Sunday, March 21, 2010

Ada Kau Nampak Badak Duduk Atas Kuih Tu?

*Tiba-tiba je*

Saya teringat sewaktu saya berada di Tingkatan 6. Masa tu, best sangat sebab kita paling otai kat sekolah. Semua adik-adik (bukan "adik-adik" yang gitu-gitu ye) semua tersenyum simpul kalau abang-abang Tingkatan 6 lalu. Kita yang paling besau kat situ. Mesti la ramai orang minat. Especially, cik abang-cik abang tingkatan 6. Kalau kakak-kakak, mesti ada minat nak jadi adik angkat. (Huh, adik aku sendiri pun tak terangkat) = bak kata seorang kawan saya.

Teringat sewaktu masa rehat. Semua rehat kat kantin laa.. Saya dan s
eorang kawan saya terjenguk-jenguk kat meja kuih sebab kitaorang nak beli kuih. Takkan jenguk-jenguk meja kuih nak beli nasi goreng kot. Kawan saya yang 'loyar buruk' ni pun bertanya kat makcik kantin tu..

"Makcik, kuih cucur udang ade?"
"Ade. Tu..."

Mak aih, panjang muncung makcik..
"Ooo.. Eyh, ni ke kuih cucur udang? Kalau cucur udang, nape tak nampak pun udang?"
Dengan selambanya makcik kantin tu pun jawab balik.
"Kau pernah tengok kuih cucur badak? Ada kau nampak badak duduk atas kuih tu? Takdekannnn??"

Sempoi gila best jawapan makcik. Makcik, pekate makcik masuk raja lawak. Confirm makcik menang 1st prize. Hahaha.

Sekarang kitaorang dah tak jumpa makcik tuh lagi sebab kitaorang dah ha
bis belajar dahh.. Kawan saya tu (nama dirahsiakan kerana unsur-unsur peribadi =P) sekarang dah pun berjaya masuk U gara-gara penelitian yang melampau terhadap sesuatu perkara..hahaha



badak versus udang

Mungkin kuih cucur udang makcik tu tak nampak sangat kot. Heheh. Tapi, inilah kegemaran sepanjang zaman orang Malaysia tau!

Sayonara..



No comments: