Wednesday, February 10, 2010

BLUR NAK LETAK TITLE APA

Yessza! (Ceh ceh..macam trademark Jimmy Shanley Trek Selebriti pulak) Saya yessza kepada kejayaan dan kelancaran Perhimpunan Bulanan Februari 2010 yang dianjurkan oleh division saya. Dan jugak..kitaorang kena pakai baju merah. (-_-"). Muka saya masa kena pakai baju merah macam muka baru lepas kena marah dengan emak. Saya suka warna merah tapi masa bekerja, saya tak suka pakai baju colour merah. Rasa tak calm langsung buat kerja. Rasa macam tension je. Penangan colour merah yang agressive! Saya suka pakai merah ketika hari sabtu atau time ada game. Wow, garangnya mak! HE HE HE.

Kelancaran persembahan multimedia amatur yang kami aturkan. Alhamdulillah, semua sudah settle. Walaupun tak berapa nak perfect, tapi tetap menjadi. Hmm..berbaloikah aku mengorbankan sabtu dan ahadku untuk ini? Iya atau tidak? 50-50. Oh, mungkin hati saya dah tawar hebeh dengan Pkorp kot buat saya rasa macam ini. Saya lakukan demi kawan-kawan. Kalau cingkok tu yang suruh, kirim salam sejahtera 1 Malaysia lah wehh.. Tak kuasa mak. Baik mak tidur atau tengok melodi dengan nona. HA HA HA.

Finally, dapat jugak time off 2 hari. Siapa nak bagi wehh cuti extra. Jimba la kau eyka. Hmmkay..sekarang mata mengantuk giler. Ingatkan malam tadi boleh tidur, tapi tak bolehh! Minda bawah sedar saya asyik memainkan ingatan menyiapkan review sampai saya mengigau.

"Dah..dah lah tu..cukup-cukup lahh.. dah dah!"

HA HA HA. Horrible gila! Saya mimpi saya marah kak ina bobo sebab dia kelam-kabut bila gambar Sulaiman Salleh tertinggal. Bila tersedar saya mengigau, saya mcam tergelak. Gelak dalam tidur! Boleh macam tu ek? Lepas mengigau, terus tak boleh tidur.

----------------------------------------

Semalam saya demam. Tiba-tiba terkena jangkitan. Maknanya, saya tak datang kerja lar semalam. HA HA HA. Baru tak datang kerja satu hari, semua bos-bos kelam kabut. Kauorang dah perah aku sampai habis, sekarang padan muka kauorang. Hmmkay, tadi gua pergi treatment gigi. Biasak lar. Gua pakai braces so gua kena lar buat rawatan susulan. Huh, bila boleh tanggal pun gua tak tahu. Tu lah. Masa kecik-kecik suka sangat nyonyot puting so bila dah besar, gigi gua pun 'berterabur' macam stalagmite Gua Nuang. (since when pakai 'gua' pulak ni? okeh! split personality) Padahnya, saya kini kena pakai braces. 2 years menghambakan diri kepada pemakaian braces nihh. Hmmkay..lepas balik dari klinik, gua dengan bapak gua pun minum kat kantin sat. Lapaq noo.. Gua je yang lapar pasal gua tak makan apa-apa dari tadi. Tiba-tiba gua terpusing kat mat ni. Humangaih, handsomenya. Huh, gatal kau eyka. Kau tu Kerol punya. Okeh okeh. Sila sedar diri sekarang.

