Yessza! (Ceh ceh..macam trademark Jimmy Shanley Trek Selebriti pulak) Saya yessza kepada kejayaan dan kelancaran Perhimpunan Bulanan Februari 2010 yang dianjurkan oleh division saya. Dan jugak..kitaorang kena pakai baju merah. (-_-"). Muka saya masa kena pakai baju merah macam muka baru lepas kena marah dengan emak. Saya suka warna merah tapi masa bekerja, saya tak suka pakai baju colour merah. Rasa tak calm langsung buat kerja. Rasa macam tension je. Penangan colour merah yang agressive! Saya suka pakai merah ketika hari sabtu atau time ada game. Wow, garangnya mak! HE HE HE.
Kelancaran persembahan multimedia amatur yang kami aturkan. Alhamdulillah, semua sudah settle. Walaupun tak berapa nak perfect, tapi tetap menjadi. Hmm..berbaloikah aku mengorbankan sabtu dan ahadku untuk ini? Iya atau tidak? 50-50. Oh, mungkin hati saya dah tawar hebeh dengan Pkorp kot buat saya rasa macam ini. Saya lakukan demi kawan-kawan. Kalau cingkok tu yang suruh, kirim salam sejahtera 1 Malaysia lah wehh.. Tak kuasa mak. Baik mak tidur atau tengok melodi dengan nona. HA HA HA.
Finally, dapat jugak time off 2 hari. Siapa nak bagi wehh cuti extra. Jimba la kau eyka. Hmmkay..sekarang mata mengantuk giler. Ingatkan malam tadi boleh tidur, tapi tak bolehh! Minda bawah sedar saya asyik memainkan ingatan menyiapkan review sampai saya mengigau.
"Dah..dah lah tu..cukup-cukup lahh.. dah dah!"
HA HA HA. Horrible gila! Saya mimpi saya marah kak ina bobo sebab dia kelam-kabut bila gambar Sulaiman Salleh tertinggal. Bila tersedar saya mengigau, saya mcam tergelak. Gelak dalam tidur! Boleh macam tu ek? Lepas mengigau, terus tak boleh tidur.
----------------------------------------
Semalam saya demam. Tiba-tiba terkena jangkitan. Maknanya, saya tak datang kerja lar semalam. HA HA HA. Baru tak datang kerja satu hari, semua bos-bos kelam kabut. Kauorang dah perah aku sampai habis, sekarang padan muka kauorang. Hmmkay, tadi gua pergi treatment gigi. Biasak lar. Gua pakai braces so gua kena lar buat rawatan susulan. Huh, bila boleh tanggal pun gua tak tahu. Tu lah. Masa kecik-kecik suka sangat nyonyot puting so bila dah besar, gigi gua pun 'berterabur' macam stalagmite Gua Nuang. (since when pakai 'gua' pulak ni? okeh! split personality) Padahnya, saya kini kena pakai braces. 2 years menghambakan diri kepada pemakaian braces nihh. Hmmkay..lepas balik dari klinik, gua dengan bapak gua pun minum kat kantin sat. Lapaq noo.. Gua je yang lapar pasal gua tak makan apa-apa dari tadi. Tiba-tiba gua terpusing kat mat ni. Humangaih, handsomenya. Huh, gatal kau eyka. Kau tu Kerol punya. Okeh okeh. Sila sedar diri sekarang.
Mat tu tengah sedap hisap rokok. Halamak, gua macam terpotong terus. Gua tak suka mat-mat hisap rokok. Penyakit dowl. Handsome punya pasai, gua tengok gak. HE HE HE. Selamba depan bapak gua. Eyh, bapak gua pun minat apa dengan mat tuh. Bapak gua siap cakap,
"Ambek air pastu gi la duduk"
"Nak duduk mana.. Kita segan ar.." (Gua malu-malu kucing)
"Gi lar duduk dengan boyfriend kau. Si *tut* tuh"
"Hello, saya Mohd Khairul bin Fakri punya ek"
"Eyhhhh, kau dah kahwin ke? Ha, aku punya suka la nak cakap apa pun"
Hiash. Bapak gua saja jeee. Kat kantin tadi tak adalah ramai orang sangat tapi sebab mat tuh ada gua macam malu-malu lak. Hah! Gatal kau eyka. Kerol tau kena hamput kau. HE HE HE. Mat tuh pandang-pandang gua pulak. Halamak, tak payah lah tengok-tengok gua. Macam lu tak pernah tengok gua pulak. Kursus dah sesama tak kan tak pernah tengok kott. HA HA HA. Bila gua duduk dengan bapak gua pun lu still tengok-tengok. Siap hai kat bapak gua pulak. Heh! Gua tau la lu handsome. Macam Jensen Ackles aka Dean Winchester (Supernatural) versi kacamata. Perasan lu eyka! Lu citer macam dia tengok lu je. EKEKEKE.
Kesimpulannya, gua admired dia aja. Gua syok tengok muka dia aja. Hati budi gua tak tau lah pulak macam mana. Gua tau dia pun dah ada marka. Gua pun dah ada marka gak. Tough and caring lagik. Handsome-handsome lu pun marka lu tembam macam gua jugak kan? HA HA HA. Jahatnya... At least, gua sedar diri gua ni bakal tunangan orang so gua kena jaga tatasusila beb. Kalau gua dah kahwin pastu pregnant, lagi-lagi kalau anak yang gua kendong tu nanti anak lelaki, gua memang nak tatap muka dia habis-habis. Kasi terkenan kat anak tuh. Handsome wohh. HA HA HA.
Ops! Gua tak boleh dedahkan nama dia. HE HE HE
No comments:
Post a Comment