya pergi kat Nazrul. Nak dengar apa cerita.
"Shahid bagitau kau minum arak ek? Dosa dohh"
Nazrul angguk
"Gila kau rul. Mak bapak kau tahu tak?"
"Tak"
Siot. Saya tanya sepatah,sepatah kau jawab.
"Cerita ar ngok"
"Aku terminum. Tak sengaja ar. Aku main spray minyak wangi mak aku. Lepas tu, aku spray kat mulut. Nak mulut wangi. Lepas tu, aku baca kat kotak dia. Ada tulis 'alcohol'. So, aku secara tak sengaja aku terminum araklah. Alcohol tu kan arak."
Nazrul cerita dengan riak muka bangga.
Pang!
Saya berambus sambil meninggalkan kesan lemparan pembaris kat pipi dia. Terujanya, dia tak melawan sebab dia tak ramai kawan. HA HA HA. Itulah dia. Balasan menipu aku. Budak-budakkk. Masa tu kami masih darjah 4. Sekarang tak pernah jumpa dia lagi.
Lagi pengalaman sekolah rendah. Nih pasal sekolah agama pulak. Ada seorang senior (darjah 5) kejar saya dengan 2 orang lagi kawan saya. Gilakan. Kalau time rehat, mesti kena kejar. Bodoh betul. Psychopath giler! Pernah saya terterajang abang tuh. Kat tepi tangga akibat terperanjat kena sergah. HA HA HA. Padan muka kau. Kejar aku lagik. Kami pernah terjumpa kat pasar malam. Saya tunjuk kat ayah yang abang tu selalu kejar kitaorang kat sekolah agama. Ayah warning dan tanya kenapa kejar saya. Oh, rupanya dia suka kat saya. Bodoh betul. Kejar aku hari-hari sampai penat aku keliling satu masjid.
Sekarang pun tak pernah jumpa abang tu lagi. Dah kahwin agaknya. Heh.
Kini, kitaorang semua dah dewasa. Masing-masing bertempiaran kat bumi Allah nihh. Ada yang berjaya. Aga jugak yang ya-saya-kini-menyesal-tak-belajar-sungguh-sungguh-dulu. Heheh.
No comments:
Post a Comment