Mat tu tengah sedap hisap rokok. Halamak, gua macam terpotong terus. Gua tak suka mat-mat hisap rokok. Penyakit dowl. Handsome punya pasai, gua tengok gak. HE HE HE. Selamba depan bapak gua. Eyh, bapak gua pun minat apa dengan mat tuh. Bapak gua siap cakap,

"Ambek air pastu gi la duduk"
"Nak duduk mana.. Kita segan ar.." (Gua malu-malu kucing)
"Gi lar duduk dengan boyfriend kau. Si *tut* tuh"
"Hello, saya Mohd Khairul bin Fakri punya ek"
"Eyhhhh, kau dah kahwin ke? Ha, aku punya suka la nak cakap apa pun"

Hiash. Bapak gua saja jeee. Kat kantin tadi tak adalah ramai orang sangat tapi sebab mat tuh ada gua macam malu-malu lak. Hah! Gatal kau eyka. Kerol tau kena hamput kau. HE HE HE. Mat tuh pandang-pandang gua pulak. Halamak, tak payah lah tengok-tengok gua. Macam lu tak pernah tengok gua pulak. Kursus dah sesama tak kan tak pernah tengok kott. HA HA HA. Bila gua duduk dengan bapak gua pun lu still tengok-tengok. Siap hai kat bapak gua pulak. Heh! Gua tau la lu handsome. Macam Jensen Ackles aka Dean Winchester (Supernatural) versi kacamata. Perasan lu eyka! Lu citer macam dia tengok lu je. EKEKEKE.

Kesimpulannya, gua admired dia aja. Gua syok tengok muka dia aja. Hati budi gua tak tau lah pulak macam mana. Gua tau dia pun dah ada marka. Gua pun dah ada marka gak. Tough and caring lagik. Handsome-handsome lu pun marka lu tembam macam gua jugak kan? HA HA HA. Jahatnya... At least, gua sedar diri gua ni bakal tunangan orang so gua kena jaga tatasusila beb. Kalau gua dah kahwin pastu pregnant, lagi-lagi kalau anak yang gua kendong tu nanti anak lelaki, gua memang nak tatap muka dia habis-habis. Kasi terkenan kat anak tuh. Handsome wohh. HA HA HA.

Ops! Gua tak boleh dedahkan nama dia. HE HE HE

Thursday, February 4, 2010

HATI KU NAN TEKAD...

Poyo seyy tajuk gua.. Sila tulis sekaranggg...

Saya tekad untuk tukar bahagian atau unit! Jangan main-main. Saya dah buat surat untuk memohon pertukaran sebabbbb... Saya dah tak tahan dengan perangai diaaa. Boleh? Psycho tak? Takut tak? HA HA HA. Apsal gelak-gelak pulak ni? Dah psycho betul-betul ke? Oh, tak mahu. Saya tak mahu jadi seorang psycho. Sila serius. Saya dah hantar surat tersebut kepada pengarah saya. Jadi, kini saya benar-benar serius!

Saya tak tahan diperintah! Saya tak tahan asyik selalu dipersalahkan! Saya tak tahan dengan perangai gila meroyan dia! Saya tak tahannn...tak tahan lagi. (lirik lagu Melly). *sudden* You know, she's dictator..kuku besi! Yeah, now i backstabbed you mannngg..

Why not we tried new environment right? New friends. New bosses. New job. New behaviour (harap yang baik). New..new..everything's new lahh. Semoga ditempat baru, saya akan ok. Semoga ditempat baru, saya dapat tenangkan emosi saya. Semoga ditempat baru, saya dapat buat kerja dengan bagus. Semoga ditempat baru, saya dapat lupakan semuanya pasal tempat ni. *deleted all memories about PKORP*. -Shut Down-

.......................

Saya tak ingin mengingati apa-apa. Saya tak seronok kat sini (isi hati yang jujur). Oh,ya. Makcik PPT saya ditukarkan. AP terbaru mengatakan makcik PPT kena transfer ke Unit Aset and yang ganti makcik PPT kat sini ==> Lalitha. Yennadehh!! Meenachi yang tak habis-habis speaking 'London'. Bukan saya tak faham Bahasa Inggeris, tapi ini kan Malaysia. Cakap Bahasa Melayu la woii. Itukan bahasa kebangsaan kita. HA HA HA. Patriotik. Tetiba!

Sebenarnya saya tak larat nak fikir hal semalam dan kelmarin. Depan baik, belakangggg...ngap ngap! Tapi saya jenis tak kisah. Kau cakap lah apa pun, mak tetap maintain. Tak gitu? Entahlah, bukan jenis saya untuk mengambil hati dengan apa orang buat atau cakap tak best pasal saya. Pada saya, janji saya ikhlas buat kerja. Hati pun senang kan?

Kini, ingat Tuhan banyak-banyak je lah.. Kerana Allah, aku ikhlas buat kerja. Tak gitu??


Thursday, January 28, 2010

BAGAIMANA DAN..

Apa perasan kalian bila kawan yang rapat dengan kalian tiba-tiba macam senyap semacam je? Mesti akan rasa ada benda yang tak kena kan? Kalian mesti rasa...

"aku ada buat salah ke?"
"aku tersalah cakap ke?"
"aku ada tersenggol dia kat mana2 ke tadi?"

Macam tu lah aku rasa wehh.. Officemate aku yang seorang ni senyap jek dari tadi. Aisey..aku tak boleh dowl tengok kawan2 sedey. Lagi terasa bila dalam status facebooknya berbunyi macam ada orang backstabbed dia dengan mengata sesuatu yang tidak enak tentang diri dia and bila dia lalu backstabber and the gang tu macam senyap dari bergosip.

Ok, sila terasa sekarang. Memang aku ada cerita pasal dia tapi aku tak backstabbed dia. Serius. Aku share sesuatu yang kalau boleh aku tak nak kasi tahu takut dia kecil hati kepada kawan aku lagi seorang yang sangat-sangat ok dan caring perangainya. Aku memang simpati dengan keadaan dia and aku share dengan kawan seorang tadi. Kebetulan dia lalu, kitaorang 2 orang ni yang disalah anggap memang tengah cerita tentang dia. Memang serius, Lillahitaala, kitaorang memang tak backstabbed dia. Kami 2 orang cuma share cerita keadaan dia and very symphatised about her. We love u dear. Mana ada orang nak cerita kesusahan orang depan orang berkenaan right? Then kalau we all nak bagi sokongan, nanti u tertanya-tanya mane we all dapat tahu pasal u and u sendiri selalu sangat pendam perasaan dan masalah u seorang-seorang. Kitaorang dapat tahu dari orang lain. Unless, kalau u cerita kat kami 2 orang, misunderstanding ni tak kan jadi. Mungkin yang lain akan kutuk u tapi kitaorang tak macam tu.. Trust us..

Betul kata orang tua-tua. Kerana mulut badan binasa. Ok, saya kena belajar zipped mulut sekarang. Tapi saya nak akak tahu. Saya tak kutuk akak pun.. Saya cuma share cerita perihal akak tapi kami sesekali tidak kata sesuatu yang tak baik pada akak. Kalau akak tak caya akak boleh tanya kat Kak Bee..

Hmm..lega sangat sekarang. Kalau dia terbaca, saya mohon maaf kalau kelakuan kitaorang tadi buat dia tersinggung. Nak tau tak, saya sayang kat AKAK. Akak seorang je kat sini yang faham keadaan saya... Forgive me if i'm doing something that hurt u so.

Monday, January 25, 2010

ENCIK GAJET

Gajet masa kini. notebook, handphone, iPod, MP3, MP4, kamera DSLR (idaman aku wehh), PSP, Gamebot, Nintendo dan sebagainya sangat popular. Ok, saya dah perasan saya salah taip disitu. Kalian tak perasankah gameboy dieja gomebot di atas sana? HE HE. Salah sekali lagi. Gameboy. Bukan gamebot atau gomebot. Ok, sila serius sekarang.

Yang saya miliki kini hanya handphone, MP3, dan notebook aja. Semua sama brand. Sony. Kecuali notebook. Acer. (Tu pun share dengan kakak). Sony Vaio akan saya miliki kelak. Insya Allah wehh.. Saya memang kipas-susah-mati dengan brand Sony. Nasib baik tak ada kereta brand Sonu. Salah! Sony. Hai..kenapalah saya asyik salah eja hari ni. Baru ingat, saya tak makan apa-apa lagi. (-_-")

Portable hard disk tu dikira gajet jugak ke? Apa punya soalan wehh.. Kalau boleh simpan any data tu kira gajet gak lah kan? Samsung 3++ gigabyte berharga RM286 dijual kedai komputer milik Mr. Louis di Pertama Complex idaman saya. Malangnya, ia berjenama Samdung, bukan Sony. Hmmkay..eyka, kau perlukan tenaga sekarang. Taip pun banyak error. Samsung. (Kini saya menaip satu-satu)
Saya suka yang kaler pink!
Ini lah rupa gajet kat kedai komputer En. Louis yang saya bagitahu tadi. Kini jam dah jengah pukul 12.30 tengahari. Gila lapar macam beruang!

Sunday, January 24, 2010

ALLAH SELAMATKAN SULTAN

Subuh Sabtu. Saya bangun pagi untuk tunaikan solat Subuh. Ayah beritahu saya Sultan Johor mangkat.

"Dik, Sulton Johor meninggal ek"
"Ye? Ok.."

Saya berlalu ke bilik air. Gila selamba! Fuh, saya jalu masa tu. Orang gila liat bangun solat subuh ==> aku lah. Saya sambung tidur balik lepas solat subuh. Pabila bangun pagi, pagi ke? Kalau bangun pukul 10 dikira pagi atau dah nak masuk tengahari? Tak kisah lah ek. Janji bangun. Saya tengok tv. (Masa tu dah siap wangi-wangi). Siar pasal kemangkatan Sultan Johor. Sultan negeri kelahiran saya 1 family. Best jugak tengok adat raja Johor. Gila sempoi! Tak ada nak protokol sangat macam anak raja lain. Sultan mangkat, anak cucu yang angkat keranda. Baru betul. Kalau anak raja lain, kirim salam nak angkat keranda bapak dia. Pegawai-pegawai askar yang jadi babu tolong angkat keranda. Jadi, anak-anak raja lain sila bukak mata kalian. Tak ada terpalitnya kapur barus kat duli kauorang tu. HA HA HA.

Tengku Ibrahim yang sinonim dengan panggilan Tengku Yem atau TMJ di kalangan rakyat Johor, naik takhta sebagai Sultan Johor kini. Feh! Kalau Fazura jadi kahwin dengan Tunku Ismail, bakal Sultanah Johor lah kau 20 tahun akan datang. Tak apa. Janji bukan Fasha Sondoh. Hmm..tapi kenapa bukan Tunku Majid jadi Sultan? Kan Tengku Yem tu anak gahara aja. Tak kisah la wehh..janji Johor ada Sultan untuk mempertahankan agama Islam.

Saya sangat sayangkan negeri kelahiran saya. Terasa jugak bila Sultan Johor mangkat. Ayah menangis. HE HE. Patriotik.

"Ayah nangis ek?"
"Sultan ayah dikkkk.."
"Alow, bukan tak ada Sultan terus"
"Ye la.. Ayah pernah cium tangan Sultan masa sembahyang Jumaat kat Peserai. Ayah lahir dan besar kat Johor. Lain. Tak macam KL. Langsung tak ada Sultan"

Ayah kesat-kesat airmata. Sayangnya dia dengan Sultan Johor. HE HE. Kelakar betul ayah ni. Semangat kenegerian tu ada walaupun berhijrah kat tempat lain. Sultan paling bijak pada zaman sebelum merdeka ==> Sultan Johor. Sultan Johor satu-satunya Sultan yang dapat anugerah yang membawa gelaran "Sir" oleh Ratu England. Sultan Sir Tunku Ibrahim ibni Almarhum Tunku Abu Bakar. Atuk Sultan Iskandar. See..Bangga wehh. HA HA HA.

Ok, saya kena pergi hospital sekarang. Sila rushing siap sekarang eyka.

Bye